Wednesday, 1 February 2012

ALKISAH DATUK DATIN

Walaupun Maharajalawak Mega dah lama habis...aku still duk layan Boboi kat youtube.Sebab mmg Afdlin Shauki and Harun Salim Bachik tu kelakar giler.
Yang paling best masa final...alah..Datin Maimon tuh.Sape tak penah tgk,gi cari kat youtube.Part paling tak tahan bila Afdlin (Datin Maimon) sound kat org minyak.." Datin..Datin Maimon..kalo u tak panggil,i boleh sue you,".Dia sindir sape tak tahu lah,tapi utk org2 tertentu,kalau tak terasa,memang bebal.
Bercakap pasal gelaran ni..most of the respond yg aku jumpa kat FB ke,apa ke ialah " Gelaran tu bukan boleh bawak mati...tak kekal,takde effect,"
Yes..betullah tu.Tapi,pernah terfikir tak,kalau gelaran tu tak penting,naper org duk kejar sangat.Untuk org mcm aku,memang takder effect pon.Tak pernah terfikir plak pasal gelaran Datuk Datin nih.Tapi kalau org nak bagi Alhamdulillah...hehehehehe.
Tapi,sebenarnya kan,untuk businessman,gelaran tu sgt penting.Selalu aku tgk drama tu,watak businessman mesti ada Datuk atau Tan Sri.Lagipun,biasanya org yg ada pangkat Datuk ni ialah orang yg dihormati.Biasanya kalau kita berdepan ngan orang berpangkat ni,mesti kita segan silu gitu.Betul tak? Ala,admit ajerlah...
Ada satu peristiwa lucu pasal gelaran ni aku nak share.Masa ni ada sorg customer datang nak bukak akaun.Pompuan.Kalau tgk gaya memang nampak cam Datin la.Vogue giler.Masa memula dia datang,memang peramah gila.First time jumpa dah ajak2 kitorg dtg umah.Bahaya gak pompuan ni..
Lepas tu,esoknya datang lagi.Masuk duit..tidaklah banyak sgt.Biasa biasa ajer...borak2 ngan kitorg pastu belah.Dia ajak lagi sorg teller tu dtg umah dia.Kawan aku ni tak janji apa.Angguk2 ajerlah.Lepas tu,tetiba dia sound kawan aku yg tengah bukak akaun baru dia tu ," You jgn lupa,put my title DATIN PADUKA dlm info I tau.Next time don't simply call my name without my title ok.I am Datin Paduka XXXX.You know my husband? Datuk XXXXX...he's a CEO of blah blah ,"
Terus kitorg rasa nak pengsan...
Pompuan ni ada masalah mental ke hape? Jap tadi borak ramah giler,pastu tetiba cakap berlagak plak.Deyy...ko ingat laki ko tu PM Malaysia? Datuk bersepah kat Malaysia ni,takde masa nak hafal semua Datuk Datuk yg ada.Kalau ada jawatan untuk trace nama Datuk-datuk kat Malaysia ni,sampai pencen pun tak abih kira,tahu tak?
Pastu kawan aku ni dah smell something fishy ( amboi,mentanglah "Datin" tu ckp omputih,tanak kalah)...hahahaha.Samada dia ni ada masalah sakit mental ataupun penipu.Maka,kawan aku ni rujuklah pada bos kitorg.Bos aku cakap boleh,tapi kena bagi surat perlantikan laki dia dan dokumen pendaftaran kahwin.Sebab dia ni dah lain macam plak.Memang kena mintak bukti.
Bila jer kawan aku mintak benda2 tu sumer, tetiba mengamuk." This is very simple request and yet you guys ask for the evidence.You think I am lying? You guys can check the company's website.The CEO there is my husband you know?? His name Datuk XXXX...blah blah,"
Memang lah kut Datuk tu CEO company tu,tapi betul ke dia kawin ngan ko?? Nak ajer mulut cabul aku ni bersuara,tapi sabar..kitorg memang diajar utk senyum walaupun dlm situasi mcm ni.
" Yes madam, we know that.But this is procedure Ma'am," 
Hentak hentak kaki...pastu blah....
Ingatkan abih kat situ ajer.Rupanya esok dia datang lagi.Ingatkan nak datang hantar surat...rupanya...
" Jeniffer Lopez ( bukan nama sebenar) Why  didn't u come to my house yesterday? I wait for u for the whole day u know? I want to show you my new house u know...blah blah," Perkataan "u know" tu memang xleh tinggal.( Abaikan sebarang kesilapan nahu dlm ayat diatas yer,mmg stail dia ckp camtu) Kawan aku dah nak pitam.Dahlah masa dia terjah tu,kawan aku ni tgh attend satu customer lain.Memang jadi bahan lah.
Bila kawan aku nak explain,dia maki maki pastu cakap nak tutup akaun GIA dia.Marah benor kawan aku tanak datang umah dia.Giler ke apa? Dahlah baru kenal sehari,nak paksa org datang umah plak? Gila psiko!
Last,bos aku suruh jer kitorg tutup akaun dia sebab takut dia datang buat onar lagi.Nak marah pun sebab benda yg tak masuk akal lsg.Tapi kitorg syak dia marah sbb kitorg tak bagi dia sesuka hati pakai gelaran Datin Paduka tu,makanya,benda silap yg tak masuk akal pun dia nak maki.
Esoknya..terus tak datang datang lagi dah...
Sampai gitu sekali.Jadinya memang gelaran ni penting sebenarnya bagi sesetengah orang.Tujuannya? Tak tahulah.Ada sesetengah org yg aku kenal,aku tak tahu apa jasa dia dan dari Sultan mana yg bagi dia pingat,tetiba balik kampung,announce diri sendiri Datuk.Pastu tiapkali org kampung buat kenduri, dia nak layanan VIP.Pastu announce plak tahun depan nak jadi YB.Ni true story...aku tak tipu.Yang kelakar,bila dirisik plak mana datang gelaran, rupanya dari Negara Indonesia.Lorrr....kalau camtu, kat Indonesia ajerlah org panggil ko Datuk.Kat sini watpe meroyan suruh org panggil ko Datuk? Pastu,genuine ker? Katanya,Sultan dari Kerajaan mana ntah kat Indonesia tu yg bagi,tak sempat aku nak kaji.Siap edar name card pangkal nama Datuk...mudah sangat.Kalau camtu, esok aku nak gi print name card,bubuh kat pangkal nama Datin ke,Puan Sri ke..khelass ko nyah..
Ntahlah, lantak diorg lah.Yang genuine dapat gelaran takpelah walau sesetengah org claim yg gelaran tu org dah tak heran dah.Lantak lah,dah Sultan nak bagi,belasah ajer ler.Lagi satu,biasanya kalau ikut pengalaman aku, org yg genuine dapat title Datuk ke Tan Sri ker, diorg ni tak suka org heboh heboh sangat.Cuma kita ajer yg kenal diorg,so mesti nak panggil jugak sebagai tanda hormat.
Yang hampeh, ni lah...yg ntah mana-mana dapat gelaran, sesuka hati bapak tiri laki mak dia paksa-paksa org panggil dia Datuk lah,Datin lah.Dah lah tu, pakai gelaran tu sebab nak menipu org.
Takperlah...harap-harap bertaubatlah yer.Jangan selalu sgt tipu org,nanti bila org dah tak percaya kita...malu weh.Jejak kaki kat kampung pun malu nanti.
Apa-apa ajerlah...Hari Wilayah ni, Yang Dipertuan Agong tanak bagi aku pingat ker...nak gak aku org panggil aku Datuk.huhuhu

2 comments:

  1. Hahahah gila psycho. esok lusa masuk kubur pun gelaran tu hilang jugak.

    ReplyDelete
  2. Ever wanted to get free Twitter Followers?
    Did you know you can get them ON AUTOPILOT & ABSOLUTELY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete