Sunday 14 April 2013

AWAS DENGAN PERANGKAP " LOVE SCAM"

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, udah terlajak bangun tidur,boleh plak tak sedar alarm.Aku ingat kene letak alarm bunyik pontianak lah,mesti lepas tu aku tak bangun-bangun lagi...kena heart attack!

Dahlah Amani ada Kem Ibadah kat sekolah hari tu.Terkocoh kocoh siapkan dia,sian anak aku.Terpisat pisat bangun sbb Kem start kul 7.30 am,emak apaknya plak terjaga kul 7.45am!! Bukan Subuh gajah lagi dah,dah tahap subuh Dinasour. Baguih no?
 
Laki aku hantar dia sampai ke dewan,kata laki aku,punyalah takut Amani tu sebab datang lambat sampaikan masa laki aku cakap ngan ustaz,dia nyorok belakang laki aku.Heh,taktik ler tuh,mentang-mentanglah dedi ko tu bekas body builder,kehkehkehkeh...bagus,disiplin mcm Ibu..hahahahaha...

Masa bersantai-santai,aku baca paper.Sinar Harian Online jer.Malas dah nak baca paper time-time pilihanraya nih.Isu semasa dua mukasurat jer..yg lain-lain sumer pasal politik.

Eh,melalut plak pasal politik bagai.Aku tertarik pasal baca kes love scam oleh warga Nigeria.Modus operandi sama jer ngan kes-kes sebelum ni sampai aku naik hairan.Mangsa-mangsa ni tak pernah baca paper ke ? Aku tak hairan kalau dia punya taktik bertukar,adatlah kan.Makin kita alert dan berhati-hati,makin kreatif scammer2 ni sumer.Macam jugak kes-kes jenayah rompak dan penipuan online,memang tak terjangkau dek otak kita diorg punya kaedah.Tapi,kes love scam ni,taktik serupa yg digunakan...

Aku pernah jugak terima bermacam jenis email dari scammer nih.Mereka bukan pakai taktik ni sehari dua ni,tapi dah bertahun dulu.Seingat aku,first time aku dapat email penipu ni masa aku belajar dulu,lebih dari 10 tahun dulu dah.Isi kandungannya,kononnya dia ni anak bilionnaire yg bakal mewarisi billion dollar dari mendiang ayahnya.Dari negara mana aku tak berapa ingat dah.So,utk mengelakkan dari komplikasi undang2 lah kononnya,dia berhajat nak bawak keluar duit tu dari negara dia dan nak pinjam pakai akaun kita utk dia "parking" sementara duit billion2 tu.Sebagai ganjaran,dia akan hadiahkan USD1 million kat kita.

Masa memula baca...yang pertama sekali terlintas di kepala aku ialah...wah,bapak lurus bendul mamat nih nak transfer duit kat orang sampai billion2.Buatnya aku kebas duit tu,transfer dalam bank lain plak,akaun sementara tu tutup,takkan aku nak hadap plak takat USD 1 million tu? Ye tak? Masa tu takde lah aku terpikir lagi prosedur BNM ataupun polisi2 kerajaan utk aliran wang masuk sampai billion USD.Tapi,ikut logik,takde org dlm dunia ni yg berhati lurus sgt nak bagi duit byk2 kat org yg langsung dia tak kenal.Apa ko dah takde kawan atau sedara mara yg boleh dipercayai ke? Kalau diorg sapu duit tu,senang ko nak cari utk dilanyak compare dgn stranger.

Jadi...ke "tong sampah" lah email itu...

Tapi,mungkin diorg sedar taktik tu agak kurang menjadi.Yelah,approach org mcm rimau nak makan rusa,mana ada org nak percaya.Maka,diorg tukar modus operandi,kali ni,diorg "bersahabat" dulu dgn bakal mangsa utk gain trust.Aku akui,taktik ini agak menjadi.Jadi lah ia love scam / courier scam etc.

