Thursday 30 August 2012

ALBUM TERBARU ........ALBUM GAMBAR JER PUN!!

Malam yg sepi...Pak Amat jual topi...topinya koyak,Pak Amat jual tempoyak...tu dia,intro duk menyanyi pulok doh.Sapa yg tak tau lagu ni sah lahir kat Amerika pada tahun 80an...
Takde maknanya malam yg sepi on Merdeka Eve ni kalau ko menetap dekat dgn Dataran Shah Alam.Baru jap tadi rasa cam kene bom umah aku ni ha diorg letupkan bunga api.Tapi takpelah...bukan selalu.Malam tak sepi,aku jer yg sepi sebab laki pegi site tak balik lagi...huhuhuhu.Eh?
Biasalah aku,cerita mesti takde kene mengena dgn intro ataupun tema perayaan yg terkini.Aku memang suka memesongkan cerita..ya,mari kita cerita pasal Raya yg dah basi tuh.Hahahahaha.
Bukan nak citer sgt pun,nak tepek gambar jer sbg memori sbb aku nih bukan jenis rajin cuci gambar masuk album.Last sekali aku cuci gambar ialah 5 tahun lepas,tu pun gambar kawen dan gambar anak sulung baru lahir.Maknanya,aku cuma ada 2 album gambar jer.Siannnn...gambar lain sumernya kat dalam external hard disc jer.Double kesian...


Posing Kemain!!

 Ni kek Rombau...pagi raya pertama.Kemain anak2 dara aku.Anak teruna aku anti sosial :p,takmo amik gambar.Geram tul aku.  

Org amik gambar,dia baring tgk TV

Gambar ni masa raya kedua.Kat Linggi plak melawat sedara mara belah Atuk misai...

Cara baru kuar keta...ikut bonet!!

Yg ni ialah gambar kat Terengganu.Recycle balik baju raya pertama...maklumlah,emaknya budget lah katakan.Hahahahahaha.Nasiblah,korg bukannya artis nak beli baju penuh satu almari...

Itu ajerlah kut.Aku dah cakap tadi....aku memang malas tepek gambar byk-byk....



Tuesday 28 August 2012

TEORI PEMAKANAN SEMASA HAMIL DAN KESANNYA PADA ANAK-ANAK

Tabiat pemakanan aku semasa mengandung...
Masa mengandungkan Amani - Suka fast food serta western food
Effect -Favourite food Amani ialah spaghetti

Masa mengandungkan Hakim - Suka makan masakan melayu
Effect - Hakim takleh hidup tanpa nasi.Hari-hari mesti nak ada nasi,barulah dia rasa kenyang.Kalau hidang makanan takde nasi,dia rasa tak kenyang,jap gi mulalah dia selongkar tudung saji / peti sejuk.

Masa mengandungkan Rafhanah - Suka makan macam macam
Effect - Rafhanah kuat makan!

Hahahahahahaha....sekian teori perbidanan aku

** Baca bulih,percaya jangan...***



Saturday 25 August 2012

ALKISAH DUIT RAYA..TAK ABIH ABIH CITER RAYA

Assalamualaikum seme seme...
Datang dah mood alim bagi salam.Selalu selalu tuh terus membebel ajer.Hehehehe,jgn ditiru perangai ini ya anak-anak.Tak ellokkk tuuu...
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk seminggu dah raya.Kami sekeluarga pun dah selamat sampai ke rumah dah.Hari ni ialah hari mengemas rumah.Tinggalkan rumah seminggu habuk Ya Rabbi.Basuh semua langsir,lap tingkap,kipas,vakum bilik...penyudahnya semua org lunch roti bakar ngan telur goreng.Sian....
Intro kene panjang walaupun isi cerita takde kene mengene.Biasalah kan...bukan buat skrip filem,kut suka aku lah kan...heheheheee.
Hari ni aku nak citer pasal duit raya.Pasal apa nak cerita? Adalah kisahnya...
Duit raya adalah satu budaya hari ini yg wajib ada.Sapa yg tak bagi duit raya,alamaknya...kene kutuk lah jawabnya.Kesian kan?
Aku takde masalah ngan budaya nih sebab bagi aku,itu adalah sesuatu yg membahagiakan kanak-kanak di hari raya.Biarlah,dah nama pun budak budak.Apa dorg tau.Bila dapat duit raya,dorg sgt happy,kan? Tambah-tambah kalau budak-budak yg datang dari keluarga kurang berkemampuan,sekurang-kurangnya setahun sekali mereka merasa pegang duit banyak sikit.
Yang jadi masalah ialah cara org dewasa mendidik kanak-kanak tentang budaya ni.Tak dinafikan,mcm malu pun ada dengan kekhilafan sendiri,tapi insiden depan mata yg aku saksikan beberapa tahun dulu byk ubah persepsi aku tentang budaya nih.
Kisahnya,waktu gi beraya kat rumah sapa ntah,aku perati satu group bebudak tgh duk sembang sesama sendiri.Seronok woo perati bebudak sembang sebab mereka ini jujur dan kelakar.Comel tau.

Budak Gemuk A : Eh,korg dah pergi umah Tok Adi ( bkn nama sebenar) ?
Budak Kurus B : Belum pergi..kejap lagi lah.Ni Pak Cik Mail ( tuan rumah) belum kasi kita duit raya lagi.
Budak Gemuk A : Tak payah pergi.Tok Adi tu kedekut.Dia tak bagi duit raya pun.Baik pergi rumah Mak Minah.Dia bagi duit raya banyak tau.
Budak Kurus B : Yeke? Kalau mcm tu,tak payah pegilah.Kita pegi umah Mak Minah
Tetiba ada budak kecik menyampuk.
Budak Kecik C: Eh,kita nak ikut.Nak duit raya jugakkk
Budak Gemuk A: Tak payah,tak payah.Lecehlah kalau ko ikut
Budak Kecik C: Ala...nak ikut.Nanti duit raya kita sikit...
Budak Kurus B: Tak payah!!! 
Pastu mereka semua gerak ramai-ramai lepas Pak Cik Mail bahagikan duit raya.Muka sengsorang happy kemain.Sebelum blah sempat lagi bukak sampul.
" Ala...RM1 jer..."
Budak kecik tadi kene tinggal.Muka cebik sayu plak aku tgk.Pelan-pelan aku kuarkan sampul duit raya hulur kat dia.Kalo ikut kebiasaan kat kg laki aku ni,tetamu biasanya tak bagi duit raya.Tuan rumah jer yg bagi duit raya,tapi aku belasah jer.Janji ada budak,aku main bagi jer.
Citer kat atas tu citer biasa jer.Berlaku kat mana-mana.Tapi wajah si kecil tu menginsafkan aku.Banyak perkara aku belajar dari perbualan biasa sekumpulan kanak-kanak.

Pertama:-
Sikap pergi beraya sebab semata mata nak duit raya sahaja.Aku faham kanak-kanak tidak faham konsep raya yg sebenar.Bagi diorg,raya ialah time nak collect duit,lantaklah konsep ziarah dan meraikan.Lagipun,seiring dengan pertambahan umur,diorg akan faham jugak.Tapi,kalau sikap mcm tu tak dibendung dari awal,tak dijelaskan dari awal,tak mustahil akan diturunkan pada generasi akan datang yakni anak mereka pula.Tak bagi duit raya,banned rumah tu.Agak tidak adil utk tuan rumah yg tak mampu...lagi teruk,kalau mereka mengutuk tuan rumah sebagai kedekut.Harus diingat,kanak-kanak sgt jujur.Mereka akan cakap loud and clear.Mana nak taruk muka beb!

Kedua:-
Sikap membanding jumlah duit raya yg diberi.Ada org mampu bagi RM5,ada yg beri RM1 malah ada yg beri 50 sen.Dan,kanak-kanak skang amat berani protes depan-depan.Dahlah org ramai.Bukan tak pernah nampak insiden mcm ni.Selamba sound," Ala...RM1 jer.Pakai keta besar,bagi duit raya kedekut,"
Hambik kau...biru muka tuan rumah...

Ketiga:-
Sikap berlumba-lumba sapa paling banyak duit raya.Kalau kekanak yg buat camni takpelah jugak,tapi kalau mak budak? Isyyy,malu nak cakap,aku pernah buat perangai tak semenggah mcm ni.Tapi,setelah berdepan ngan insiden si kecil,aku cuba ubah sikap.Nampak mcm tak serius impaknya,tapi kita tak tahu hati org.Ntah-ntah ada yg kecik ati anak dia dapat duit raya sket.Kita plak bukan main megah bercerita anak kita dapat duit raya byk sebab kita ada ramai sedara mara yg kaya,contohnya la kan.Ish...menyesal sgt.Lg satu,perangai paksa paksa sedara mara bg duit raya.Tapi selalunya aku gurau jer.Tapi mana tau ada yg terasa ke?Huk,maafkan saya..

Aku tak tau apa akan berlaku pada masa depan sebab anak-anak aku masih kecik lagi.Diorg masih tak tahu nilai duit raya tu lagi.Org bagi diorg ambik,tak bagi takde lah nak mintak.Tapi,buat masa skang,aku cuba terapkan sikap jgn mengharap pada duit raya.Org nak bagi,ambiklah tapi jgn plak bila tuan rumah tak bagi komplen.Harap-harap diorg tak buat perangai mcm tuh.Biasanya,kalau anak aku dapat duit,aku cepat-cepat mintak diorg bagi kat aku.Nampak mcm aku nak sgt control duit anak kan? Tapi,bukan sebab gelojoh,tapi aku tanak diorg belek duit raya dan bercerita pasalnya all day long.Paham tak maksud aku? Tak paham sudah...muahahaahhaha.Aku nak diorg tahu,duit raya adalah sampingan sahaja.Yg penting ialah,kita beraya,ziarah sedara mara dan sebagainya.Biar diorg tgk sekejap jer bayang duit tu kasi happy sket,pastu kalo takde pun takpelah.
Yang penting ialah menggalakkan sikap menabung dalam diri anak-anak.Duit raya anak-anak aku tak pernah sekalipun aku pakai ataupun bagi kat diorg utk dibelanjakan.Sumer aku simpan dalam bank.Pernah sekali ada kawan aku bagi duit raya RM5 seorg kat anak-anak aku.Walau cuma RM5,aku terus masukkan ke dalam akaun.Maklumlah,keje bank lah katakan.hahahahhahaa.Tapi itu mesti...demi masa depan diorg jugak.Hari tu masa raya adik ipar aku cerita,anak jiran sebelah siap belanjakan duit raya RM50 utk beli mercun pada malam raya pertama dan tanpa pengetahuan mak bapak.Yg buat adik ipar aku tahu bebudak tu tak cakap kat mak bapak diorg ialah bila bebudak tu pakat main mercun depan umah mak mentua aku.Hanginlah adik adik ipar aku...bila dihalau diorg cakap tak berani main kat umah,nanti bapak diorg marah.Hmm,mau cakap apa,dah namanya bebudak.Tapi tegur tetap tegurlah.Dah tau bapak marah,jgn main.Heh!
Anak-anak aku setakat ni dapat tgk duit raya selama 5 minit jer,pastu diorg terus bagi kat aku dan aku akan cakap kat diorg ," Nanti ibu simpan dalam bank yer..".Kita kena explain utk mengelakkan syak wasangka.Nanti diorg ingat aku pakai buat beli lipstick plak.hihihihi.
Aku tak kata perangai bebudak kat atas tu keji dan buruk.Aku tak pandang pun bende tu sebagai sesuatu yg besar sangat tapi tak salah kalau kita membuat perubahan yg kecil.Aku tak rasa yg budaya ni patut dihapuskan sbb ianya mampu menambah kemeriahan hari raya utk kanak-kanak.Tapi,mana patut kita bimbing dan tegur,lakukanlah sbb kadang-kadang sikap taksub ngan duit raya maybe membuatkan ada hati yg terluka.
Haaa...panjang lebar plak bebelan aku kali ni.Dah mcm pakar motivasi pulak...bluwekkk.
Dahlah...sambung bebel esok plak.Gudnite...tata titi tutu...Haishhh...gediknya aku!!!


Sunday 19 August 2012

AKU DAH BILANG BYK KALI,JGN MAIN MERCUN!!!

Takde apa nak citer pasal hari raya sebab kebanyakkan org melalui rutin yg sama.Bgn pagi,pakai baju raya,gi masjid dan kubur,salam raya,ziarah rumah ketua kg pastu balik terbongkang depan TV.
Cuma aku aku nak membebel.Raya raya jugak,kewajipan membebel tetap diteruskan.Muahahahaha.
Aku masih lagi bagi izin anak2 aku main bunga api.Tapi,takat bunga api ajerlah.Mercun mercun,NO WAY.Aku tanak anak2 aku masuk statistik mangsa mercun tahun 2012.Main bunga api pun wajib aku atau daddy diorg ada sekali.Ataupun,ditemani adik2 ipar aku.
Tapi,bengang betul aku kalau ada org main mercun bola dekat ngan anak2 aku.Dah berbuih mulut aku melarang,buat tak tahu jer.Kut jadi apa apa,dia aje yg kene,lantaklah.Kalau kena anak2 aku camne?Siap beli byk2 sampai sebungkus.Pastu saja jer main depan anak2 aku.Bunyi dahlah mcm bom,pecah gegendang telinga anak2 aku camne?Terjerit jerit aku suh anak2 aku masuk rumah,jgn dekat ngan mercun tuh.Sentuh pun jangan.
Nak marah lebih2 pun susah sebab yg main tu,kalo sebaya aku takpelah jugak.Ini org tua.Bukan sikit2 punya tua,dah lebih umur pencen.Alahai,nak buat camne.Apa aku boleh buat,suh anak2 jauhkan diri.Bila aku dgr bunyi meletup ajer,mcm roket aku lari keluar utk make sure anak2 aku takde kat situ.Kalau ada,aku suh diorg berenti main bunga api dan masuk.
Ingatkan ada org dewasa bolehlah harap nak tgkkan bebudak tu sekali.Ini tidak,siap main mercun bahaya plak tu depan anak2 aku.Geram tul aku.Maybe bagi dia takde apa,tapi,biar aku hilang suara memekik melarang bebudak tu dari aku hilang suara menangis mengongoi kalau jadi apa2 kat anak2 aku.Nauzubillah.
Aku ingatkan,bebudak jer kene pantau,org tua pun kena jugak.Haish!!

Wednesday 15 August 2012

LAGU RAYA YG HAMPEH

Hari ini agak busy sket.Kene gi bank bayarkan credit card cik abangku,pastu gi seksyen 20 jap dan last sekali kene gi antar kete masuk "spital".Kurang sehat sket dia lately.Maklumlah,umur pun dah lanjut...kuikuikui.
Dahlah hari ni luar biasa jammed nya.Ntah mana datang manusia manusia yg sebegitu ramai tengahhari buta ni.Sampai lenguh kaki aku jap jap tekan brek.Tu nasib baik keta auto,kalau manual,mau meraung aku sengsorang kat dalam keta tuh.
Sepanjang perjalanan,radio asyik putar lagu raya ajer.Aku ok jer,layankan.Syok gak wooo.Nak nak kalau lagu Sudirman tuh "Balik Kampung" ( padahal ni bukan lagu raya dok? Cuma ia sinonim ngan suasana raya) ,sama naik aku menyanyi.Kalo org sebelah tgk mesti diorg ingat aku sewel.
Sekali aku dengar lagu yg sangat gedikss,menanah telinga aku ni ha.Melodi dahlah macam hampeh,memang tak kena ngan taste aku la kan.Sekali,bila hayati lirik lagu...ces ces ces secessssssnya.....lagu raya rupanya!!!
Aku tak taulah ngan org lain kan...tapi,aku memang anti betul ngan lagu raya berentak moden.Rasa cam tak kena.Pulak tu dinyanyikan dengan nada GEDIK..memang mengundang rasa panas hati tak pepasal...hahahahahaha.Bukan aku kata lagu raya era baru ni tak best,byk yg best,contohnya lagu M Nasir,Mamat Exist dan Siti Nurhaliza.Boleh jer..tapi melodi tu biarlah menggambarkan suasana raya,baru best.Tak semestinya lagu syahdu...lagu rancak pun best,tapi kalo iramanya terlampau moden,mcm ada tak kena.Lagi satu,kalau penyanyi muda nyanyikan balik lagu raya lama.Tobat rasa nak lempang.Sorg sorg sesuka hati tukar gaya nyanyian kononnya nak gaya sendiri,tapi sebenarnya merosakkan lagu.
Eh,apasal aku emo sgt ngan lagu lagu raya nih? Hehehehehe...panas hati sebab jammed sebenarnya.Tu ajer.

Tuesday 14 August 2012

SHOPPING YG PALING MELETIHKAN..

Hari Ahad hari tu,lepas hantar mak mentua blk kg,pagi2 lg dh bertolak dr kampung sebab ada misi utk bershopping baju raya anak anakku yg tercinta.Asalnya nak singgah Jusco Seremban tp tukar plan ke Sunway Pyramid.
Dan sesungguhnya kini aku faham mengapa ada org,dua bulan sblm puasa diorg dah shopping siap siap baju raya.Utk yg nak shopping saat saat akhir mcm aku ni,harus mempunyai keimanan yg tinggi.Utk ibu yg garang,dinasihatkan duk umah pakai baju tahun lepas lg bagus.Huhuhuhu.
Kitorg sampai kul 12 tgh hari,keluar pukul 5.30 pm dengan hanya mampu membeli 3 pasang baju sahaja yakni sepasang seorg.Bukannya sebab aku cerewet memilih tapi si kecik tu tetiba mempunyai tenaga Ultraman terlebih bateri.Kejap jadi org,kejap jadi kucing pastu boleh plak dia merangkak sambil ,"meow,meow..." Huwaaaaaa,stress mak.Masa aku lg banyak habih ngan mengejar dia sekeliling salesgirl.Makin aku kejar,makin seronok dia lari.Tak dikejar lagi jauh dia pergi ngan harapan ada org kejar dia.Pastu mulut dia bising," Tak apat,tak apat...hahaahahahaha".Weh,lagu ni,Usain Bolt pun tak larat nak kejar tahu...huhuhuhuhuhuhu.
Sudahnya,semalam,lepas amik bebudak ni kat sekolah,aku pergi kat Plaza Masalam.Ada kedai baju budak kat situ.Kat situ pun dia mcm tu jugak...sampaikan salesgirl kat situ mcm dah jd aku nyer personal shopper,sementara aku kejar si kecik yg dah lari sampai ke escalator,diorg tolong carikkan baju utk Amani dan Hakim.Seb baik Amani dah pandai pilih baju sdr.Aku pun dah takde kisah,baju kat situ pun cantik cantik,diorg tunjuk jer semua aku berkenan.Settle.
Jadi,moral of the story,tahun depan,sebulan sebelum raya dh kene settle baju raya.Bukan kerana beria ia sgt nk raya,tapi,utk mengelakkan dari terlampau letih di bulan puasa gara gara menjadi atlet lumba lari dan juga dptlah menumpukan perhatian pada ibadat waktu malam yg mungkin ditinggalkan gara gara nak shopping waktu malam (sbb letih nk gi siang hari).
Heh,terlontang den ni haaaa dikerjakan dek budak kecik sorg nih.heheheehhe

Friday 10 August 2012

PERSIAPAN HARI RAYA

Sehingga ke saat ini,satu hapa persiapan raya pun aku tak buat lagi.Kemain rilek..Aku laki bini memang takde kisah untuk keperluan diri sendiri,tapi kesian kat anak-anak jer.Yerlah,raya ni selalunya budak-budak yg seronok sangat pun ngan baju baru,kasut baru dan semua-semua barulah.
Memang dari dulu lagi aku jarang beria ia buat persiapan raya.Kena plak dapat laki sekepala,lagilah.Masa aku anak dara,mak aku yg uruskan semua kain baju aku.Dari pilih kain sampailah menempah baju raya,semua mak aku buat.Aku nak gi ukur baju pun malas.Selalu aku bagi baju contoh jer.Lepas tu pagi raya pakai baju mcm sarung guni,padan muka.Tiba datang angin sewel,ada satu tahun tu,aku cakap ngan mak aku jgn buat baju raya utk aku.Pagi raya,aku geledah jer almari dia cari baju lama dia,pakai.Rilek jer sengih sengih salam raya ngan makcik-makcik aku yg belek baju "raya" aku sambil cakap ," Mcm baju Ma mung je ni?"...Hehehehehe.Masa first time sambut raya sebagai bini org,aku tgh sarat pregnant anak sulung,langsung tak beli baju raya,aku pinjam jubah mak aku dua pasang.
Nafsu aku memang tak ada pada shopping baju.Aku beli baju bila perlu ajer dan selalunya keinginan tu akan datang pada saat yg tak terduga,Misalnya,tetiba nampak,berkenan,baru beli.Nama nak gi redah lima belas kedai cari baju,takde lah aku.
Beberapa tahun kebelakangan ni,aku banyak beli baju raya ready made jer.Lagipun banyak pilihan dan cantik cantik plak tu.Dan,aku shopping selalunya pada minggu terakhir puasa.Time-time org dah beransur balik kampung,time tu lah aku baru terhegeh hegeh cari baju raya.Shopping baju budak aku suka.Seronok tgk design baju kekanak yg comel comel.Rasa cam nak borong sumer.
Kuih raya? Biasalah,kuih tunjuk tunjuk ajer.Nak buat sendiri,sorrylah.Dengan adanya tiga budak kecik yg sedia nak menjahanamkan adunan kuih raya aku,baik aku beli jer.Kalau tak stress aku.Dahlah memang tak pernah buat.Nanti elok nak belajar buat,langsung tak jadi.Untuk tahun ni,aku beli ngan adik aku ajer.Tahun ni dia jadi tokey kedai bakeri dan buat kuih raya sekali,so wajib support.Dahlah beli sikit,4 balang jer,satu balang aku dah bedal..hehehehehehehe.Lagipun tahun ni raya kat kampung laki aku,adik2 ipar aku rajin buat kuih dan org sekarang jarang nak hadap kuih raya lagi so beli sket ajer.
Giliran balik raya? Takde masalah walaupun kampung kat timur dan barat.Kami buat sistem giliran dan setakat ni Alhamdulillah tak pernah gaduh lagi..hehehehe.First year kahwin pun aku ngan redhanya raya kat kg laki aku...sob sob sob ( nangis jugakkkk,hampeh).Time aku kerja,kena pilih samada nak cuti sebelum atau selepas raya,jadi,kalau dah balik Rembau,tak dapatlah balik Terengganu.Huwaaaaaaa!!! Tapi,kitorg mmg plan siap-siap,kalau tak dpt balik time raya,kami akan
balik time puasa.Mcm tu lah gilir gilir seadanya.Laki aku mmg takde masalah ngan cuti,aku
ajerlah.So,bila aku dah berenti keje,Alhamdulillah,dapatlah balik ke kampung kedua-duanya.Just
gilir-gilir balik untuk raya pertama ajer.
Hari ni hari Sabtu.Ikut plan,nak bawak mak mentua shopping baju raya dia.Maybe aku suh laki aku jer bawakkan dia sbb aku memang tak sanggup nak bawak anak-anak gi redah PKNS yg sesak tu.Naya jer kalau hilang...eiiii,Nauzubillah.Pastu baru balik Seremban,shopping baju anak-anak kat sana jer.
Demikianlah persiapan raya aku.Sebenarnya,takde persiapan pun lagi...hehehehehehe.Tengoklah camne nanti.Yang penting untuk anak-anak ajer..kesian diorang.
Itu ajelah kut.Babai,selamat berbuka.Eh?baru tgh hari..ekekekeke

KEJAYAAN PANDELELA RINONG...SYABAS!!!

 STANDING OVATION UNTUK WIRAWATI NEGARA!!





Pandelela Rinong....pemenang pingat gangsa acara terjun tiruk Olimpik London 2012
Atlit wanita Malaysia pertama yg meraih pingat di Olimpik...huhuhuhu...bangga mak.Olimpik tau.Walaupun hanya pingat gangsa,tapi kedudukan ketiga terbaik dunia adalah pencapaian yg mengagumkan.Tambah-tambah plak acara yg dia sertai tu belum pernah lagi kita monopoli di mata dunia.
Dia membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai oleh Malaysia.Syabas Pandelela Rinong!!!
Syabas juga untuk AzizulHasni Awang...kelah orang Tranung....clap clap clap.
SYABAS!!! Eh,bukan syarikat air tuh...errr...Tahniah!!!!

DIARI RAMADHAN SEORANG SURIRUMAH

Diari Ramadhon seorang surirumah.Hape,ingat si Rafique tu sorg jer boleh ada diari di bulan Ramadhan ni hah? Walaupun jelas aku punya diari boring nak mampus,tapi,ada aku kesah?hahahaha.
Lepas balik semula ke rumah sendiri,mcm biasa ler...jadual bermula ngan gi pasar tanpa "ter"minum air vitagen anak aku lagi sbb kali ni tak bawak dia.Mak mentua aku ada kat umah dan dia willing nak jaga budak tembam tu sementara aku ke pasar.
Harga ikan dan segala makanan laut lain naik sket dan kualiti ikan agak mendukacitakan.Apa,bulan puasa ni,ikan-ikan tak larat keluar berenang ke apa?
Pastu,dah balik dari pasar,suh mak mentua aku siap siap cantik cantik,bawak dia gi jumpa gynae kat DEMC.Bukan buat check up dia pregnant tau...dia ada masalah sket.Kalaulah mak mentua aku tetiba pregnant,mahu pengsan laki aku lima nam kali terima berita nak ada adik baru.Hihihihi...cute kan aku gelak.Selalu HAHAHAHAHA ajer,memang takde kesopanan langsung.
Dah pegi spital jumpa pakar main terjah jer xder appoinment,hambik kau.Kat dua jam aku tunggu...huhuhuhuhu.Bila masuk jumpa doktor,mak mentua aku bantai cakap Nogori,Doktor tu mcm mintak nyawa nak faham.Lantas,aku pun menawarkan diri jadi translator.Tak sangka,selain dari loghat Terengganu,pandai gak aku loghat Nogori...hahahahaha.Cess,itupun nak bangga.
Yang buat aku nak tergelak,Doktor tu memanglah bagi penjelasan yg panjang lebar,informatif,terang lagi bersuluh,tapi setiap ayat disudahi ngan "Ngerti?".Cakap ngan aku plak tu...kembang kempis hidung aku nak tahan gelak.Gi lah cakap ngan my mom in law tu doktor...aku nyaris nak terguling gelak dah bila dia ckp, " Ngerti," tu.Hahahahaha.Tapi,Doktor tu mmg bagus.Dia explain A to Z...dan harap-harap mak mentua aku tak mengalami masalah serius.Kalau ikut pemeriksaan awal,Doktor kata mcm ok,maybe sebab perubahan hormon / tanda-tanda awal menopaus.
Nak ngambik ubat pun lama sbb ramai giler org.Seb baik budah farmasi tu hensem...Eh?
Dah balik,kemas umah jap pastu berehat.Pukul 3 aku dah start masak.Memang aku masak awal utk mengelakkan aku terlepek atas dapur di hujung hujung hari.Kehkehekehkeh...mcm bebudak.
Dah lah,sampai sini ajer...yg lain lain tu paham sendiri lah.Mestilah berbuka puasa,tidur dan sahur dan berlakulah rutin yg sama setiap hari kecuali bab bawak mentua gi spital.Takkan hari-hari aku nak bawak gi spital plak.Gila concern.Nak bodek,agak agaklah kan.Mintak penampar,adalah...
Jadi,sekian sahaja diari ramadhan saya...ada sesapa berminat nak jadikan drama??

Sunday 5 August 2012

Badminton final Olimpik 2012

Sampai rumah balik dah setelah genap seminggu kat kg.Huhuhuhu.Aku dah homesick!!
On the way blk,sempat singgah berbuka kat area Ukay Perdana sebelum singgah umah sepupu aku utk hantar ketupat daun palas mak aku yg makcik aku pesan.Perghhh,panjang tul ayat.Semput!
Elok sampai rumah dia,hajatnya nak singgah jap ajer,sekali diorg tgh layan final badminton Olimpik,Lee Chong Wei VS Lin Dan.Sudahnya melekat kitorg kat situ nengok sama dengan harapan dapat makan eskem Baskin Robbin free ntt.Hehehehehehe.
Tapi,Lee Chong Wei kalahlah pulak.Alahai,sian betul aku nengok dia tadi.Takpe Dato',walaupun kalah,tapi boleh nampak kesungguhan beliau utk dapatkan pingat emas.Nak buat camne,takde lagi rezeki kita.Sengit jugak pusingan akhir tuh dan aku bangga dengan semangat juang beliau.
Apapun,u're still our hero! Syabas Datuk Lee Chong Wei!!Syabas kepada team Malaysia!!
Ah,tetiba rasa sgt patriotik lah pulak.hehehehe

Thursday 2 August 2012

EVOLUSI KAD UCAPAN HARI RAYA

Pernah dapat kad raya? Pernah? Bagus...
Nasib baik aku pernah hidup pada zaman kad raya secara fizikal dimana kad raya itu dibuat dari sejenis kertas keras dan bersampul dan beralamat dan bersetem masih dihantar..hahahahaha.
Fuhhhh...panjang aku explain kan? In case ada yg tak tau apa rupanya kad raya itu.Hahahaha.
Evolusi manusia manusia dan kad ucapan....

KAD RAYA KERTAS
Masa aku sekolah sampai ke Uni  - kad raya masih dihantar secara pos.Memang memerlukan kegigihan yg tinggi untuk menghantar kad ucapan hari raya ni sbb memula kene gi kedai beli kad.Mcm2 pilihan ada,yg kartun,yg bunga,gambar mercun,khas utk makbapak,utk kekasih,utk kawan,yg cantik,yg huduh pon ada...kat situ dah pening dah.Pastu balik,nak kene karang syair,sajak dan puisi dan diakhiri dengan pantun,"Pecah kaca pecah gelas,sudah baca,harap balas,".Dah tu kene carik setem dan pejabat pos atau peti pos.Banyak masa kene pakai.By hand pun ada.Zaman sekolah dulu,beli kad secara pukal,pastu bahagi kat satu kelas.Dapat reply pun berbondong-bondong.Rasa cam artis plak dapat kad raya satu plastik...

KAD RAYA ELECTRONIC
Kad raya ni dihantar melalui email.Aku tak tahu lah skang masih ada lagi ke tak website yg offer E-kad raya ni.Bulih dapat kad raya bling bling.Tapi for those yg jarang bukak email cam aku ni,ntah2 si pengirim dah kembali ke Rahmatullah,baru aku baca.Hampeh....
Yg ni jimat masa.Duit internet masih kene bayar.Dan paling hampeh sekali,kalau line internet cam siput babi.Almaklumlah zaman pakai modem besar typewriter,bunyi tuuuuuuutttttttt manjang...sakit hati gile.Last,aku tutup website tu terus,pueh hati aku.

KAD RAYA MMS
Seiring dengan kemajuan teknologi...say bye to physical card and email.Sambil relax atas sofa ataupun tatkala tengah memerut kat jamban...sekali tekan jer atau forward kad yg kawan-kawan bagi kepada kawan-kawan yg lain pulak...dah terima.Syahdu....

KAD RAYA SMS
Rentetan dari kad raya MMS,karang jer ucapan indah indah ataupun lucu,hantar...sonang citer.

KAD RAYA FB
Sambil online accept friend baru,apa salahnya forward kad raya.Tag jer kawan-kawan...tekan enter...settle.

Tengok dari cara aku tulis ulasan pun dah tau,proses hantar kad raya makin lama makin simple.Tapi yg paling manis dan bererti tentulah yg paling susah nak buat.Jgn kata org lain lah,aku sendiri pun dah makin malas nak hantar kad raya despite ada promotion dari Pos Malaysia.Zaman skang,masih ada sebenarnya kad raya,tapi lebih kepada urusan perniagaan.Selalunya dihantar dari syarikat-syarikat sesama mereka ataupun client/customer.Selalunya aku dapat yg mcm gitulah.Sesekali ada jugaklah sedara yg hantar tapi jenis standard kad raya.I mean,ucapannya tidak lagi ditulis secara personal.Dah memang designer tu dah tulis,diorg tambah jer To: BLABLA.....Namun,aku sgt appreciate sbb payah nak dapat woooo...
Tapi,nak buat camne,manusia moden zaman skang sangat sibuk.Aku tak mengata org lain,diri aku sendiri pun mcm tu.Makin lama makin malas dan rasa diri sendiri sangat sibuk.Bukan apa,nak cari alamat rakan taulan lagi,memerlukan effort yg sgt tinggi.Kengkadang putus angin gak bila ada yg sound " Apa yg susah sgt nak hantar kad raya,send kat FB sudehhhh,"
Aku tak tahulah raya tahun ni nak buang tebiat ke tak hantar kad raya kertas nih.Apakata tahun ni aku start dengan hantar kat laki aku...senang,takyah cari alamat...hahahahahaha.Dasar pemalas....utk makbapak kat kampung,raya nanti aku bagi...

PUASA DI KAMPUNG HALAMAN

Aku skang ada kat kg...yihaaaaa...
Kalau dah kat sini,segalanya jadi malas...termasuklah hapdate blog.Jengah rumah sedara mara yg dekat2 ni pun malas.Malas kuar rumah..malas gi kedai..pendek kata malaslah.
Berpuasa kat rumah mak ni,nikmatnya hanya Allah yg tahu.Walaupun kami berbuka tiga beranak ajer,Abah,Ma dan aku...dan lauk pauk pun ringkas saja,tapi setiap lauk yg Ma masak macam ada magic,semuanya sedappp...
Hari ni dah Khamis...nak balik hari Ahad ni dah...
Aku dah start sedih...huwaaaaaaa......
Sekian entry malas dari aku yg pemalas hari ni...

P/S: Eh..biasanya aku rajin tau...muahahahahahaa