Monday, 15 July 2013

VIDEO BUDAK COUPLE SEMINGGU??

Assalamualaikum...

Seminggu sekali barulah nak menjenguk blog sendiri.Sedeyyy tau...banyak benda nak diupdate tapi malas nak transfer gambar.Last-last kekal lah ia menjadi draf kat kepala hotak ajer...

So,hari ni dah masuk hari ke-6 puasa.Cepat betul masa berlalu...nanti tau tau dah nak raya.Pastu tetiba dah hujung tahun...ngeeeee....mcm tak terkejar nak buat semua benda.

Memandangkan malas nak buat entry bergambar,maka buatlah entry berleter.Takyah bubuh gambar,bebel ajer lah kan.
 
Baru-baru ni kan org share kat FB pasal video budak couple seminggu tu.Ya,aku memang ketinggalan keretapi.Kisah tu dah senyap dah,aku baru nak berleter..hehehehhe.
 
Seperti yg dijangka,lepas video tu jadi viral,maka berlumba-lumba lah org buat parody video..Wah wah,kemain korang yer.Kelakar memang kelakar,lagi plak,video asal tu pun memang kelakar,tapi...seriously? Korang tak pernah buat kerja bodoh ke masa umur remaja?
 
Sejujurnya aku kata,apa yg dibuat dek budak tu memang agak errr tak sesuai,tapi aku masih faham naluri excited dia tu.Mana-mana yg menasihat tu baguslah,tapi yg duk menganjing dia tu,duduk dan fikir sejenak...kenang balik zaman remaja kita.
 
Masa remaja adalah zaman di mana ramai orang buat kerja bodoh.Aku tak kata semua...tapi ramai.Aku ni pakkal tak laku jer zaman sekolah,kut tak,mau ada jugak benda bodoh aku buat.Cinta memang akan buat manusia buta pun.Masa aku sekolah,aku pernah tgk ada sorg budak pompuan toreh nama boyfriend dia kat lengan.Ngeri giler ah..pakai pisau lipat.Walaupun aku juga remaja waktu tu,tapi aku rasa apa yg dia buat tu agak bangang.
 
Cuma,sesetengah dari kita bernasib baik sebab waktu tu takde youtube or FB.Kecoh jugak,tapi takat kat sekolah ajerlah kut.Abih-abih pun sekolah sebelah yg tahu.Tak payah nak membangangkan budak tu sangat kalau kita dulu pun gigih mengarang sajak kat boyfriend/girlfriend.
 
Bukan nak back up budak tu pun,cuma aku simpati.Usia dia masih muda,masih kurang matang.Bagi dia,benda tu sweet,bagi kita...sampai tercirit nengoknya.Jangan kata umur baya dia,masa aku couple kat U dulu pun,byk gak benda yg aku rasa sweet sgt,tapi sebenarnya bodoh.Nasib baiklah masa aku study dulu,maksu aku duk dekat,so dia banyak pantau aku.Jadi,takdelah byk sgt benda bangang yg aku buat.
 
Kalaulah di bagi peluang utk patah balik masa,aku nak kembali ke zaman tu dan betulkan balik kebodohan aku.Tapi,masa tak mungkin kembali.Sebabnya mudah...supaya kita belajar dari kesilapan.Kesilapan itu boleh membantu mematangkan kita dgn syarat kita belajar dari kesilapan,bukan duk mengulang kesilapan.
 
Jadi,kes budak ni membuka mata aku sebagai ibu kepada dua anak perempuan supaya lebih berjaga-jaga.Bila diorg melalui fasa remaja nanti,aku harus belajar bagaimana untuk mengetahui aktiviti mereka kelak.Tak tahu lagi mcmmana,InsyaAllah akan aku usahakan.
 
To this girl,tabahkan hati.Manusia memang buat silap dan belajarlah dari kesilapan.Ingat masa depan dan keluarga....wish you luck dear...

4 comments:

  1. seyes...kesian mak bapak budak tuh...tulah..kadang risau pk..camne lak anak2 kita pada masa hadapan....macam mana lah didikan dorang.....adoyaii......budak pompuan ni pon satu...apelah bangang p post kat UTUbe....kan da kena maki berbakul-bakul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,budak blm matang camtulah.Maybe dia rasa tu sumer sweet dan tak terpikir yg Utube tu ditonton jutaan org.Tapi,lagi risau pikirkan masa depan anak-anak nanti.Ntah hape teknologi lg yg ada,yg maybe kita pun x terkejar nak amik tahu..mintak simpang lah kan?

      Delete
  2. Are you looking for free YouTube Views?
    Did you know that you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete
  3. If you need your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (even if they're dating somebody else now) you got to watch this video
    right away...

    (VIDEO) Text Your Ex Back?

    ReplyDelete