Friday, 10 February 2012

KERANA AYAM KFC BADAN BINASA

Orang duk kecoh kecoh citer pasal budak KFC belasah customer,aku pun taknak ketinggalan.Hahahaha...mengikut perkembangan semasa lah katakan...Aku ingat dah takyah la kut nak bercerita pasal benda alah ni pasal kisah ni pun tgh hangat kat internet.Tapi....
Aku biasalah,duk layan-layan facebook.Pastu,tertarik nak masuk kat satu page ni.Dia post satu artikel yg dipetik dari www.malaysiakini.com. Kisahnya,pihak PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) pulak nak jumpa ngan staff KFC selepas pelanggan yg diserang tu buat sidang akhbar.Kononnya untuk keadilan buat budak tu since case ni dah jadi racist issue.
Oklah,niat tu bagus lah.Keadilan katanya.Tapi,bagi aku,tu sumer akan mengeruhkan keadaan ajer.Cukup-cukuplah nak panjangkan isu.Nanti tak sudah sudah jadinya.Asalnya gaduh pasal ayam,tetiba masuk perkauman plak.Sumer org pun tahu apa yg PERKASA ni perjuangkan,tapi hal budak2 gaduh ni,serahkan ajer pada management KFC dan polis jer settlekan.
Mana-mana bangsa kat dunia ni mesti ada org baik dan ada org jahat.Jgn lah kita judge bangsa org tu perangainya jahat,bangsa ni perangainya baik.Bukan nak membela bangsa lain,tapi sebagai org yg bermasyarakat,jgn sesekali mencurah minyak atas api.Isu perkauman ni mmg sgt sensitif,bukan kat Malaysia ajer,kat mana-mana pun.Pandai-pandailah kita bawak diri.
Aku pun ada gak kawan ngan bangsa lain,ex-customer aku dulu pun ramai gak bangsa lain..ok jer.Masa aku kat bank dulu kadang-kadang pun pernah gak kena marah ngan org bangsa sendiri.Jadi,ni soal servis,takde kena mengena ngan bangsa.
Sebagai org yg pernah kerja dlm bidang service nih,aku faham apa yg dilalui oleh budak KFC tu.Budak tuh agaknya dahlah penat,kena maki plak,of couse lah mengamuk.Dalam hal ni,pelanggan tu takleh rasa dia tu betul 100%."Customer is always right" tu bukan boleh pakai sgt.Masa zaman aku kerja dulu,aku nak sgt belasah org yg merekacipta ungkapan tuh.Sebab dialah hidup kitorg in living hell ( hehehe,masa kena marah ngan customer lah).Kau ingat hina sgt org kerja KFC tuh? Takde diorg..kau gorenglah ayam ko sendiri.Eh,yg aku emo tetiba ni apsal? Hahahaha,memori zaman dulu-dulu terimbau lah ni.Lahanat sungguh.Hahahaahha
Dan ini takde kena mengena ngan racist.Sumernya kebetulan sahaja.
Aku tak reti sgt nak ulas panjang lebar...salah tulis kang saje je kang.Merepek aku tahulah...
Hoohohoho..tetiba teringin nak makan KFC....

3 comments:

  1. Hahaha! Aku setuju.! Aku pun nak belasah je sapa yg mencipta ayat customer is always right & boss is always right ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius nak cari sapa orgnya...hahahaha...kasi belasah sama dia.And yes...boss is always wrong!!ngaaaaaa...

      Delete
  2. Ever wanted to get free Google+ Circles?
    Did you know you can get these AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FOR FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete