Friday, 29 June 2012

SELFISH!! BUKAN SELFISH LAGI...SELL TUUUUUTTTT!!!

Masa aku on the way nak hantar anak ke sekolah,aku lalu kat kawasan taman awam sebelah perumahan kami ni.Selalunya aku lalu jalan lain,kali ni malas nak pusing,lalu ajer lah.
Tetiba aku nampak "construction site"
What the........???
Okay, zaman moden di mana manusia manusia dah tak kisah atau peduli pasal org lain.Hal aku masalah aku,hal engkau masalah kau.Kepentingan org lain??? Sapa yg kisah?
Aku tak tau nak rasa apa..marah? sedih ? kecewa ?
Kecil hati dan tersinggung sebenarnya...
Ok,kisahnya..kat taman awam,tempat kami penduduk2 kawasan perumahan ni nak beriadah,tempat anak-anak main bola dan basikal...telah pun bertukar jadi lot banglo.
Oppss...bukan tersinggung sebab jeles ada org boleh buat banglo 3 tingkat kat kawasan perumahan zaman 80an ni.Seriusly,ramai dah yg renovate rumah teres satu tingkat biasa ni jadi banglo,sbb rumah lama-lama ni sangat luas.Ko tambah jadi 2 tingkat,terus tranform jadi banglo.No big deal.Rumah masing-masing,kawasan masing-masing,duit masing-masing...biaq pi la.
Tapi...ni kawasan awam.Nama pun taman AWAM.Tempat org AWAM jogging pagi petang.Tempat bebudak main bola,main beskal.Itu ajerlah tempat lapang yg agak selamat utk kanak-kanak bermain.Takkan nak main bola kat atas jalan depan rumah.Nak mampus kene lenyek ngan lori sampah?
Dan,tempat lapang sekangkang kera tu jugaklah dia pilih nak pacak rumah.Kalau dah mampu buat rumah sampai 3 tingkat,takkan takde duit nak beli tanah lot lain.Bersepah.Nak rumah dalam taman? Pegilah duk dalam hutan.
Tak paham aku ngan sikap pentingkan diri macam diorg ni.Abih tu,anak cucu ko ajer yg layak nak main dalam taman? Anak org miskin sederhana ni,silalah main kat laman rumah yg sempit nih.Tak pun,main kat jalan raya,mati kene langgar kereta pun lantaklah,dah ajal.
Petisyen dah sain,memo dah hantar,tapi ada sapa kisah? 
Jgn plak ko heran napa budak-budak suka lepak kat cybercafe,duk main game jer 24 jam...hatta nak main bola pun pakai komputer jer...takyah nak pening bila budak-budak merempit atas jalan raya.Sebab,org2 mcm ni lah puncanya tak pikir org lain.Jgn kata nak sediakan facility,yg sedia ada pun nak diambik jugak utk kepentingan peribadi.
Aku tak kisahlah kalau dia argue yg tanah tu boleh di tukar status sesuka hati,tapi asalkan ada DUIT,pejam mata ajer utk org awam yer? Sighhh
Dahlah,buat aku sakit darah tinggi jer nanti.Duk lah korg kat situ.Semoga Allah merahmati kalian

Wednesday, 27 June 2012

HARGA BARANG? KUALITI?

Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa skang ni,aku kena alert dengan byk benda berkaitan perihal rumahtangga.Misalnya,mcmmana nak manage perbelanjaan isi rumah.Yalah,dah sorang jer yg bekerja,aku pun kene lah sama menolong laki aku jugak dgn cara berbelanja dengan berhemah.
Skang aku dah semakin peduli dengan harga2 barang.Dulu takde masa nak amik tahu.Campak dlm troli,bayar.Bulan depan,harga barang naik pun aku tak tahu.
Bila harga barang naik,org mengeluh bukan? Sebab apa? Sebab gaji tak naik pun,tapi harga barang mencanak canak naik.Contohnya,semalam aku beli pampers anak.Biasanya aku beli dengan harga RM36,lepas tu baru baru ni RM40,dan dlm masa tak sampai setahun,terjojol bijik mata aku tgk bil,RM49.What?!!!!
Okey,bila kita mengeluh,org pun bidas,"Dah tau tak mampu,buat apa nak beli yg mahal.Byk lg jenama lain yg murah.Gunakan kuasa sebagai pengguna.Boikot yg mahal.Beli yg kita mampu,pilihan di tangan pengguna"
Yeah right!!Masalahnya ialah kualiti.Susah nak explain.Memanglah,kalo nak yg berkualiti,kita kena byr lebihkan? Tak adillah buat pengeluar kalo dia nak bg brg yg tip top dengan harga rendah.Kita aware pasal tu.Tapi di Malaysia,walau beza harga barang cuma 50 sen,kau cuma ada dua pilihan,berkualiti dan TIDAK berkualiti.Takde pilihan ketiga yakni "KURANG" berkualiti.Ok,aku bg contoh.Biasanya aku beli telur jenama NutriPlus,memang bagus.Telurnya bersaiz besar dan segar.Puas hati.Harga? 10 bijik dalam RM 4.39 -RM 4.99,aku tak ingat tapi dlm range tu lah.Disebabkan si Hakim,hari hari suh aku buat omelette atau scramble egg untuk breakfast,tak sampai 3 hari dah selesai satu pack.So,menyambut seruan kerajaan supaya hidup wassotiyah,aku cari satu jenama yg harga dia kurang sikit yakni,RM3.99.Beza harga ialah 30 sen-RM 1,and guess what? Out of 5 biji yg aku pecahkan pagi tadi,2 is telur tembelang hokkay.Bau jgn citer,sampai trauma aku nak makan telur.Cisss.Secara matematiknya,dlm keseluruhan 10 biji telur dimana kemungkinan 4 biji adalah telur tembelang,kita byr RM3.99 @RM4 utk 6 bijik,yakni bersamaan 66sen sebijik.Compare dgn harga Nutriplus,aku amiklah harga termahal yakni RM4.99@RM5,bersamaan dgn 50 sen sebijik.Jadi? Mana satu pilihan anda?Mahu tak mahu kita akan beralih jugak pada brg yg mahal dari gamble beli brg "murah" tapi not worth for money.
Jgn ckp ni kes terpencil.Ini bukan kali pertama berlaku.Dan aku bukan berlagak sgt nak beli brg berkualiti tapi tanak keluar duit lebih.Sebab bila dikira kirakan balik,brg yg "murah" sebenarnya mahal jugak.Aku bg lagi satu contoh.Misalnya,aku beli telur kat kedai runcit yg jauh lebih murah.RM3 untuk 10 bijik misalnya.Tapi saiz kecik nak mampus.Compare lg ngan jenama faveret aku,bila goreng utk hakim biasanya 2 bijik cukup.Harga? RM1.Telur kecik,kena goreng 4 bijik.Harga?Rm1.20.Jadi? Pilihan di tgn anda.
Dan,cubalah kita fikirkan org yg tak mampu langsung buat pilihan.Beli yg murah tapi kene dibazirkan tetap bersamaan dgn yg mahal,jadi,adakah itu pilihan?
Ini cuma pendapat aku ajer.Terpulang kepada penilaian masing2.Maybe aku belum cukup ilmu consumer lagi,jadi kene byk belajar lagi cara cara mencari barang yg murah tapi berkualiti.
Huh,kes terencat nak makan telur jer pagi tadi,bebel bebel lagi sampai skang.Hehehehe,maafkan daku.

Monday, 25 June 2012

FILEM "SEKALI LAGI"

Semalam ke dua malam lepas ntah,aku tertekan channel 134,ada citer melayu tajuk dia "Sekali Lagi".Asalnya aku nak lepak kejap jer,tapi lepas tu meleret leret plak nak tgk citer ni.
Honestly,dah jarang filem melayu terkini yg dpt hiburkan hati aku.Kebanyakan citer aku tgk sekali jer pastu maleh nak tgk dah.Bukan nak kata xde kualiti,cuma tak berkenan kat hati aku ajer.Tapi aku memang suka tgk filem melayu,dulu dulu rajin gak aku langgan Astro First,tapi lepas tu laki aku tak bagi.Bazir katanya,dia tak suka tgk.Sebagai isteri solehah,ku tidak membantah.Aku tgk kat youtube ajer,ahaksssss.Tapi sbb byk sgt filem melayu skang yg bagi aku sgt mengarut dan ntah hape hape,makanya aku maleh nak tgk lagi.
Filem "Sekali Lagi" ni,pelakonnya ialah Saheizy Sam,Lisa Surihani,Mia Sara,Kartina Aziz dan Bront Palarae.Eh,betul ke aku eja nama dia?Lantaklah,udah nama ko payah sgt nak eja,terbelit lidah budu ku ini nak nyebutnya.
Serius,filem ni sgt menyentuh jiwa,sob sep sob sep aku tarik hingus yg nak meleleh sambil menahan sebak di dada.Sesekali aku buat buat panggil si tecik supaya tak ketara sgt aku nangis.Cesss.
Walaupun ada babak yg bagi aku agak inappropriate misalnya babak si Sam dan Lisa bercinta masa sekolah peluk peluk kat taman,tapi keseluruhan cerita agak menarik lah.Tapi aku tak paham betul,bila tang ada pompuan gedik yg nak halang cinta si Lisa dan Bront plak,naper wataknya mesti sorg pompuan datang dari kampung,pakai kebaya all the time,mekap tebal dan over n sanggul tinggi
disertai dengan perangai gedik yg sgt tak masuk akal.Tapi takpelah,dah nama filem kan?
Kisahnya,Lisa adalah seorg janda anak satu.Nama budak tu Amy,comel dan cerdik.Satu hari si Amy jumpa ngan Arman (Sam)seorg lelaki dewasa yg sangka dia sakit "automatik".Comel sgt babak tu,hihihi.Lalu diorg pun berkawan baik.Dalam masa yg sama,Si Lisa ni di kenen kenen dan di ushar oleh Bront yg begitu macho sekali.Akak sukaaaa,ahakss.Satu hari,lisa ni pelik napa dak Amy ni selalu ajer hilang diri mcm tu jer pegi main sorg sorg.Ha,babak ni agak tak logik.Budak kecik jalan tgh bandar sorg2,lintas jln sibuk pegi padang permainan.Lalu si Lisa ni ikutlah anak dia.Sekali,bila dia jumpa Arman (yg panggil dia Auntie),terus dia pengsan masuk hospital swasta dan tak bagi anak dia jumpa Arman lagi.Arman yg frust meroyan cam org putus cinta terus gak mengekor Amy.Mana dia tau org marah sbb dia ada penyakit kan.Pastu mulalah babak flashback.Rupanya,Arman tu lah bekas laki si lisa.Dorg kawen lari masa sekolah sbb cinta dihalang.Arman ni anak org kaya.Pastu tanpa sebab Lisa kena cerai pada hari bapak dia meninggal.Lisa ingat si Arman ni yg jahat tak tahan dugaan hidup susah.Dalam masa yg sama,dia dpt tahu yg dia mengandung.Hindustan sungguhlah jalan citer.Ah,pendek citer ajerlah,Arman tu rupanya sakit tumor kat otak tu pasal dia lari tinggalkan Lisa.Sebab,dia dpt tahu,lepas pembedahan maybe dia tak normal lagi dan itulah yg terjadi.Dia jadi mcm budak2 dan tak ingat apa apa lg lepas kene bedah.Endingnya,gi lah beli VCD ke hapa.Malas nak citer.Hahahaahahha
Tapi,aku ni kalau citer sedih,best mcmmana pun jalan citernya,aku takkan tgk lagi pasal aku tak suka nangis dan aku ni suka sgt dibuai perasaan.Kang jap gi mulalah termimpi mimpi.Byk keje lagi nak buat.Org yg berlakon tu tak pape,aku lak yg merana berendam air mata.Citer kelakar takpe,siap beli VCD lagi.
Tapi yg paling best petang tu ialah,heheheehe,org yg tak bagi aku langgan Astro First citer melayu tuh,alih alih terpaku tengok citer tu sampai habih.Siap ada satu part tu aku terlepas sbb gi cebok berak anak,dia siap citer balik lagi kat aku.Hahahahhahaha
Nasib baik macho tak nangis kan bang?Kalau tak seminggu ni mmg ayang gelakkan abang,hihihihihi.Cute sangat!!

