Assalamualaikum....
Hari ni Hakim request nak cuti...sebab parents aku datang dari Terengganu dan adik aku pun datang sekali bawak anaknya.Jadi,sebab kemeriahan ada atuk,Umi,Cik Fiey dan Damia,dan dan si Hakim tanak sekolah.Takpelah...hari ni ajer aku bagi perlepasan. Nasib baik ko belajar kat tadika..kalau Amani,tak dapeklah.Heheheheehe.
Hari tu borak-borak ngan adik aku,dia ada cerita pasal ketaksuban seorang penjual makanan kesihatan yg bilamana gagal menjual barang,dikutuknya dan dileternya potential buyer sebab tanak beli barang tuh.
Itu hari kat FB,ada seorg kenalan share satu artikel yg mengatakan tiada kolagen dalam rumpai laut atau nama famousnya Pure Marine Collagen.Dia cuma share ajer,bukan dia yg tulis atau buat research pun pasal bende tu.Hasilnya...dapat makian dari penjual PMC!
Aku takdelah nak ulas apa-apa pasal barang-barang ni semua.Baik makanan kesihatan,kosmetik,ubat-ubatan etc sebab takde masa plak aku nak kaji satu satu keberkesanan produk2 ni semua.Aku bukanlah Aidid Muaddib...muahahahahaa.
Setiap orang ada hak nak menjual,promote dan nak buat apa-apa testimoni pasal produk2 ni sumer.Tapi,kena ingat jugak,kalau ada yg menolak utk membeli atau memakai,diorg pun ada hak jugak.Takyahlah ko nak membebel segala kutuk diorg tanak jaga kesihatan lah,tak sayang tubuh badan lah,nanti bila dah sakit-sakit padan muka lah..etc.
Barangkali mereka jaga kesihatan dengan cara sendiri.Dengan cara neutral tanpa bantuan ubat-ubatan atau produk makanan tambahan.Cara apa? Bersenam dan jaga makan.Cuma,mereka-mereka ini tidaklah mewarwarkan kat satu dunia cara mereka.Biarlah...yg korang nak kutuk maki segala pasal apa pulak? Udahlah ko tu menjual,tunjukkanlah sikit budi bahasa tu,barulah org nak terbuka hati nak membeli.Ni,nak memaksa plak...silap-silap,makan pelempang.
Ramai jer kengkawan dan family aku sendiri yg menjual produk-produk sebegini,tapi takdelah emosional bila aku tanak beli.Profesional ajer,terangkan kat aku apa bagusnya produk2 ni,bila aku tanak,takdelah diorg nak bebel ke apa ( ke takut sebab aku garang? muahahahhaa).Aku tak beli bukan sebab aku rajin sgt jaga kesihatan atau kecantikan dgn cara yg neutral,tapi,sebab aku malas.Ya,alangkan ubat sepital pun aku malas nak makan,inikan plak saja-saja nak gi beli.Dengan tunggang tungging melayan kerenah anak-anak kecik aku..karang supplement ke mana,anak ke mana.
Setiap produk plak,keberkesanannya tak sama bagi setiap org.Ada org pakai,elok jer jadinya.Sebab tu testimoni melampau-lampau,tapi ada org,dah makan selori pun tak jalan,jadi,tu yg keluar kutuk-kutukan melampau plak.
Baik yg menjual atau yg memakai.Hormatilah pendapat masing-masing.Yang menjual,juallah dengan cara berhikmah.Dapatkan info yg cukup sebelum jual produk,jgn main hentam ajer fakta.Paling penting,jgn menipu pengguna.Kalau org tanak beli,hormati pendirian mereka,jgnlah duk perli-perli bagai.Kalau kau bagi info yg betul,lengkap,penerangan, jelas..InsyaAllah org akan beli.Jangan risau.
Macam tu jugak bila org kutuk produk kita,kalau kita rasa itu semua tak betul,jelaskan dengan fakta dan dgn cara yg profesional,mudah-mudahan org akan terima penjelasan kita.Janganlah sama-sama emosi pastu bergaduh-gaduh.Seumur idup ko kene boikot.
Adik ipar aku ada jual Herbalife.Setakat ni,aku tgk berkesan jer kat dia.Dan dia sgt gigih menjual,tapi aku tak beli pun.Takde pun dia marah..ilek ajer.Dan,dia rajin cari info utk explain kat customer.Tambah lagi,dia pengguna produk,lagilah senang kan.
Orang yg anti ngan produk plak,sebelum nak kutuk sesuatu produk,cari fakta yg betul dulu before condemn.Aku tak nafikan sesetengah produk ni memang nampak tak logik sgt fakta khasiatnya.Melebih lebih pun ada mcm ajaib sgt,tapi,selagi aku tak dapat fakta yg betul pasal penipuannya,aku ignore ajerlah.Kalau yakin,aku beli.Kalau tak,aku tak beli.Simple ajer.
Masa aku kerja bank dulu,aku juga kena jual produk bank.Tapi,biasalah,tak semua pelanggan nak termakan ngan ko punya promotion.Promote punyalah gile babi tersembur air liur segala,tak jalan jugak.Tapi,takdelah aku nak maki dorg,dah duit dorg,sukati dorg lah kan.Cuma,taklehlah nak putus asa.Kene liuk lentok sket time promote,baru jalan,kahkahkahkah...tapi kengkadang kat belakang kutuk gak...hahahahaha.Paling penting,jgn buat potential customer ko marah.Tu ajer.
Jangan gaduh-gaduh no.....