Monday 28 January 2013

TIP TIP MENDIDIK ANAK ( DARI SUMBER PEMBACAAN YA,BUKAN TEORI SENDIRI)

Assalamualaikum...
Hari tu aku ada baca satu post kat FB mengenai ulasan seorg kaunselor kanak-kanak...kaunselor ke doktor ntah,aku lupa.Tapi ada byk pesanan mengenai cara menangani kanak-kanak.Sebagai ibu muda ( muda keeee?Hehehehehe) yg masih banyak kekurangan ilmu,topik ni sangat menarik perhatian.
Katanya,anak bukanlah hak mutlak ibubapa tapi dipinjamkan Allah sebagai satu amanah untuk dididik.Ada ibubapa katanya cenderung beranggapan bahawa anak-anak adalah hak mutlak ibubapa atas dasar ingin melindungi tetapi sebenarnya mengongkong.Anak-anak diwajibkan mengikut kehendak ibubapa dgn alasan ibubapa lebih tahu apa yg terbaik untuk anak-anak.Hak bersuara mereka dinafikan dan mereka terpaksa menerima apa saja keputusan ibubapa walaupun bertentang dengan kehendak sendiri.
Ini bukan berlaku pada peringkat kanak-kanak sahaja malah ada sampai dewasa.Misalnya mereka dipaksa untuk belajar mengikut apa yg ibubapa inginkan.Anak mungkin ingin menjadi jurugambar tapi ibubapa mahu anak jadi doktor.Itu salah satu contoh.
Ini kesilapan katanya.....
Phewwww.......panjang jugaklah ulasan dia sampai julinglah bijik mata membaca.Tapi aku akui,kata kata dia ada benarnya.Dan bukan sekadar mengakui teori tapi based on senario yg berlaku pada diri sendiri dan org sekeliling.
Dalam mendidik anak,aku akui banyak sgt kekhilafan dan kekurangan.Nak kata aku tegas agak kurang tepat.Pendek kata,aku ni garang lah dan agak kurang penyabar.Walau aku jarang naik tangan tapi suara ala-ala tarzan tu biasa lerrr...pftttt.
Nak buat cemane ek?
Aku pernah gak baca satu artikel kalau anak asyik mintak izin untuk buat sesuatu,maknanya ada something wrong.Maknanya,dia kurang keyakinan diri disebabkan ibubapa selalu melarang atau memarahinya.Kanak-kanak jadi keliru dan serba salah untuk membuat sesuatu,bimbang dimarahi.Jadi,dia akan selalu bertanya dan mintak izin.
Menggigil gak baca sebab anak-anak aku macam ni lah....Ya Allah...adakah cara didikan aku ini salah? 
Mulanya aku anggap baguslah anak mintak izin,at least aku tau amende yg dia nak buat,tapi bila artikel tu mengaitkannya dengan self esteem kanak-kanak,aku rasa bersalah yg amat sgt.
Adakah aku telah mengabaikan suara mereka?
Menafikan kehendak mereka?
Aku rasa menyesal jugak bila lepas marah diorg,even lepas tu diorg bermain mcm biasa,tapi aku selalu marahkan diri sendiri jugak lepas tu.Berazam berjanji,lepas ni kalau anak nakal mcmmana pun,aku kena sabar...tegur elok elok.
Tapi,lepas tu ke laut jugeeee akhirnya....
Anak-anak aku Alhamdulillah,mendengar kata dan agak disiplin jugak ( tak semua bende lah dia nak ikut disiplin...what to expect kan?) tapi Amani nampaknya agak agresif towards Hakim dan Rafhanah,tapi pemalu dengan org lain.
Mulanya aku ingat sebab dia anak sulung jadi dia jadi lebih protective...yes indeed,tapi aku perasan dia mcm melepaskan kemarahan dia kepada adik adik.Ini yg merisaukan aku.
Aku sedar kelemahan aku,aku tak akan tutup kekurangan ni.Sebaliknya aku kena hadapi masalah ni.At least,aku kena lakukan sesuatu sebelum terlambat.Mungkin emosinya agak tercalar jadi aku kena cari jalan sebelum dia jadi memberontak.
So far,dari segi komunikasi,Alhamdulillah.Mereka rapat dengan aku compare dengan daddy diorg.Maybe sebab Daddy selalu balik lambat tapi both of us akan luangkan masa untuk dengar cerita mereka ataupun bercerita dengan mereka.Amani pun,sejak sekolah,segala yg berlaku kat sekolah aku tahu.Aku akan make sure dengar dan respon dengan apa yg dia cerita.