Wednesday, 20 June 2012

OBOR OBOR,TEMPATMU BUKAN KAT SINI

Petang tadi aku borak borak ngan sorg staff hotel.Aku cakap ngan dia aku nak bwk bebudak main pasir.Pastu dia pesan,kalau nak mandi laut,mandi kat kawasan yg diorg dah pagarkan dengan jaring.Katanya kat laut tu byk sgt obor obor.
"Guest selalu complaint kak.Ada yg mintak claim insurance tapi kami tak boleh buat apa apa sebab hidupan laut kan? Mcmmana nak halang depa nak mai,jd kami dok pesan kat guest saja lah jgn mandi luar dari kawasan berjaring,"katanya.
Staff hotel tu tak merungut tau,dia cuma bercerita.Memang ramah yg amat orgnya.
Aku taklah kepochi nak tanya bangsa apa yg duk merungut dan complaint tuh,local ke,foreigner ker? Cuma satu terlintas kat fikiran aku.
Bumi ini sepenuhnya milik Allah,tapi manusia moden hari ini sangka semua benda yg jadi pada bumi Allah ini dapat dikawal sepenuhnya oleh manusia.Semua,hatta dalam perjalanan hidup sang obor obor.Kau nak suruh org hotel buat apa?Hantar notis kat obor obor arahkan diorg berpindah dari pesisir pantai,atau nasihatkan obor obor tu "Weh,jgnlah duk mai kat sini,habis guest kat sini korg sengat,"Ataupun bunuh obor2 tu tiap tiap hari supaya pelancong boleh mandi dengan aman?
Aku pun tak arif apa cara nak atasi masalah mcm ni,tapi,ko mintak claim insurance atas sebab alam semulajadi,pada aku,still too much.
Org org yg percaya kekuasaan manusia tiada batasan mungkin ada hujahan lain.Wallahualam.

Tuesday, 19 June 2012

PERCUTIAN KE PULAU PINANG UNTUK NTAH YG KE BAPER KALI DAA

Assalamualaikum
Selamat bersiaran dari Pulau Pinang,pulau mutiara.Laporan cuaca hari ni...jerebu hapa pun tak nampak..sob sob....
Last week,lakiku bagitau dia ada meeting kat Penang and tanya aku nak ikut tak.Giler tak mau? Orang ajak jenjalan opkos lah nak kan? Tapi siang hari katanya sila lah memeruk kat hotel sebab dia kije.Tak kesahlah,janji jalan-jalan.
Maka aku pun start lah cari hotel kat Penang ni dan memandangkan bawak anak-anak yg suker sangat ngan pasir,aku pun cari lah area Batu Feringghi.Mulanya laki aku suh book kat Hard Rock Hotel,tak kesahlah katanya company bayar and the best part,no limit.Sebagai isteri yg taat,ku searchlah rate Hard Rock.Mak Aiiii,room paling murah pun dah RM500++ satu malam.Mahal giler babi,babi pun takde mahal cenggitu.Walhal ni bukan peak season.Ke,aku yg tak reti cari? Aku report kat lakiku.
Yerlah,walaupun company kata no limit,agak-agaklah kut.Bukan darjat CEO nak duk bilik mahal mcm bedil ( Ni ayat mak aku ni..sampaikan satu hari abah aku tanya,awak pernah beli ke bedil tu,mana tahu mahal?) Laki aku suh cari lain...sama gak.Yang murah sikit pun kat Bayview dan kitorg penah stay situ dulu so baik cari lain utk variasi.Cari Holiday Inn,aku call no kat website,sekali ko dia pakai international agent,menggelupur Mak Jemah nak speaking London siap ngan slang-slang ala Anzalna gitteww.Ntah mamat tu paham ke idak dengar Englishku yg tunggang langgang.Lantak ko lah..hahahaahha.Tapi Beach Wing plak takde bilik kosong.Ngadap bukit bukau banyak lah.Heh,buat hapa...org nak bergaya ala-ala kat Hawaii,suh ngadap bukit laks.Cancel.
Putus asa...makan nasik dulu lah.Bilang sama lakiku aku dah penat.Suh dia cari sendiri,koser aku derr.Sekali dia cakap,try Flamingo Hotel.Okeylah...bukak website,nampak okey lah jugak.Rate murah sket,dekat RM300 satu malam tapi kat area Tanjung Bungah lah.Okeylah tuh,janji ada pasir pantai.Alang-alang,aku search gak Hydro Hotel,fully booked.Weh,sapa yg datang ramai-ramai ke Penang ni sampai abih satu hotel korang duduk? Malas nak cari lagi,terus book.
Sampai kat Penang,aku dah penat,lost sampaikan betul betul lost..boleh plak nak menghala ke Feringghi termasuk ke jalan nak gi Jelutong...grrrrrr....sian lakiku.Pusing pusing nak kuar.Perut lapar plak tuh,so singgah makan kat satu kedai makan,Aman Cafe.Masa kitorg sampai,aman sungguh takde orang.Laju jer serve kitorang,makanan pun boleh tahan lah,sedap gak kecuali sotong goreng tepung.Sedeyyy..sotong dahlah besar kuman jer,berselaput ngan dakwat sotong,mcm tak dibersihkan.Tepung jer tebal.Aku kalau bersihkan sotong,habis kulit-kulitnya aku siat.Tapi yg lain okeylah.Tak lama pastu,eh,tetiba ramai plak.Muka bawak rezeki kitorang nih,ahakssss...
Sampai hotel kul 9pm,aku tgk bersepah org Arab kat lobby.Padanlah hotel penuh...ada sekali,masa aku nak check in,si tecik Rafhanah sibuk nak berkeliaran kat lobby,ada sorg awek Arab yg pakai burqa usap kepala dia.Mencicit dia lari sambil jerit " Abu!!!!!! ( Ibu)"
Masuk bilik hotel,agak hangin sebab masa book aku request SeaView,dapat bilik, Bangunan-lain-view.Tapi esok ajerlah komplen,dah penat tahap gaban dah nih.
Memula,masuk ajer,terasa aircond,tapi lepas aku mandi,rasa makin panas.Sampai berpeluh peluh.Aku syak aircond rosak.Suh lakiku call hotel,tetiba aku terperasan ada satu butang tepi katil...tertulis " AC" sudah ter off.Heh,takde keje org lain...si Rafhanah lah ni sebab tadi memang keje dia petik suis kat situ satu satu.Jadahnya suis aircond kat situ..sangat senanglah anak kecik nak main.Laki aku kene lah call diorg balik cakap dah okey.
So far,hotel ni pun okeylah.Sesuai lah ngan rate kan?? Hahahahaa.Redho kan aku,solehah sungguh.Receptionist okey and paling okey dia punya bellboy,lari-lari tolong amikkan troli.Peramah giler plak tu.
Okeylah...esok-esok aku meraban lagi,aku nak gi breakfast nih.Lapar nak mampus dah nih.


Monday, 18 June 2012

Aku speaking London,ko ader?

Assalamualaikum,
Sape ada tgk melodi last weekend?Aku memang dh lama x layan Melodi walaupun ada Zizan.Yerlah,mana sempat.Banyak agenda aku hari Ahad.Aku sempat layan Beautifulnara ajer,hehehehehe.
Aku baca kat BN kisah Anzalna dan Neelofa yg bergaduh tak sudah sudah tuh.Tapi aku bukan nak bebel pasal pergaduhan diorg tuh.Lantak koranglah nak bergaduhpun,ada aku kesah? Melainkan diorg dtg bergomol kat dalam rumah aku,ah time tu aku kesah.
Alkisahnya,kat ruangan komen tu,aku tertarik pada satu komen,
"Kat dlm Melodi bukan main speaking lagi si Anzalna nih.Sudahlah,dahlah speaking berterabur,nak pakai accent accent bagai" mcm tu lah lebih kurang komennya,malas plak aku nak gi salin sebijik2 dowh cam xde keje sgt.Pastu disokong oleh yg lain lain seperti:
"Aah,kata dulu duk Australia,tapi speaking berterabur,blah blah blah...meluat aku."
Kesian.Aku tak tahu nak kesian kat sapa.Kat Anzalna ke atau pengomen tuh?
Kat diri sendiri pun ye jugak sebenarnya,hehehee.
Kalau dah tak suka,apapun tak boleh yer?
Senang citer lah,sebab attitude pengomen ni lah yg buat org2 mcm aku hilang keyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris.Sebab malu kena kutuk.Yer,sedih kan?Nah amik tisu ni dan dengar citer ni.Jgn nangis masa tgk citer Ombak Rindu jer.Adegan ranjang pun nak nangis segala,ntah hapa hapa.Hehehehehehehe.
Itu masalah sesetengah org yg rasa diri dia hebakk sangat sampai memandang rendah pada keterbatasan org lain yg berusaha melakukan sesuatu.Kadang2,org mcm ni,dia kutuk bukan sebab dia hebat,tapi sebab dia rasa down pun ya.Jadi,dia rasa annoying bila ada org speaking.Dia kata org tu berlagak lah,lidah dah kene belacan lg mau speaking London,ceh.Walhal,dia tak paham sebenarnya,kahkahakah.
Bila org tu speaking tak betul pun kutuk,bila berbahasa Inggeris dengan betul tanpa sikit pun kesalahan nahu pun kene kutuk.
Kesian...
Aku teringat insiden yg kawan aku citer masa kat USM dulu.Alkisahnya,member aku ni memang terer speaking.Ngan mak dia pun dia speaking.Satu hari tu,dia gi kat satu supermarket kat pekan hometown dia lah.Masa kat kaunter,dia sembang ngan mak dia.Speaking.Tetiba budak kaunter sound dia
"Takyahlah nak speaking sgt.Kita ni duk Malaysia,"
Ah,mmg jolok sarang tebuan.Kawan aku ni jenis lelaki mulut laser.Mamposss
"Hey,apasal ko sibuk sgt,ada aku bercakap ngan ko ke? Hey,disebabkan aku speaking lah aku dpt masuk U,yg ko tu sampai ke tua lah duk kaunter ni,hokkay,"
Ops,jgn salah paham kata kawan aku menghina org yg keje kaunter supermarket ya.Pointnya di sini ialah,kalau org tuh tak start provoke dia,takde lah dia nak keluar ayat ayat mcm tuh.Masalahnya,dia bercakap ngan mak dia,takde sangkut paut budak tu nak rasa meluat kat dia.Bila dah kena sound,huh,nilah makan dia.
Sepatutnya,bila dengar org speaking berterabur tak hengat siap ada accent British ataupun slang Amareka,kita patut cabar diri untuk jadi seperti dia.Cuma tang accent tu ajerlah takyah nak ikut sgt sbb kadang2 bila org ber slang slang ni,aku tak paham.Hahahahahaha
Kalau kita plak yg terer dan kita dengar org lain ckp berterabur,toksahlah gelak dan kutuk dia plak.Down org tuh tau.Eh,mcm citer pengalaman sendiri jer? Sepatutnya,kita betulkan dia dan puji dia sbb at least dia ada effort.Nak tegur pun agak agaklah jugak,jgn sampai satu kampung boleh dengar.Kang bordarah mulut ekau haaa.
Okeylah,sekian bebelan Mak Jemah dipagi hari ini.Mak Jemah nak pack barang nak gi melancong ni uolsss.Babai.

Sunday, 17 June 2012

MADAGASCAR 3,SATU PENGALAMAN

Sabtu petang,tetiba rasa nak tgk wayang.Kejut lakiku yg tercinta yg tgh tergolek kat ruang tamu.Solehah kan aku,nak mintak izin perabih duit tgk wayang.Sebenarnya, taktik tu,sebab dia agak mamai,dia cakap "Ya,boleh" lantas tersembam balik atas bantal.Hehehehe,akupun terseringai gumbira.Untuk kaum wanita,jgn dicontohi taktik keji ini.Untuk para suami,awas kalo tetiba isteri anda beli gelang emas swipe credit card supplementary anda,pastu anda marah dia lepas dpt bil dan dia pun merajuk.Jgn terburu buru marah,mungkin dia mintak izin masa anda mamai cenggini:)
Dah dapat izin,book tiket online kat TGV Bukit Raja Klang.Dekat sket.Masa tu dah pukul 4.30 petang,wayang start 5.45pm.Aku siapkan beg bekalan bebudak ni,mandikan dorg wangi2,comey2,kejutkan lakiku lagi sekali,mandi,solat Asar,bertolak.
Sampai dh kul 5.30pm,sempat gi makan dulu.5.45 pm baru beratur beli popcorn bagai.Masuk awal pun buat apa,diorg tayangkan iklan dulu.
Ngam ngam duduk,citer pun start.Jeng jeng,Madagascar 3.Hehehehe.
Buat pertama kali aku tak tido dalam panggung.
Pertamanya,sebab ceritanya kelakar dan best.
Keduanya,sebab si kecik aku sgt aktif kat panggung tu serupa bapak dia punya TGV tu sampaikan aku kena mintak maaf banyak kali kat budak cina depan kitorg sebab dia gi tonyoh kepala budak tu.Seb baik budak tu cool ajer,senyum jer dia.
Ketiganya,aku plak buat scene kat dlm panggung tu.Masa tu,takde scene action atau kelakar,so penonton diam.Tetiba,Rafhanah yg merampas kerusi dari kakaknya (sblm tu dia duk atas riba),tersembam jatuh ke lantai.Seterusnya,suara terkejut aku saja yg kedengaran menyebabkan satu baris penonton di depan kami menoleh kat aku.Seterusnya,suara Rafhanah meraung menyebabkan satu
panggung gegak gempita,maka aku terpaksalah bagi "upah"kat dia kat situ gak.Nasib baik pompuan yg duk sebelah aku.Dan nasib baik jugak takde penonton yg maki aku.Maybe maki jugak dalam hati,takpelah,tak dengar tak kecik ati.hehehehe
Keempat,Rafhanah jugak ketawa bila ada scene kelakar.Tapi dia ketawa masa org dah berenti ketawa.Kuat pulak tuh.Sekali lagi budak cina depan tu toleh kat aku.Jumlah keseluruhan dia toleh kat aku mungkin lebih 50 kali.
Huhuhuhu,demikianlah pengalaman paling letih aku kat dlm panggung wayang.Sebelum ni dah dua kali dah bawak dia,okey jer.Lagilah yg dulu tu tgk citer The Avengers dan MIB3,elok jer diam siap tertido lagi.Kali ni memang disaster habis.Tobat dah aku,padan muka aku,huhuhuhu.
Nasib baik citer best.Tanpa adegan ranjang seperti filem Melayu masa kini,ianya satu citer yg sgt berbaloi untuk di tonton.
Sekian saja laporan untuk hari ini.Babai

Friday, 15 June 2012

Jerebu di Shah Alam

Lepas solat subuh,tengok bantal dan selimut...
Rasa cam di panggil panggil..
Puas cuba menolak godaan,tapi x berjaya,hehehe
Pukul 7 pagi..
Lakiku kejutkan aku..
"Jom Yang,bangun jom,kita gi jogging nak?Aritu kata nak amal gaya hidup sihat,"dia mengajak disertai dengan perli-perli.
"Takyahlah,malas,"aku bukak sebelah mata je sambil tarik selimut.Tak lama lepas tu aku tgk dia pun tertangkup atas tilam jugak.Heh,jogging lah sangat,kuikuikui.
Jaga tak jaga kul 8.30 pagi,tu pun sebab si kecik yg kejutkan aku."Yak!!!"katanya,bermaksud buang air besar.Wah,sgt sopan ayat aku.Mata sgt berat,kebetulan adik ipar aku tgh gosok baju.
"Suruh Acah basuhkan,"kata aku pada si kecik.
"YAKKKKK!!!!!!"Dia jerit pulak dah.Terus aku bangkit.Bawak dia kuar bilik.Check pampers.Dia auta aku rupanya.Dengki le tu tgk aku sambung tido,huhuhu.Last,lakiku tolong mandikan dia,aku siap siap pastu terus masuk dapur,masak nasi lemak.
Dah siap melantak,basuh baju dan kemas rumah,aku pun lepak baca berita online.
Baca berita pasal jerebu.
"YaAllah,syukurlah tak tergerak hati nak kuar jogging.Shah Alam punya IPU dah 100 lebih,"ngomel
sendiri.Kononnya lah!!!!!!!
Hehehehehehehhehe
Kalau dah dasar malas,setiap kejadian ada jer nak dijadikan alasan.Hmm,jgn contohi aku.
Ku sangkakan panas sampai ke petang,rupanya jerebu di tengahhari.
Petang ni gi Sunway..ngeh ngeh

BREAKFAST UNTUK ANAKANDA TERCINTA

Aku sangat rungsing kalo anak-anak takmo makan.Nak nak kalo breakfast.Kalo cekeding,takut tak cukup zat plak deme nih.Sapa yg kena nanti? Akak jugakkk
So,aku try lah nak menghias makanan deme ni dengan harapan diorg lebih berselera.Gigih pegi beli barang kat Giant semalam.Ha,hari ni,aku nak jadi Chef omputih...esok esok Chef melayu lak,masak nasi lemak.Ari ni menu mat salleh gitu...Penkek Strawberi Citrawarna...ahaks,nama kene ada unsur kemelayuan sket,kang dituduh lupa jatidiri plak heh.


Penkek tgh di sediakan

Siap 3 keping

Proses menghias bermula
 Giler buruk potong stoberi tu...nak buek cano,tangan tak dibedung kut dulu...ahaksss


Haa...tadaa..cantik kan hiasan penkek aku...macam setan... ( ayat ni copy dari dialog filem Labu Labi,merujuk kepada kereta Haji Bakhil)



Tiga set siap...

Amani sgt suka..saya suka saya suka

Hakim yg jobo
Si Hakim ni memang tak berapa nak termakan ngan tipu helah aku nih.Ada ke patut dia kata sos coklat tu kicap.Haram dia taknak makan yg dah berhias tu.Seb baik aku goreng lebih satu penkek.Yg kosong tu ajerlah pilihan ati dia.

Adik mamai baru bangun tido

Baru bgn pun tetap selera nak makan
Alhamdulillah,seronok tgk diorg suka makan.Sebelum ni pernah buat penkek tapi sebab takde hiasan ( balik-balik aku sapu jem atau peanut butter jer) jadi diorg makan pun kengkadang abih,kengkadang separuh ajer.Kali ni,si Amani siap request aku buat lagi.
Carik resepi nak hias nasik plak...ngeh ngeh ngeh

Thursday, 14 June 2012

BESDAY PARTY AQIL...

