Wednesday, 11 June 2014

KANSER RAHIM DAN RAWATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum....

Salam 1 Malaysia..tetiba..

Aku rasa aku pernah tulis dulu yg aku ada bwk mak mentua aku aku jumpa gynae sbb dia ada masalah post menopause bleeding.

Klik Sini

Masa aku tulis tu doktor belum bgtau apa result DnC.Then,lepas seminggu Doktor call aku suruh jumpa dia secepat mungkin.

Dan,seperti dijangka..doktor sahkan mak mentua aku menghidap kanser rahim.Tapi stage berapa tak tahu lagi.Lepas buat operation baru tahu katanya.

Then dia suggest buat pembedahan secepat mungkin.Kami arrange rawatan kat HUKM sbb pak mentua pun pesara kerajaan so better buat kat sepital gomen jer.

Kami tahu result around September 2012.Lepas buat temujanji dan another test oleh HUKM sendiri,dpt jadual pembedahan on Januari 2013.

Kami susah hati gak sbb awal Januari tu sepatutnya kami ke Vietnam.Nak kansel,flight ticket dah beli lama dah.Tapi,takkan nak tinggal mak plak.

Tapi mak kata takpe...kebetulan pulak ada adik ipar yg tak pergi.Diorg boleh jaga katanya.Tawakkal sajalah...tapi kami standby jugak.Kalo dh kena tarikh tu...kansel sajalah apa nak buat.

Bayangkan,agak lama jugaklah dari tarikh diagnosis nak sampai ke tarikh bedah tu.Belum campur lagi dari tarikh simptom simptom muncul.Maybe dalam Julai atau Ogos mcm tu.

Sementara tunggu nak dibedah,kami ikhtiar cara alternatif.Salah satunya mak minum air rebusan daun durian belanda,makan durian belanda dan biji aprikot.Selain tu,mak memang berpantang makan lah.Gula dan daging memang tolak terus.Hari hari makan ikan,ayam dan sayur jer.

Tapi tau ajelah...bila sakit mcm ni,mmg ada ajerlah doktor tak bertauliah yg memandai mandai kan.Ada ke patut,salah sorg kwn mak ni bgtau dia kalo makan carrot boleh buat bleeding tu makin teruk.Org tua tu bila dgr mcm tu terus reject carrot.Dengar ajer ini pantang itu pantang...semua taknak.Abih tu,mcmmana dia nak lawan penyakit kalo nutrisi tak cukup? Sudahnya badan kurus cekeding,tak bermaya.

Aku tak salahkan dia sbb of course lah dia akan buat apa saja utk battle dgn sel kanser tu.Tapi masalahnya,cakap org luar dia percaya,cakap anak2 takmau dengar.Laki aku sorg jer yg dia percaya.Aku mmg tak campur der...aku cakap sekali jer.Taknak terima,dah...that's it.Bunyi cam kejam tapi buat apa nak paksa paksa.Cuma adik2 ipar aku bising lah kat dia sbb mmg ketara dia tak cukup nutrisi.

Tapi,Alhamdulillah.Sejak dia amalkan semua tu..nampak dia makin elok.Maknanya takde lah dia terlepek tak bermaya despite byk hilang darah ( bleeding tu tak berhenti).Lepas DnC tu,bleeding tu hilang sekejap tapi dalam sebulan dua lepas tu bleeding balik.

Masa tu kalo tgk dia...tak mcm org sakit. (Dia stay kat rumah aku sepanjang tempoh dia sakit).Pagi2 pergi jogging ( jalan jalan la sebenarnya),pastu gi kelas mengaji ngan kawan2 dia.Jiran aku sebenarnya tapi semua sebaya emak..hehehee.Siap petang2 melepak ngan member2..pergi kenduri lah.

Sampailah bulan December masa pergi jumpa doktor,jadual bedah ditunda ke Februari.Memandangkan dia nampak ok,so kami teruskan percutian ke Vietnam tu.Kebetulan sorg adik ipar aku stay sekali kat rumah aku so dia lah yg tengok2 kan emak sepanjang kami kat sana.Lagipun pergi 4 hari jer.

Februari...emak selamat dibedah.Seminggu kena tahan kat wad.Masa tu aku sarat mengandungkan Al Fatih.Kebetulan masa aku bawak mak jumpa gynae tu,tak lama selepas tu aku plak gi jumpa gynae jugak...hehehehehe.

Aku nak puji jugaklah HUKM ni.Wad yg emak duduk tu quite selesa dan layanan nurse yg baik.Adik ipar aku yg bermalam kat hospital pun nurse suruh balik sbb kesian katanya adik ipar aku tidur atas kerusi.Kata nurse tu,diorg boleh jagakan.Tapi,dah nama pun anak kan,takkan nak tinggal mcm tu jer.

Dalam dua minggu lebih mcm tu lah...result atas spesimen barah tu keluar.Alhamdulillah,sel kanser tu baru tahap 1.So,mak mentua aku tak perlu rawatan kimoterapi.Itu yg plg dirisaukan sebenarnya.

Lepas aku bersalin Al Fatih,emak dah pulih sepenuhnya dari luka pembedahan.Dia pun nak balik kampung lepas hampir setahun duk kat rumah aku sepanjang tempoh rawatan.

Lepas tu kene jumpa doktor sebulan sekali utk test darah sbb nak pastikan samada sel kanser tu merebak ke tak.Lepas tu, dua bulan sekali.Sekarang Alhamdulillah...doktor kata emak mentua aku hampir bebas kanser dan cuma ada follow up 6 bln sekali.Tidaklah kata confirm pulih lagi tapi at least buat masa sekarang,dia bebas dari kanser.

Syukur Alhamdulillah..tak ada yg lebih besar dari nikmat pulih dari penyakit yg menggerunkan ini.Tak ada ucapan syukur yg mampu diluahkan bila nikmat kesihatan tu dikembalikan.Allah Maha Besar,Maha Penyayang dan Maha Mendengar.

Siang malam emak bermunajat,memohon pertolongan dari Allah..semua aku nampak.Dan paling penting,semangat emak utk pulih.Dalam sebulan dua saja aku nampak dia down,lepas dia start rawatan alternatif,semangatnya utk berjuang lawan penyakit dah kembali.

Aku tak jamin yg rawatan tu berkesan pada semua pesakit tapi Alhamdulillah..setidaknya nampak perubahan positif pada mak.Kita berusaha..tak salah kan.Sebab apa yg aku nampak,lama jugaklah dari tarikh diagnosis dgn tarikh dibedah,hampir 4-5 bulan juga dan sel kanser tu lambat merebak.Tapi,still kene bedah jugak.Sebab,masa doktor buang rahim tu,kata dia sel kanser tu hampir merebak ke pangkal rahim tapi Alhamdulillah,masih sempat dibuang.

Jadi,selain rawatan moden,boleh juga mencuba cara lain.Biji aprikot tu memula mak makan mcm tu jer tapi pahit katanya.Tapi,ada jer yg dibuat dlm bentuk kapsul.Taklah hazab sgt nak makan.Dan rebusan daun durian belanda tu pun boleh juga diamalkan.

Itu sahajalah yg aku nak bebel.Tu pun panjang lebar dah.Masalah tul kalo aku dah start membebel..payah plak nak berhenti.Hehehehe.

Aku doakan semoga emak sentiasa sihat dan semoga tiada lagi ahli keluarga kami yg mendapat penyakit tu.Amin...



7 comments:

  1. Penyakit yg paling ditakuti ... huhu

    Alhamdulillah ... semoga mak mentua sentiasa sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...harap gitulah.Thanks mia

      Delete
  2. assalam...sil saya pun cancer rahim tahap 3..lepas buang rahim..alhamdullilah udah 10 tahun sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....yg penting semangat kene kuat.Syukur dia dh sihat kan?

      Delete
  3. Salam...boleh sy tau dari mane dapat kan daun durian belanda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...masa mak mentua stay dgn saya dulu,dia ambik dr pokok jiran kat kawasan perumahan sy ( kwn dia).Bila dia dh blk kg,mmg ada ditanam sekitar area kampung tu.Rasanya pokok durian belanda ni mmg byk org tanam kat kg tapi utk komersial saya tak pasti ada kat mana.Harap membantu :) Maaf info tak berapa lengkap

      Delete
    2. Salam...masa mak mentua stay dgn saya dulu,dia ambik dr pokok jiran kat kawasan perumahan sy ( kwn dia).Bila dia dh blk kg,mmg ada ditanam sekitar area kampung tu.Rasanya pokok durian belanda ni mmg byk org tanam kat kg tapi utk komersial saya tak pasti ada kat mana.Harap membantu :) Maaf info tak berapa lengkap

      Delete