Aku pernah juga face satu situasi dgn satu family ni.Memula kenal,aku hairan kenapa anak-anak dlm keluarga ni agak biadap dengan emak diorg ( tapi dengan org lain diorg okay jer ).Panas jugak hati tgk gelagat diorg.Yg pelik tu,emaknya selamba ajer.Segarang-garang aku,rasanya tak pernah pulak aku tengking mak aku.
Lama-kelamaan,aku makin faham dengan senario yg berlaku walaupun aku tetap tak boleh terima attitude diorg ni.Puncanya,si emak ni masih menganggap anak-anaknya seperti anak kecik lagi.Semua nak dibebelnya,anak baru duduk nak menyuap nasi,emaknya dah datang membebel bebel mcm takde hari esok.Anak dah lah tgh penat baru balik kerja,dah kena bebel.Kalau sebab hal besar takpe jugak,ni hal remeh temeh.Tambahan pulak,emaknya tak percaya anaknya boleh berdikari.Kalau boleh,semua dia nak buat,semua dia nak tentukan.
Lama-kelamaan,bila anak-anak meningkat dewasa,diorg jadi fed up.Diorg memberontak...rasa nak bebas.Kesannya? Tiapkali si emak membebel,diorg tension.Tu yg jadi sampai tahap tengking menengking.Komunikasi out...sebab si emak tak layan anak mcm kawan,yg menjadi tempat anak meluah perasaan ataupu sekadar borak kosong.So,anak jadi tak rapat dengan emak.Kalau nak bercakap pun,hal yg penting penting ajer.
Aku bersyukur parents aku tak mcm tu.Setakat ni,kalau aku ada masalah,aku bebas meluahkan apa sahaja dengan parents aku.Seingat aku,sejak aku masuk sekolah menengah,no more rotan or bebelan tahap naga.Terutama abah,dia suka slow talk sampai aku tersedu sedan.Malu tawww....
Aku tak judge cara si emak ni.Aku pun masih terkontang kanting.Malah yg mengerikan,aku takut cara aku dengan dia lebih kurang jer.Jadi,aku cuba ambik iktibar dan belajar dari situasi ni.Aku tak mahu anak-anak aku jadi macam tu.Dan,aku tetap tak boleh terima perangai sedemikian...emak tu.Syurga di bawah telapak kaki ibu ya anak-anak.Tapi aku tetap tak boleh nak salahkan mereka 100% tapi menyokong tidak sekali kali.Aku hanya mahu belajar.
It's okay to say No kepada anak-anak,tapi mesti bagi penjelasan.Ini yg penting,sebab anak zaman sekarang tak sama mcm dulu.Diorg lebih curious dan demanding.Kita dulu,emak ckp jgn duk atas bantal nanti tumbuh bisul,tak tanya apa dah..terus campak bantal tu.Anak skang..." Kenapa tumbuh bisul? Ada penjelasan saintifik tak?" Amek ko...Explaination plak mestilah logik.Instead of mengatakan duk atas bantal boleh tumbuh bisul,lebih baik cakap terus terang..."Bantal kan tempat kita letak kepala,yg korang letak punggung kat situ buat apa? Kan tak elok tu?"
Lagi satu,bukan tak boleh melarang tapi kalau kehendak anak-anak tak memudaratkan dia,cuba terima pendapat diorg.Misalnya,ada kes yg kaunselor ni cerita,ada parents yg anaknya lelaki,tapi mahu anaknya berambut panjang,atas alasan lebih comel compare kalau rambut pendek.Walhal,si anak ni malu sebab dia lelaki.Si anak nak potong rambut tapi dilarang.Kata doktor ni lagi,keinginan anak itu tidak memudaratkan dia atau sesiapa,jadi takde alasan untuk parents menafikan kehendak si anak.
Larangan adalah sekadar untuk guide anak-anak agar tidak tersasar,bukannya untuk menafikan kemahuan mereka.Asalkan logik dan tidak melampaui batas,izinkan mereka buat apa yg mereka mahu.Janganlah plak sampai tak control langsung.Kalau sampai anak mintak nak pukul org dan parents cakap yess...mental gamaknya mak bapak tu..heheheheheh.
Ini sekadar share apa yg aku baca.InsyaAllah,aku akan cuba praktikkan.Aku nak cuba kurangkan sikit level kegarangan aku ni.Sebelum segala-galanya terlambat...
Doakan aku success yaaa....


2 comments:

  1. Semput nafas aku membacanya...panjang bebenor....aku pun sama juga kadang2 hilang sabar wlu dlm hati ckp kena tenangkan diri masa marahkan anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkeh,semput jugak nak nulis balik apa yg dr tu ckp.Kalo sesekali ilang sabar xpe mia,aku ni kerap sgt.Sian bebudak tu,huhuhuhu

      Delete