Saturday 25 August 2012

ALKISAH DUIT RAYA..TAK ABIH ABIH CITER RAYA

Assalamualaikum seme seme...
Datang dah mood alim bagi salam.Selalu selalu tuh terus membebel ajer.Hehehehe,jgn ditiru perangai ini ya anak-anak.Tak ellokkk tuuu...
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk seminggu dah raya.Kami sekeluarga pun dah selamat sampai ke rumah dah.Hari ni ialah hari mengemas rumah.Tinggalkan rumah seminggu habuk Ya Rabbi.Basuh semua langsir,lap tingkap,kipas,vakum bilik...penyudahnya semua org lunch roti bakar ngan telur goreng.Sian....
Intro kene panjang walaupun isi cerita takde kene mengene.Biasalah kan...bukan buat skrip filem,kut suka aku lah kan...heheheheee.
Hari ni aku nak citer pasal duit raya.Pasal apa nak cerita? Adalah kisahnya...
Duit raya adalah satu budaya hari ini yg wajib ada.Sapa yg tak bagi duit raya,alamaknya...kene kutuk lah jawabnya.Kesian kan?
Aku takde masalah ngan budaya nih sebab bagi aku,itu adalah sesuatu yg membahagiakan kanak-kanak di hari raya.Biarlah,dah nama pun budak budak.Apa dorg tau.Bila dapat duit raya,dorg sgt happy,kan? Tambah-tambah kalau budak-budak yg datang dari keluarga kurang berkemampuan,sekurang-kurangnya setahun sekali mereka merasa pegang duit banyak sikit.
Yang jadi masalah ialah cara org dewasa mendidik kanak-kanak tentang budaya ni.Tak dinafikan,mcm malu pun ada dengan kekhilafan sendiri,tapi insiden depan mata yg aku saksikan beberapa tahun dulu byk ubah persepsi aku tentang budaya nih.
Kisahnya,waktu gi beraya kat rumah sapa ntah,aku perati satu group bebudak tgh duk sembang sesama sendiri.Seronok woo perati bebudak sembang sebab mereka ini jujur dan kelakar.Comel tau.

Budak Gemuk A : Eh,korg dah pergi umah Tok Adi ( bkn nama sebenar) ?
Budak Kurus B : Belum pergi..kejap lagi lah.Ni Pak Cik Mail ( tuan rumah) belum kasi kita duit raya lagi.
Budak Gemuk A : Tak payah pergi.Tok Adi tu kedekut.Dia tak bagi duit raya pun.Baik pergi rumah Mak Minah.Dia bagi duit raya banyak tau.
Budak Kurus B : Yeke? Kalau mcm tu,tak payah pegilah.Kita pegi umah Mak Minah
Tetiba ada budak kecik menyampuk.
Budak Kecik C: Eh,kita nak ikut.Nak duit raya jugakkk
Budak Gemuk A: Tak payah,tak payah.Lecehlah kalau ko ikut
Budak Kecik C: Ala...nak ikut.Nanti duit raya kita sikit...
Budak Kurus B: Tak payah!!! 
Pastu mereka semua gerak ramai-ramai lepas Pak Cik Mail bahagikan duit raya.Muka sengsorang happy kemain.Sebelum blah sempat lagi bukak sampul.
" Ala...RM1 jer..."
Budak kecik tadi kene tinggal.Muka cebik sayu plak aku tgk.Pelan-pelan aku kuarkan sampul duit raya hulur kat dia.Kalo ikut kebiasaan kat kg laki aku ni,tetamu biasanya tak bagi duit raya.Tuan rumah jer yg bagi duit raya,tapi aku belasah jer.Janji ada budak,aku main bagi jer.
Citer kat atas tu citer biasa jer.Berlaku kat mana-mana.Tapi wajah si kecil tu menginsafkan aku.Banyak perkara aku belajar dari perbualan biasa sekumpulan kanak-kanak.

Pertama:-
Sikap pergi beraya sebab semata mata nak duit raya sahaja.Aku faham kanak-kanak tidak faham konsep raya yg sebenar.Bagi diorg,raya ialah time nak collect duit,lantaklah konsep ziarah dan meraikan.Lagipun,seiring dengan pertambahan umur,diorg akan faham jugak.Tapi,kalau sikap mcm tu tak dibendung dari awal,tak dijelaskan dari awal,tak mustahil akan diturunkan pada generasi akan datang yakni anak mereka pula.Tak bagi duit raya,banned rumah tu.Agak tidak adil utk tuan rumah yg tak mampu...lagi teruk,kalau mereka mengutuk tuan rumah sebagai kedekut.Harus diingat,kanak-kanak sgt jujur.Mereka akan cakap loud and clear.Mana nak taruk muka beb!

Kedua:-
Sikap membanding jumlah duit raya yg diberi.Ada org mampu bagi RM5,ada yg beri RM1 malah ada yg beri 50 sen.Dan,kanak-kanak skang amat berani protes depan-depan.Dahlah org ramai.Bukan tak pernah nampak insiden mcm ni.Selamba sound," Ala...RM1 jer.Pakai keta besar,bagi duit raya kedekut,"
Hambik kau...biru muka tuan rumah...

Ketiga:-
Sikap berlumba-lumba sapa paling banyak duit raya.Kalau kekanak yg buat camni takpelah jugak,tapi kalau mak budak? Isyyy,malu nak cakap,aku pernah buat perangai tak semenggah mcm ni.Tapi,setelah berdepan ngan insiden si kecil,aku cuba ubah sikap.Nampak mcm tak serius impaknya,tapi kita tak tahu hati org.Ntah-ntah ada yg kecik ati anak dia dapat duit raya sket.Kita plak bukan main megah bercerita anak kita dapat duit raya byk sebab kita ada ramai sedara mara yg kaya,contohnya la kan.Ish...menyesal sgt.Lg satu,perangai paksa paksa sedara mara bg duit raya.Tapi selalunya aku gurau jer.Tapi mana tau ada yg terasa ke?Huk,maafkan saya..

Aku tak tau apa akan berlaku pada masa depan sebab anak-anak aku masih kecik lagi.Diorg masih tak tahu nilai duit raya tu lagi.Org bagi diorg ambik,tak bagi takde lah nak mintak.Tapi,buat masa skang,aku cuba terapkan sikap jgn mengharap pada duit raya.Org nak bagi,ambiklah tapi jgn plak bila tuan rumah tak bagi komplen.Harap-harap diorg tak buat perangai mcm tuh.Biasanya,kalau anak aku dapat duit,aku cepat-cepat mintak diorg bagi kat aku.Nampak mcm aku nak sgt control duit anak kan? Tapi,bukan sebab gelojoh,tapi aku tanak diorg belek duit raya dan bercerita pasalnya all day long.Paham tak maksud aku? Tak paham sudah...muahahaahhaha.Aku nak diorg tahu,duit raya adalah sampingan sahaja.Yg penting ialah,kita beraya,ziarah sedara mara dan sebagainya.Biar diorg tgk sekejap jer bayang duit tu kasi happy sket,pastu kalo takde pun takpelah.
Yang penting ialah menggalakkan sikap menabung dalam diri anak-anak.Duit raya anak-anak aku tak pernah sekalipun aku pakai ataupun bagi kat diorg utk dibelanjakan.Sumer aku simpan dalam bank.Pernah sekali ada kawan aku bagi duit raya RM5 seorg kat anak-anak aku.Walau cuma RM5,aku terus masukkan ke dalam akaun.Maklumlah,keje bank lah katakan.hahahahhahaa.Tapi itu mesti...demi masa depan diorg jugak.Hari tu masa raya adik ipar aku cerita,anak jiran sebelah siap belanjakan duit raya RM50 utk beli mercun pada malam raya pertama dan tanpa pengetahuan mak bapak.Yg buat adik ipar aku tahu bebudak tu tak cakap kat mak bapak diorg ialah bila bebudak tu pakat main mercun depan umah mak mentua aku.Hanginlah adik adik ipar aku...bila dihalau diorg cakap tak berani main kat umah,nanti bapak diorg marah.Hmm,mau cakap apa,dah namanya bebudak.Tapi tegur tetap tegurlah.Dah tau bapak marah,jgn main.Heh!
Anak-anak aku setakat ni dapat tgk duit raya selama 5 minit jer,pastu diorg terus bagi kat aku dan aku akan cakap kat diorg ," Nanti ibu simpan dalam bank yer..".Kita kena explain utk mengelakkan syak wasangka.Nanti diorg ingat aku pakai buat beli lipstick plak.hihihihi.
Aku tak kata perangai bebudak kat atas tu keji dan buruk.Aku tak pandang pun bende tu sebagai sesuatu yg besar sangat tapi tak salah kalau kita membuat perubahan yg kecil.Aku tak rasa yg budaya ni patut dihapuskan sbb ianya mampu menambah kemeriahan hari raya utk kanak-kanak.Tapi,mana patut kita bimbing dan tegur,lakukanlah sbb kadang-kadang sikap taksub ngan duit raya maybe membuatkan ada hati yg terluka.
Haaa...panjang lebar plak bebelan aku kali ni.Dah mcm pakar motivasi pulak...bluwekkk.
Dahlah...sambung bebel esok plak.Gudnite...tata titi tutu...Haishhh...gediknya aku!!!


No comments:

Post a Comment