Thursday 2 August 2012

EVOLUSI KAD UCAPAN HARI RAYA

Pernah dapat kad raya? Pernah? Bagus...
Nasib baik aku pernah hidup pada zaman kad raya secara fizikal dimana kad raya itu dibuat dari sejenis kertas keras dan bersampul dan beralamat dan bersetem masih dihantar..hahahahaha.
Fuhhhh...panjang aku explain kan? In case ada yg tak tau apa rupanya kad raya itu.Hahahaha.
Evolusi manusia manusia dan kad ucapan....

KAD RAYA KERTAS
Masa aku sekolah sampai ke Uni  - kad raya masih dihantar secara pos.Memang memerlukan kegigihan yg tinggi untuk menghantar kad ucapan hari raya ni sbb memula kene gi kedai beli kad.Mcm2 pilihan ada,yg kartun,yg bunga,gambar mercun,khas utk makbapak,utk kekasih,utk kawan,yg cantik,yg huduh pon ada...kat situ dah pening dah.Pastu balik,nak kene karang syair,sajak dan puisi dan diakhiri dengan pantun,"Pecah kaca pecah gelas,sudah baca,harap balas,".Dah tu kene carik setem dan pejabat pos atau peti pos.Banyak masa kene pakai.By hand pun ada.Zaman sekolah dulu,beli kad secara pukal,pastu bahagi kat satu kelas.Dapat reply pun berbondong-bondong.Rasa cam artis plak dapat kad raya satu plastik...

KAD RAYA ELECTRONIC
Kad raya ni dihantar melalui email.Aku tak tahu lah skang masih ada lagi ke tak website yg offer E-kad raya ni.Bulih dapat kad raya bling bling.Tapi for those yg jarang bukak email cam aku ni,ntah2 si pengirim dah kembali ke Rahmatullah,baru aku baca.Hampeh....
Yg ni jimat masa.Duit internet masih kene bayar.Dan paling hampeh sekali,kalau line internet cam siput babi.Almaklumlah zaman pakai modem besar typewriter,bunyi tuuuuuuutttttttt manjang...sakit hati gile.Last,aku tutup website tu terus,pueh hati aku.

KAD RAYA MMS
Seiring dengan kemajuan teknologi...say bye to physical card and email.Sambil relax atas sofa ataupun tatkala tengah memerut kat jamban...sekali tekan jer atau forward kad yg kawan-kawan bagi kepada kawan-kawan yg lain pulak...dah terima.Syahdu....

KAD RAYA SMS
Rentetan dari kad raya MMS,karang jer ucapan indah indah ataupun lucu,hantar...sonang citer.

KAD RAYA FB
Sambil online accept friend baru,apa salahnya forward kad raya.Tag jer kawan-kawan...tekan enter...settle.

Tengok dari cara aku tulis ulasan pun dah tau,proses hantar kad raya makin lama makin simple.Tapi yg paling manis dan bererti tentulah yg paling susah nak buat.Jgn kata org lain lah,aku sendiri pun dah makin malas nak hantar kad raya despite ada promotion dari Pos Malaysia.Zaman skang,masih ada sebenarnya kad raya,tapi lebih kepada urusan perniagaan.Selalunya dihantar dari syarikat-syarikat sesama mereka ataupun client/customer.Selalunya aku dapat yg mcm gitulah.Sesekali ada jugaklah sedara yg hantar tapi jenis standard kad raya.I mean,ucapannya tidak lagi ditulis secara personal.Dah memang designer tu dah tulis,diorg tambah jer To: BLABLA.....Namun,aku sgt appreciate sbb payah nak dapat woooo...
Tapi,nak buat camne,manusia moden zaman skang sangat sibuk.Aku tak mengata org lain,diri aku sendiri pun mcm tu.Makin lama makin malas dan rasa diri sendiri sangat sibuk.Bukan apa,nak cari alamat rakan taulan lagi,memerlukan effort yg sgt tinggi.Kengkadang putus angin gak bila ada yg sound " Apa yg susah sgt nak hantar kad raya,send kat FB sudehhhh,"
Aku tak tahulah raya tahun ni nak buang tebiat ke tak hantar kad raya kertas nih.Apakata tahun ni aku start dengan hantar kat laki aku...senang,takyah cari alamat...hahahahahaha.Dasar pemalas....utk makbapak kat kampung,raya nanti aku bagi...

No comments:

Post a Comment