Monday 12 November 2012

NI APA GADUH GADUH NI...BABAB KANG NAK?

Baru baru ni aku baca kat satu blog pasal Nursing in Public.Wohhhh,panazzzz wooo.Penulis plak ialah seorg lelaki dan mmg gaya penulisan dia agak kasar sket.Aku takde masalah sbb aku faham,laki aku pon mcm tu gak.Dia bkn kira nak bercakap ngan pompuan ke lelaki ke,nada dia sama ajer.Jadi,bagi aku normallah tu.Aku takpelah,kut aku tersinggung,aku diam x bercakap,kang mulalah dia "Ala,banjenyeee dia".Ok,silalah muntah hijau,biru,kelabu skang,hahahahhaha.

 Aku tanak ulas panjang pon pasal NIP ni.Aku biasalah,suka memesong dan menyimpang dari topik utama.Mcm aku tgk wayang gak,aku akan tgk dr perspektif yg berbeza dr org lain.Org tgk spiderman lawan org jahat,aku lebih berminat dgn scene yg makcik dia suruh dia gi kedai beli telur organik kat kedai.Apadaaa..punya Spiderman...tapi Superhero pergi kedai sgt sexy...hahahahahaha.

Bila baca post tu,biasalah,tak akan semua org setuju dgn kita,sementelah ayat yg diguna agak bisa mengguris hati.Jadi,berlakulah pertembungan idea dan perbalahan sampai satu tahap ada komen yg aku rasa amat melampau dan memalukan.Apa jadah kita nak berhujah sampai keluar semua caci maki dan penghinaan? Tak bolehkah berhujah dgn berhemah? 

Ada satu komen plak mengatakan yg dia pelik kenapa kaum wanita ni terlampau emosi.Owh,biasalah tu pompuan emosi.Dah salah satu fitrah wanita.Aku tak cakaplah semua kaum wanita ni emosi tak bertempat tapi mmg itulah sifat wanita,lagi lagi kalau menyentuh bab zuriat.Cuma,ada pompuan boleh kawal emosi depan org dan ada yg tidak. 

Penulis pula,nak salahkan dia 100% pun tak adillah.Dah tu pendapat dia,perspektif dia dan dia menulis dalam ruangan dia sendiri.Tak payahlah kut sampai tahap mendoakan yg bkn bkn kepada anak isterinya yg mungkin tak tahu apa apa pun.Cuma,harapnya next time dia lebih berhati hati bila menulis isu sensitif,gunakan ayat yg tidak mengguris hati.Aku rasa,kalau pandangan dia diutarakan secara berlapik,maybe ramai yg bersetuju dgn dia.Masalahnya,bila dia menulis begitu dan ditujukan pula kepada kaum yg beremosi,apalagi,Perang Dunia lah. 

Tapi,itulah,dah namanya manusia,pelbagai ragam lah timbul.Nak tak nak,kita kena hadapinya juga,ye tak?Berbeza pendapat tu normal,yg tak normal ialah cara kita menanganinya,sampai memaki hamun segala.

Fasal NIP ni,tak reti aku nak ulaskan tapi tak adillah kalau kita melulu melabelkan mereka sbg "org yg tak tahu malu"hanya kerana mereka minta nak menyusukan anak di tempat awam.Maybe kita yg tak faham ke,apa maksudnya nak menyusu di tempat awam tu?Kalau mereka kata,ya,kami nak suka suka hati selak baju nampak **tuuut** atas nama nak bagi bayi menyusu,tak patutlah kan?Tapi,kalo mereka nak mintak supaya tidak dihalau dr mana mana premis bila menyusukan anak (dgn syarat mereka melakukannya dgn proper spt menggunakan nursing cover,poncho dan sbgnya supaya tidak mengganggu keselesaan org lain) maybe kita gunalah pertimbangan sket utk fikir,mengapa? Faktor kekurangan nursing room perhaps.Jgnlah kita terus nak jatuh hukum mengutuk dan melabel org.Memang ada sorg dua yg selamba jer kut selak baju depan org awam bila nak menyusu tapi tak semua kut.Aku yakin majoriti wanita kat Malaysia ni masih ada sifat malu lagi sebab jarang plak aku nampak insiden nampak **tuuut** tu.Org lain tak tahu lah.

Sebagai seorang ibu yg menyusu,aku ambiklah mana teguran yg bernas.Aku tak pernahlah buat kat tempat awam,tapi depan family tu biasalah.Maybe,aku tak sedar yg diorg sebenarnya tak selesa tapi tak berani nak cakap.Jadi,lepas ni kenelah berhati hati.Bagi kita normal,tapi maybe kita tak sedar,selain dr menimbulkan ketidakselesaan,ada jugak yg berfikiran lain seperti teransang.Nauzubillah. Jadi,gitulah seadanya.

Takmolah nasihat panjang lebar,kadang kadang aku pun boleh tahan gak bercakap sesedap mulut. Bezanya,ada org sedar diri.In my case,aku tak sedar diri.Bajet poyo,hahahahahahhahaha.

4 comments:

  1. Replies
    1. Salam kenal jugak.Thanks sudi jengah sini.Dh jengah ur blog dan sgt menarik!

      Delete
  2. umi..so far kan..aku x pernahlah experienced sendiri NIP ni..tp selalu nampak la mommy yg NIP. Normally mmg ada cover sbb ppl skrang dah educate dgn byk jer cara and tau erti malu. Bila ada cover, tak kisah sgt pun malah aku rasa mcm jelessnyaaa..proud mommy kan..tp yg aku pernah nmpk real smpi terkeluar nipple terang2an ms kat dubai..selambaaaa boleh..bukan org malaysia..siap benda tu terjojol die biar jaa..so, yg tu aku x setuju sbb x sensitif dgn kead sekeliling..vogue jer lebihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,kalo dh terjojol,jgn kata lelaki,pompuan pon bulih pengsan nengoknya.So far,kalo aku nampak pon mommy NIP,still ada cover.Even kat baby room yg tertutup pun diorg cover.Harap2 idokler tertengok mcm yg ko tgk tu,hahahahahha.
      Ko leh jengah kat link ni http://cursingmalay.blogspot.com.Memang byk sgt hujah.Ada 4 entry dia up.First 2 entry tu ada gak aktivis NIP yg komen bg explanation yg aku rasa okeylah jugak.Ianya lebih kpd buat petition mtk tambah nursing room coz ada insiden kat KLCC,ada ibu NIP kene halau.Tp Wallahualam lah niat sebenar.Mcm aku ckp,as long as diorg cover,bg aku xde hal kut,aku fhm lah since aku pon bf baby.
      Tp,start entry ke3,dia dh start berbalah gila gila punya.Biol kepala membacanya,hahahahaha.

      Delete