Thursday 12 February 2015

AL FATIHAH BUAT TUAN GURU HJ NIK AZIZ NIK MAT

Assalamualaikum...

Malam semalam,detik 9.45pm 12 Februari 2015, kita dikejutkan dgn berita pemergian ulama terkenal Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat.

Airmata mengalir sejak dari semalam.Walaupun tak pernah mengenalinya secara peribadi,namun kehilangannya benar benar memberi kesan yg besar pada hati ini.Seolah olah ianya kehilangan org terdekat.Allahurabbi....betapa beliau amat disayangi masyarakat.

Tenanglah di sana wahai tuan guru.Pemergianmu di malam jumaat yg mulia,penghulu segala hari membayangkan betapa kasihnya Allah kepadamu.Rehatlah dari kepenatan tipu helah dunia.Semoga Allah memelihara dan memberkati rohmu.

Beliau sudah pergi menghadap Sang Pencipta...Allah yg Maha Agung.Kita juga akan menyusul tak lama lagi.Semoga sempat membawa "bekal" ke alam sana....

Innalillahiwainnailaihirojiun....
Al Fatihah




4 comments:

  1. Al Fatihah .... semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman ...

    ReplyDelete
  2. Didoakan Allah swt menerima amalan beliau, mengampunkan kesilapannya, merahmatinya dan menganugerahkan baginya syurga dan redhaNya.
    Ameen.

    ReplyDelete