Sunday 27 January 2013

HORMON OH HORMON

Pagi semalam...ajak laki aku pegi cari meja tulis untuk Amani.Kali ni tanak cari kat Perabot Bahagia..nak ubah angin plak...agagagagaga....
Kononnya...jauh sangat gi cari.Kat Plaza Perabot LDP tu jer pon...ceh.
Aku ni lupa yg laki aku ni bukan jenis nak merayap lama-lama dua tiga buah kedai untuk survey-survey.Melainkan nak cari barang dia,sebesar besar kedai dia sanggup redah.
Lagi sekali..konon nak survey....
Masuk satu kedai,aku belek-belek katalog sambil dilayan oleh seorang amoi comel..Rajin dia melayan aku padahal nak beli meja tulis budak jer pon.Laki aku boleh plak baring baring atas tilam depan kaunter tu ngan anak-anak.Berbulu jer staff lain tgk kelaku dia agaknya...haahahahahaha.
Anak-anak dah menjerit.Rafhanah asyik cakap " Nak alik...nak alik..."
Hakim plak mengadu lapar...bengang tul aku.Pagi tadi sebelum keluar,semua org dah sarapan,dia jual mahal kata kenyanglah,apa lah.
Aku malas dah nak mencari lain..terus confirm order ngan amoi tu.Ready stock tarak..sudah mau CNY.Aku terus bayar full jer dan blah balik Shah Alam.Amoi tu janji meja akan sampai hari Jumaat nih.
Hakim nak KFC plak dah.Singgahlah Tesco Shah Alam.
Masa tgh makan,tetiba amoi kedai perabot tu call.Dia nak inform yg meja yg dijanjikan takkan dapat hantar Jumaat ni sebab bila dia place order ngan kilang,kilang tak dapat siapkan due to CNY.Paling cepat pun hujung bulan February.So,dia tanyalah whether aku nak cancel order dan dia sedia nak bagi refund.
Aku tanyalah laki aku cemana ni?
Eh..tetiba emo plak dia...
"Terpulanglah kat ayang...abang takde kuasa nak patah balik der nak ambik duit tu balik.."
Aku tahu dia bengang kat amoi kedai tu.Apsal masa kitorg kat kedai dia tak call kilang dulu.Kan dah tahu dah nak masuk musim cuti CNY?
Selalunya...respon aku ialah melenting balik ataupun diam malas nak layan.Tapi....
Tetiba...rasa sayuuu jer...
Terus keluar dialog...
" Orang tanya pon nak marah...dahlah,lain kali ayang pergi beli sendiri,cari duit sendiri..."
Laki aku macam sedar dia dah buat aku sedey...cembeng sgt....dia terus slow jer cakap...
"Abang bukan marah kat ayang...olololo...blablabla.." ayat seterusnya takyah tulis lah,kang ada plak muntah hijau nanti...hehehehehe.Tapi ayat nak memujuk lah.
Tapi,lepas tu ayam KFC tu rasa dah tak sedap ( padahal dah hampir tinggal tulang),mata tetiba kabur...
Airmata meleleh...tetiba...terus bangun basuh tangan.Lap lap muka....
Duduk balik.Laki aku diam tak kata apa dah.Rasa bersalah lettewwww....
Hormon oh hormon...
Sentap plak mak..tetambah tgh pregnant nih.Aku biasanya jarang menangis.Mengamuk adalah...hehehehehe
Aku bukan salahkan hormon...dia tak kemana...dia memang ada kat situ selama aku hidup ni...
Cuma kali ni dia beralih angin...
Dari hormon baran...
Dia jadi hormon manja....OLOLOLOLOLO
Hahahahahahahaha...

2 comments: