Friday, 1 February 2019

AMANI 2019

Salam...

Sedar tak sedar dah masuk 2019.Last update blog,tahun 2017.Dua tahun sekali agaknya blog ber update..hihihihi

Sejak aktif kat FB,sian blog aku dah bersawang..huhuhu.

Alhamdulillah,permulaan 2019 yg cukup baik.Anak sulung aku,Amani dapat 6A masa UPSR tahun lepas.Pejam celik pejam celik...dah masuk sekolah menengah dah.

Masa awal tahun,dia tak dpt tawaran ke mana mana SBP atau MRSM lagi.Tapi baru last week,ada sorang parents update dlm group kelas yg anak dia dpt offer ke SBP.Baru aku tergerak nak check dalam sistem.Rupa rupanya dia dpt tawaran !!

Alhamdulillah..memang rezeki.Kalau tak,melepas ler.Sebab aku pun dh macam redha jer...takpe lah tak dpt pun.Sekolah harian biasa pun bukan tak bagus.So,aku dah tak check sistem.

Masalahnya....Amani pulak taknak pergi.Agaknya dia dah selesa kat sekolah tu.Dah sebulan kan.Tambah lagi,ramai kawan kawan dari sekolah rendah dulu,pun pergi ke sekolah menengah yg sama.

Bila aku bgtau dia dpt tawaran SBP,terus mengongoi nangis taknak.Sampai dua hari sesi memujuk.Dengan makcik makciknya pujuk,Umi (nenek) dia lagi pujuk.Daddy dia suruh dia solat istikharah...esoknya bangun aku tanya,dia dah okey.Walaupun hati dia masih berat,tapi akhirnya dia kata Ya.

Aku sendiri pun sebenarnya serba salah.Aku rasa aku pun tak ready nak lepaskan anak sulung aku masuk asrama.Aku sendiri pun sebak sebenarnya kenangkan dia kena berdikari kat sekolah.

Tapi....

Ini peluang yg bukan selalu datang.Persaingan dah la sengit,berapa ramai yg memohon.Bukan mudah nak masuk.

Tambah pulak,sekolahnya dekat aje.Kat KL ni je pun.Tiap tiap minggu pun ibu boleh datang..hehehehe.Kalau kat negeri lain,maybe aku tolak kut...😁😁

Apa apapun,tunggu sajalah 11/2/2019 ni.Camne lah gamaknya drama aku anak beranak ni kang...ahahahahaa.Aku sendiri pun masa balik dari buat urusan kat sekolah dia,mata berkaca tgk dia berjalan masuk kelas.Lahai...lepas ni tak nampak lah kelibat dia kat sekolah.Enam tahun,tak jemu jemu aku ulang alik ambik dan hantar dia ke sekolah...nanti dah kat asrama.Sob...sob...sob...

Aku tahu dia still upset lagi.I'm sorry sayang.For your future jugak.Bukan kata duk kat sekolah biasa takde future,tapi sooner or later,kena hadap jugak pembaharuan dalam hidup.You'll meet new friends dan macam macam lagi.

I know,my decision hurts you a lot,but its also hurt me.Even more...😭😭

Lahaiiii...belum daftar lagi..dah drama.Poyo aih 😂

1 comment: