Tuesday 10 September 2013

MACAMMANA NAK MENDIDIK ANAK GADIS?

Assalamualaikum...

Hari ni Amani tak sekolah.Sekolah kasi cuti bergilir gilir sebab ada exam UPSR.Semalam budak darjah 2 dikecualikan hadir,hari ni darjah 1 plak.Bila akaknya dah tak pergi sekolah,Hakim pun taknak pergi sekolah jugak.Siap nangis nangis taknak pergi.

Yang aku nak marah,time kejut gi sekolah pukul 8,asyik merengek malas bangun,malas mandi.Siap request," Hakim nak tidur sekejap..".Bagilah dia tidur kejap lagi dlm 10 minit baru kejut lagi.Bila dah mandi,barulah ceria muka tu.Tapi,bila time aku kata " Ok,esok takyah gi sekolah",esoknya lepas subuh dah bangun nak bermain.Grrrrr....

Sebut pasal sekolah..aku nak cerita pasal beg sekolah Amani nih.Masa dia nak naik darjah 1,wah kemain aku yg overexcited.Kalau boleh nak belikan mcm mcm.Beg cantik,stationaries yg gempak gempak,lunch set Princess bagai.

Tup tup,baru setengah tahun,beg sekolah dah lunyai.Huwaaaaa....

Tengok...macam belacan...

Aku tak tahulah dia seret macammana.Roda patah,zip jahanam,kotor,berbulu,koyak dan mcm mcm lagi.Huhuhuhuhuhu.Gantilah beg baru disusuli dengan khutbah berjela jela.

Pastu,sejak beberapa bulan kebelakangan ni,aku dah latih dia baca jadual dan susun buku sendiri.So,jaranglah aku kelebet beg dia.

Dua hari sebelum ni,aku rasa mcm dah lama aku tak buat spotcheck.Beg budak budak kena check selalu sebab aku risau dia terambik barang org ke,buku org ke.

Check punya check...tu dia,banyak betul barang yg aku tak pernah belikan utk dia,tetiba ada kat dalam beg.Ada buku memo kartun,sampul surat warna warni,pen teddy bear etc.Aku ni memang jenis akan ingat apa barang aku beli,apa yg tak.Jadi,kenalah soal siasat.

Aku : Mana dapat semua barang ni?
Amani: Akak Along beli kat bookshop.Kat sekolah.
Aku: Naper beli barang barang nih? Bukannya pakai pun kan?
Amani: Kawan-kawan sumer beli....pakai lah ibu.Buat main ngan kawan kawan.

Tu dia...huk aloh.Bila aku cerita kat laki aku,dia sound aku." Naper bagi dia duit belanja? Nilah kalau budak budak dibagi duit poket,".

Eh...akuuuu jugak yg salah.Yelah,walau dia bawak bekal sekalipun,aku bagi jugak duit poket in case dia nak beli makanan lain.Mana tau,bekal tak cukup.Sebab dia selalu cerita,dia selalu share bekal ngan kawan kawan.Baguslah tuh.
 
Dan,aku tanak menyalahkan faktor " ikut kawan".Benda tu biasalah,takkan nak salahkan kawan plak.Ntah ntah anak aku pun pengaruh kawan dia jugak..mana tau kan?

Yelah,budak budak...walau aku pesan,kalau ada duit lebih simpan dlm tabung sekalipun,bila dia tgk org lain beli itu ini,dia pun nak jugak.Tengok barang barang comel mestilah nak.Takyah cakap budak lah,aku yg tua bangka ni pun gila duk ngumpul barang Hello Kitty.

Pastu,semalam.Sebelum tidur,aku akan check on her dulu.Bila aku bukak pintu bilik dia,dia mcm terkejut.Time tu dia kat meja study dia.Terus dia campak "benda" tu atas meja.Aku capai dan agak terkejut.Dia selimutkan diri.Terus aku duduk....

" Honey...we need to talk.."

Okey...ayat kat atas tu tipu ajer.Pengaruh TV citer Mat Salleh jer sumer tu...

Aku tanya harga "benda" tu dan mana dia beli.Dia cakap beli kat bookshop sekolah dan harganya RM8.Baru aku ingat,hari Isnin haritu aku takde duit kecik so aku bagi dia RM10 dan pesan kat dia,tu duit poket seminggu.Then,baru aku start membebel.



Aku kena susun ayat bebetul sebab aku pun pengumpul komik jugak.Tapi,just komik Doraemon,Shin Chan dan Lawak Kampus.Aku nak kena explain betul betul naper aku boleh baca,dia tak.Tengoklah komik apa yg dia beli.Siap ada watak cikgu pondan lagi dlm tu.Sighhhh....
 
Time aku bercakap ngan dia lembut lembut,explain kat dia yg dia tak boleh bazirkan duit...pastu kalau dia nak apa-apa,cakap ngan ibu.At least aku boleh tapis...blahblahbla....potpetpotpet..
 
Time aku ckp tu,aku tgk airmata dia bergenang.Eh...time aku jerit puting beliung selamba ajer mukanya.Bila aku ckp sepoi sepoi bahasa...nangis plak.Tacing yer??
 
Pastu,suh dia tido,kiss gudnite dan cakap..." Ibu sayang akak along.Ibu tak marah pun.."
Barulah dia senyum...
 
Tiba-tiba aku rasa bimbang.Anak dara aku baru 7 tahun.Camne aku nak hadapi tahun tahun mendatang? Mcmmana aku nak didik dia time dia cecah usia remaja? Mampukah?
 
Bila baca banyak kes anak gadis lari dari rumah,masalah sosial etc,aku jadi rasa tak senang duduk.Aku mohon pada Tuhan,jauhkanlah perkara mcm tu terjadi pada keluarga aku.
 
Ya Allah,Kau peliharakanlah anak-anakku.Ampunkanlah dosa dosa kami.Amin

No comments:

Post a Comment