Caranya...memula hantar email atau msg kat FB cakap nak berkenalan.Pakai gambar profile hensem nak mampus,biasanya dicilok gambar Caucasian.Pastu sembang,dah sembang bercinta pulok.Pastu,start lah..time ni ada mcm2 cara.Ada guna cara nak hantar hadiah kat kekasih hati tapi sangkut plak kat "Kastam",ada yg guna cara meraih simpati dgn cakap mak sakitlah,sendiri yg sakitlah,ataupun bangkrap,ada jugak yg guna taktik nak dtg Malaysia nak jumpa tapi duit tak cukup...etc.

Aku pun takleh nak cakap besar sgt kata tak akan terperangkap dalam jerat2 diorg nih.Tapi,luckily,masa aku dapat email-email dan msg FB ni sumer,benda ni dah kecoh kat suratkhabar,berita mahupun dishare oleh org lain melalui email atau FB.

Sindiket ni biasanya turut menggunakan warga tempatan sebagai "keldai akaun".

Jadi,ini sebagai peringatan kita bersama yer...aku pun berdoa mintak simpanglah benda2 ni jadi kat aku.Aku tak mau condemn mangsa-mangsa ni sebab kengkadang,taktik diorg ni dasyat jugak kut.Tapi,memandangkan benda ni dah berleluasa,ada beberapa point harus diambil berat:-

  • Sentiasa alert dengan amaran pihak polis.Rajin-rajinlah baca info dari suratkhabar,berita ataupun perkongsian di FB.
  • Jika ada terima email / msg FB dari "Mat Salleh" luar negara,check dulu profilenya.Kalau dapat email,jgn layan terus.Kalau FB,biasanya profile sindiket ni tak akan bagi info yg lengkap.Gambar pun ada satu ajer.Lain-lain post takde.Jangan layan.
  • Kalau dah "ter"bekenalan,jika dia start mintak duit..haaaa,part ni kena hati-hati.Jgn simply bagi duit kepada org yg kita belum pernah jumpa.Sayang mcmmana pun,lagikan yg kita kenal depan mata pun boleh pelingkup harta kita,inikan plak yg tak pernah jumpa.
  • Biasanya sindiket akan gunakan akaun orang ketiga,orang tempatan.Kononnya senang utk kita masukkan duit.Tak ke ada " bau ikan" di situ? Maknanya,dia ada kenal org lain lagi kat sini selain dari kita.Maknanya...dia memang dah kat sini..takde maknanya dia terkandas kat London,Paris ataupun New York!
Itu ajerlah info yg sempat aku kumpul pun pasal scamming2 nih.Banyak lagi tapi mcm tak tercari plak.Sumber info plak dari pelbagai source plak tuh.Jadi,kawan-kawan,sesamalah kita alert benda-benda mcm ni.Jangan sampai kita plak terkena.Ianya tak mudah dijangka,kita pun boleh jadi mangsa.

Sekian,pesanan khidmat masyarakat.

7 comments:

  1. kenkadang sy pun pelik nape masih ada org ditipu ngn sindiket nie..isk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kan? walhal dah byk berita pasal nih.Tak taulah diorg ada taktik terbaru.

      Delete
  2. Seyesly tkut benda2 mcm ni.. yg penting jgn cpt pcaya dgn org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..lagi-lagi yg ntah sapa sapa hantar msg FB nak berkenalan..licik..licik

      Delete
  3. Wlupun benda ni dah byk dihebahkan di media massa tp tetap ada juga org yg tertipu.....otak dah x bole pikir sebab nak duitkan berbilion yg kononnya nak dibagi mcm tu ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ikut logik pun,sapa yg murah hati sgt nak bg duit billion2 kat org yg kita tak kenal? Tul tak?

      Delete
  4. WE ARE LOOKING FOR LIVE WEBCAM MODELS!
    RECEIVE MORE THAN $10,000 EVERY WEEK.
    REGISTER AS A BONGA MODELS CAM MODEL TODAY!

    ReplyDelete