Thursday 11 April 2013

KES BULI MEMBULI...MINTAK SIMPANG ANAK-ANAK AKU

Assalamualaikum...
 
Masa hantar Hakim ke sekolah,biasalah kan,dgr berita kat radio.Berita pasal polis dah siasat kes buli kat Penang tuh.Sebelum ni dah nampak kat FB tapi mcm x sangka plak kes ni dah jadi besar besaran sebab katanya pihak sekolah pun dah ambil tindakan.
 
Bila aku blogwalking,rata-rata org bercakap pasal kes nih,share video ni kat FB apa bagai.Siap ada blog khas utk dedahkan identiti pembuli.Berkoyan koyan maki hamun budak tu terima.Dasyat gak lah bebudak tuh kena.
 
Iyerlah...adik adik...amik pengajaran yer.Lain kali nak buat apa-apa,fikir dulu.Kang tak pasal-pasal satu Malaysia dah cop korang...malu tu bukan takat dapat kat pelaku ajer,family pun terpalit sama.Kasihan tak pada makbapak?
 
Sedih lah kan tengok kelakuan bebudak sekarang.Aku taknak lah mengutuk diorang ( walaupun memang perbuatan diorg tu takleh diterima),tapi,aku juga ada anak-anak.Kang,bagai nak rak kutuk anak orang,tahu-tahu anak sendiri? Nauzubillah...
 
Hanya,ambik iktibar sahajalah.Tentang lain-lain tindakan,serah saja kepada yg arif.Bukan tak prihatin,aku pun hanya mampu berdoa agar budak yg di buli tu tak apa-apa.Tapi,macam yg aku cakap lah,aku hanya mampu ambik iktibar atas kejadian seperti ini.
 
Balik rumah,aku renung muka anak-anak aku.Suci,mulus,bersih...apa pun tak tahu.Main jer tahu,belum pandai ambik pusing tentang hal-hal dunia zaman moden ni.Aku jadi sebak...
 
Aku cuba bayangkan mcmmana bila mereka meningkat remaja?
 
Aku tak mahu mereka jadi seperti budak-budak dalam video itu.Baik jadi pembuli mahupun dibuli..
 
Nauzubillah...
 
Mana-mana ibubapa yg di dalam situasi parents bebudak tu,pasti akan hancur luluh hati menonton video tuh.
 
Ya Allah,jauhilah keadaan ini dari menimpa anak-anak aku...Amin.
 
 
 

2 comments:

  1. Nahuzubillah.....aku pun tak mo anak2 aku jadi camni.....sama2 doakan yang terbaik untuk anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah,mcm mcm kes skang ni.Takleh imagine apa akan jadi dlm masa 10 thn akan dtg.Mintaj dijauhkan perkara2 mcm ni

      Delete