Friday 5 April 2013

NILAI BAIK..AMBIK,YANG TAK BAIK...TINGGALKAN.SENANG KAN?

Assalamualaikum...
 
Ada kenalan kat FB share satu info fasal orang Jepun.Tentang rahsia bagaimana mereka boleh menjadi maju.Aku copy paste kat sini yer...
 
 
Dari FB Dr Anas Madani
10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah ...
rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

 
Baguslah kan perkongsian nih.Setidak-tidaknya mengajar kita nilai-nilai positif yang kita boleh amalkan.Aku rasa takda salahnya kut.
 
Tapi,yg sedihnya...bila baca part komen.Malas lah nak print screen,copy paste bagai...tapi cuba baca balik ayat2 kat atas.Ada tak dia suruh kita contohi orang Jepun 100%? Aku rasa takde kut.Tapi ada jugak yg bagi komen negatif...Jepun ni bangsa penjajah lah,kafir lah,budaya porno secara terbuka lah dan pelbagai lagi sisi negatif Jepun yg disebut.
 
Pastu,ada yg banding-bandingkan dgn negara kita sendiri.Ada yg kutuklah,ada yg bela...end up bergaduh sesama sendiri.
 
Aku pun naik heran....
 
Orang share benda yg positif,yg korang melalut pikir benda negatif tu udah naper? Memanglah Jepun tu penjajah tapi ada ker org tu suruh kita pun menjajah org utk maju? Setahu aku,Jepun tidak maju hasil dari penjajahan,malah mereka kalah teruk dgn tentera Perikatan selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom.Dan,aku tanaklah sentuh sgt pasal nih,sebab sensitif.Org2 yg melalui zaman itu tentu tahu betapa kejam dan zalimnya mereka pada masa tu.Sejarah tak akan terpadam begitu sahaja.Tapi,bende2 tu takde disentuh dlm artikel di atas,kenapa nak diungkit?
 
Bab-bab negatif lain,memanglah tak dapat nak dielakkan.Mana ada bangsa dlm dunia ni semuanya baik.Dalam setiap bangsa pun memang ada yg baik,ada yg jahat.Simple sgt..
 
Benda ni senang ajer konsepnya.Mana yang positif,kita amalkan.Islam tak melarang buat benda yg baik.Jangan lah duk melalut kata kita nak tiru perangai org kafir.Benda2 baik memang di anjurkan dalam Islam.Ntah2 diorg ambil nilai-nilai yg telah Islam ajarkan dan diorg amalkan.Tak pelik pun kan? Bukan soal sapa tiru sapa,benda yg baik memang sudah di ajar dalam agama...bukan susah pun nak faham.
 
Pastu,jenis yg condemn dan bandingkan dgn sikap rakyat kita sendiri.Ko ajak org amalkan yg baik sudahlah,yg nak pakej kutuk dan condemn tu sekali,dapat apa? Bukan ker menyakitkan hati org lain? Kita seru diorg buat benda positif cukuplah,tak payah lah nak kutuk plak.Kang tak pasal bergaduh.
 
Cukup-cukuplah bergaduh benda yg remeh temeh.Buat dosa ajer menyakitkan hati org lain.Nak ikut silakan,tanak ikut sudah...
 
Senang kan?

2 comments:

  1. semua org pernah buat silap termasuk org jepun juga..tp apa yg penting bagaimana kita belajar dari kesilapan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,betul tuh.Kita belajar ajelah benda yg baik,napa nak susahkan otak pikir negatif jer.Hidup mesti mau riang ria..hihihihihihi

      Delete