Aku ni,nama jer garang...tapi kalau ngan org kat luar agak lemah sket.
Tak paham?
Tak paham takpe,bukan buku teks Sains pun nak kena paham segala.hehehehe...
Maksud aku,kalau aku berurusan dengan khidmat pelanggan,atau org jual barang,ataupun bila jumpa Doktor..ataupun berurusan dengan lawyer,dealer,kaunter MBSA dan sebagainya.Dah banyak contoh aku bagi,tak paham gak tak tahu lah aku.Aku jenis org yg tak banyak komplen dan banyak percaya bulat bulat apa yg depa ni sumer cakap.Aku akan menggelabah mcmkan diorg nak makan aku,walhal diorg serve baik punyaaa!! Tak tahulah nape...mental disorder? Oh mannnnn....
Aku tak kata dorg ni sumer penipu,tapi disebabkan pengalaman bekerja di bidang perkhidmatan pelanggan sebelum ni buat aku hati-hati kalau nak komplen.Aku tahu betapa sakitnya hati kalau org komplen sebab kadang-kadang kita dah buat sehabis baik,tapi benda tak jadi jugak due to technical error,kejap kecik kejap besor hati aku menanggung pilu bila dicerca...ohhhh...dramatik sket...baru best.Hahaha,mana ada org cerca..saje jer aku reka.
Selalunya,kalau aku tak puas hati,aku cerita kat laki aku.Tang bila camni,barulah laki aku jadi garang daripada aku.." Dah tu,nape tak komplen ajer tadi???" kata dia.Aku? Aku yg garang nih??? Senyap sambil-sambil belek kuku anak lah,check pampers dia lah...
Tak tahu lah naper...susah sgt nak bukak mulut nak suarakan ketidakpuasan hati aku.Malu tak bertempat...pastu membebel dlm blog...huh!!
Panjang kan aku punya intro...intro saje dah baper perenggan melambangkan keunggulan bakat aku sebagai pembebel tegar.Kali ni aku dah membebel pasal klinik.
Tiga hari lepas,aku bawak si kecik aku untuk amik imunisasi ( utk baby umur 18 bulan).Last sekali dia kena cucuk masa umur setahun.So,lama dah tak jejak kat klinik yg aku selalu bawak dia gi cucuk tu.Kalau dia demam ke apa ke selalunya kitorg bawak ke Klinik Anis,klinik faveret laki aku sebab situ Doktornya dan ubatnya memang serasi ngan anak-anak aku.Iklan jap...hehehehe
Selalunya ada sorg Doktor pompuan,tapi bila aku masuk bilik Doktor,aku tgk ada sorg doktor lelaki dan dia bukan orang Malaysia.Tapi bolehlah cakap Melayu sket-sket.Pastu aku cakap yg aku bawak si kecik ni utk cucuk,dia mcm cakap ngan diri sendiri..." Cucuk apa ya?" sambil belek kad imunisasi tuh.Aku dah cuak sket....
Pastu dia tanya ada tak anak aku demam ke,batuk ke,selsema ker? Aku jawab tak ajerlah.Pastu dia suruh baringkan si kecik atas bed.Aku ingat dia nak cucuk..sekali dia check tekak anak aku.Aku ni tak kisah sgtlah,dah dia Doktor.Aku assume dia tahu apa yg dia buat.Mestilah dia ada reason naper dia tanya mcm tu dan check anak aku dulu before bagi suntikan kan?
Pastu, dengan confident,loud and clear dia cakap " Oh,dia ada tonsilitis.Bengkak...faham tak...bengkak" katanya sambil tunjuk tekak dia macamkan aku ni pendatang Bangladesh.Muka aku terus jadi blur...aku terus pandang pembantu klinik tu.Dia tgk sekilas pastu tunduk,pastu keluar.Agaknya bila aku buat muka camtu,terus Doktor tu cakap " Tak boleh cucuk,kena ambil antibiotik.After one week,datang balik.Make sure bengkak tu hilang dulu,kalau tak kalau dia demam tak boleh beza itu sebab tonsil ke atau sebab cucuk,"
Aku tak kata apa-apa,ucap thanks pastu keluar dengan terpinga-pinga.Time to panic now!!
Laki aku plak bawak dua org lagi tu main kat luar klinik.So,aku terkial-kial sorg tak tahu nak ckp apa.Bila amik ubat,aku lagi panik bila pembantu klinik tu bagi dua ubat,satu antibiotik,satu lagi ubat alahan.Alahan jadah plak ni? Apsal nak kena bagi ubat alahan plak? Hati aku dah tak sedap tapi sepatah perkataan pun tak kuar dari mulut aku.Amik kad,amik mykid,amik ubat...berambus.
Dalam keta baru aku citer kat laki aku.Pastu mulalah dia bebel kat aku,nape tak panggil dia lah,napa aku suka sgt gi klinik ni lah.Dia memang dari dulu tak berkenan ngan klinik ni tapi aku pegi jugak sebab rekod anak aku cucuk dah kat situ.Aku check pregnant pun kat situ.Masa tu,dengan doktor pompuan tu okey jer.
Then,masa tu aku decide.Besok aku pegi klinik lain.Malam tu,ubat tu langsung aku tak bagi.Aku tanak jadi apa-apa kat baby aku.Dia okey jer,nampak sihat,makan pun takde masalah.Kalau tonsil bengkak,koman-koman,tak demam pun,mesti makan tak lalu.Dahlah dibagi ubat alahan sekali,lagilah aku cuak.
Esoknya lepas hantar kakak dan abang dia pegi sekolah,aku terus gi spital.Jumpa pakar kanak-kanak terus.Aku tak selindung cerita semua kat doktor tu dan mintak dia check balik tonsil anak aku.Dia tanya aku simptom2 bengkak tonsil misalnya takleh makan,demam,batuk or selsema,ada sejarah tonsilitis sebelum ni ke tak,or tidur berdengkur.Setelah aku explain,dia terus check paru-paru dan tekak.Aku lega sangat bila dia kata tekak anak aku ok dan tak ada tanda tanda bengkak ke radang ker.So,dia cakap tak perlu bagi antibiotik tu.Lepas tu terus proceed cucuk imunisasi dan mcm biasa lah dia kata possibility utk demam tu akan ada dan just standby ubat demam jer.Itupun kalau demam,kalau tak takyah bagi.
Pagi esoknya anak aku demam tapi mild ajerlah.Dia still aktif dan aku pantau jugak kut-kut dia ilang selera makan ker,tak bermaya ker.Alhamdulillah,badan jer panas sket tapi aktif dan makan macam biasa.Next morning,dah kebah demam dia.Syukur..
Aku pun tak berani nak salahkan doktor klinik tu sbb bagi aku,doktor tahu kerja dia.Tapi kalau kita waswas,baik dapatkan second opinion dari doktor lain,sebaik baiknya pakar.
Apapun,aku bersyukur kerana instict aku rasa ada yg tak kena jer.Lagi lagi plak dengan ubat.Ish,takleh bayangkan lah aku.
Aku memang tak tau nak komplen dan itu yg buat laki aku bengang tuh.Yer lah,ngan org lain tak berani komplen,cuba dia yg buat silap...berjela-jela aku komplen.Hatta bila letrik takde kat umah pun aku salahkan dia sebab dia keje TNB...wahahahahahahahhaaaa.....