Sebelum balik ke Shah Alam hari tu,sempat attend birthday party Adik Aqil,sepupu aku.Kecik lagi sepupu aku means aku muda lagilah... ?? kaitan???
Adik Aqil ni anak bongsu kepada seorang anak bongsu jugak yg aku panggil Moksu a.k.a Errrrkkkk...emak sedaraku yg banyak berjasa kepada aku masa aku belajar kat Penang dulu.Dia lah pengganti omak den,Ah Long bila aku kehabisan duit PTPTN ( kadang-kadang aku paksa dia halalkan ajer ) ,Tukang beleber ( dlm bahasa KeyEll nya berleter ),Tuan tanah kedaung bila aku tak dapat tempat kat hostel,Tempat aku pau makan sedap-sedap ataupun bawak aku gi melancong..hohohoho.
Jadi,sangat durhaka kalau aku tak attend party nih...hehehehehe

Tak dpt hantar via MMS (sbb henpon aku hampeh),gigih dia antar email tau
Pagi Sabtu,aku dah siap pack barang-barang nak balik Shah Alam.Letak satu tempat pastu terus menuju ke Pantai Batu Buruk.

Rafhanah tgh blow kiss untuk Abam Aqil

Kek Angry Bird yg telah dicucuk oleh kekanak yg hadir

Meriahnya makanan
Masa sampai,makanan dah siap terhidang..cantekkk,aku dah lapo nih.Kat umah makan sikit jer nasi goreng konon sebab nak makan lagi.Tapi takkanlah gelojoh nau nak terkam makanan.Control macho sekali ngan control bunyik perut...

Hakim dah ready pakai topi
Anak-anak aku sgt lah excited bila aku cakap diorg nak attend satu besday party.Pat kali sebetor ( bhs Trg maknanya kejap kejap) duk tanya bilanya,bilanya? Sampai tension aku di buatnya.

Sumer dah ready

Makan Time...

Dapat belon
Nampak itu budak belah kanan tu.Sian dia, emak dia tak dapek nak attend party nih sebab ada final exam.Jadi,Umi ( mak aku) lah tempat dia menumpang kasih.Sangat behave sekali,good girl Damia..mesti dia takut kena buli ngan Ibu Long dia yakni aku lah...hahahahaha.Jgn marah ah Fiey...

Ni lah besday boy!!!
Ni lah besday boy yg encem!! Dia encem sebab mewarisi kecantikan sepupunya yg super gojes...yakni aku lah...hahahahaha...lagi sekali,kaitan??? Mesti moksu marah aku nih dan ayat dia mesti berbunyi begini " Aku leloh leloh beranok ke Aqil,sedak jer kata nurung dia,erkkkk"

Party is about to begin...

Budak baik hari tu..Damia

Tak sabar sabar anak aku nak makan...sian,lapar ye nak?

Besday boy lawan pedang ngan Hakim

Dia satu satunya budak bertahan pakai topi tu sampai balik umah.Yg lain sumer koyak

Pastu,tibalah masa maskot A&W naik...masa nih,almost 80% tetamu kecik ketakutan tgk bear punya bapak besar.Ada sorg anak sepupu aku,Si Qisya,sampai tergedik-gedik kaki dia atas dukungan macam nak lari bila mak dia datang dekat bear nih.Gelak kitorg tgk.Dengan gedikan dan libasan kaki dia,kalau letak kat dalam air kat Pantai Batu Buruk tu,harus berenang sampai Pulau Kapas...hahahahahha.Si Damia lagi kesian,masa ada Bear ni,Acu ( adik aku) yg ditugaskan untuk jaga dia tgh sibuk snap gambar,tahu tahu dia dijumpai tgh terperosok celah dinding sbb takut.Saman Adik Fiey...aku menghasut nih.
Si Rafhanah nampak Bear nih menuju ke arah dia,terus meraung...si Hakim terus ilang ntah ke mana.

Amani sorg jer nak bergambar..adik-adiknya lagi rela duk belakang aku.

Rafhanah dalam cubaan nak melarikan diri
 Aqil potong kek dengan sepupunya ( belah Daddy dia ).Ha,pastu nampak budak yg tgh dukung Rafhanah tu,Aiman nama dia.Kalau ada sesape tgh cari calon menantu ker,calon laki ker ( tapi lambat sket lah pasal dia sekolah lagi) aku memang recommend sebab dia ni boleh jadi ayah yg baik.Dia sangat suka melayan budak kecik.Promote nih,promote...

Ha,tu lah moksu aku..yg nampak lengan tuh..woh,katang nggoh..hahahahahha

Game time..main rebut kerusi

Besday boy menang...
Besday boy yg menang...mesti ada konspirasi yg di atur oleh emak beliau untuk membolehkan dia menang...hahahahahaha...larikkkk!!!!!

Amani dpt no 3

Aqil beraksi manja ngan Bear

Nilah adik bongsu aku...katang dok angkat dua-dua sekali
Hahaha,sangat meriah dan seronok sebab boleh berkumpul sedara mara.Budak-budaklah yg paling seronok sekali.Aku tak banyak tepek gambar org dewasa di sini mahupun moksu sebab tak mintak izin lagi..hehehehe,kang diorg saman aku plak sebab diorg sumer pemalu...muahahahahaha.Budak tecik takpe,diorg tak tahu mintak royalti.
To Adik Aqil,Happy Birthday...We Love You....

IKLAN HAPE NIH?

Duk ngadap TV sambil lipat kain baju..typical housewife,hehehehe.Org lain nengok wayang kunyah popcorn,aku tgk TV lipat kain...ko hadoo? Hahahahaha.
Layan citer Waris,sambungan dari citer Kekasihku Seru lakonan Emelda Rosmila.Aku suka tgk citer Kekasihku Seru tu sebab ...err...sebab citer dia best lah kut.Lagipun aku suka tgk Emelda ni berlakon.Cara dia bercakap tu yg best.Lagipun ada Umi Aida,I loike.
Hakim pun keluar dari bilik," Ibu,citer apa nih?"
"Citer hantu..." 
Tau tau ajer dia duk nyorok kat belakang aku...hehehe..terpaksalah aku explain
" Hakim takyahlah takut.Ini cerita ajer,bukan hantu betul betul pon,"
" Eii,Hakim takutlah ibu,"
"Dah,kalau takut,gi main dalam bilik sana,buat hape ko menyorok kat sini," ( Nada sama ngan Nyonya Mansor dalam pilem "Ibu MertuaKu")
Tak lama lepas tuh,biasa ler TV3,citer 5 minit,iklan 15 minit.Tension aku tau.Terencat mood aku.Kalo ikut geram,mau saja aku lunyai lunyaikan kain baju kat depan aku,tapi nanti sapa yg susah?? Aku jugaaakkk.
Sekali ada satu iklan...hmmmm...macam familiar
Dalam iklan tu,ada sorang budak pompuan,tgh duk ngan member-member,pastu menari-nari sesambil tukar baju.Macam -macam baju ader,ada baju cam org keje hotel,baju korporat dan ah,mcm-mcm lagilah.Mcm video klip Hindi...yg back up dancer pun sikit punye meriah.
Aku ingat iklan Akademi Fantasia...tapi takkanlah tayang kat TV3.Lagipun,Astro kan dah announce takde lagi AF.Pastu nampaklah tulisan tulisan kat iklan tuh,"Fakulti bla bla bla blatakbolehblahblahlalu"
Cess,iklan Kolej rupanya...
Itu hari ada satu iklan kolej ( kolej lain la) ,pun cenggini jugak.Tiap kali tukar fakulti,time tu lah dia tukar baju sambil pegang mcm-mcm instrumen ntahhapemendeadeakukesah.Sambil nyanyi nyanyi.
Tadak idea ke hangpa sumer nih? Hampa aku lah nengok iklan gini.Aku syak,dua dua kolej ni lantik org yg sama utk buat iklan nih.Takde modal,balik-balik nyanyi dan menari mcm budak AF.Nak masuk kolej kena menari bagai ke haper? Think positif lah,nak tunjuk betapa gembiranya masuk kolej.
Pfffttt...kreatif lah sikit..buhsaaaannn...samalah cam iklan satu jenama ubat gigi tuh.Jalan citer sama,yg tukar pelakon dia dan tempat shooting..boring.Takde ker agensi pengiklanan yg kreatif sket? Jarang nak jumpa iklan yg menarik,kebanyakkannya boring sgt.Ada tu ada lah,tapi tak banyak.Ishhh,aku ni byk sgt komplen,kang kalau disuruh buat iklah,haram tak reti pun.Hehehehehe
Jangan nanti bila anak aku dah nak masuk kolej,dia confuse antara iklan program TV ala-ala AF dengan iklan Kolej.
Layan iklan Siam lagi bagus...

MAT SALLEH NAIK BESKAL KAT RUSILA...UIH,PANJANG SKET TAJUK HARI NI TAPI CITER PENDEK AJER

Kreatif...

Gambar ni aku snap masa on the way nak gi birthday party Aqil,sepupu aku.Satu family mat salleh ni dah modified beskal ni dijadikan sesuai untuk bersiar-siar.
Kagum aku ngan kesungguhan diorang...comel jer dia decorate belah belakang tuh..hihihi




Angry Bird
 Yg ni ayahnya tapi aku tak sure apa menda yg kat belakang,samada dia buat tempat isi barang ke apa ke...Mak aku cakap mcm stroller baby tapi tak tahu lah sbb x nampak sbb lepas tu ada kete duk hadang.Seb baik sempat snap..cess


Mak ngan anak..beskal tu melekat sebenarnya
Rajin dorg berbeskal tengah panas macam nih..

Wednesday, 13 June 2012

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 2

Percutian ke Terengganu part 2...
Takde apa yg menarik sangat aku nak citer pun sebab selain dari pegi Pantai Marang dan Kelulut,aku hanya lah melepak kat umah ajer.Gile malas nak keluar jalan-jalan.Aku cuma ikut bapak dan adik aku gi beli barang kat Bandar Marang atau Kuala Terengganu ajer.
Yang aku nak tepek gambar-gambar hari kedua kat Terengganu.Masa ni laki aku tak balik KL lagi.Dia just hantar aku balik Terengganu jer,nak balik Shah Alam,bapak aku tolong hantarkan.Huh,diva sangat...
Kalau laki aku ada,baru semangat sket nak jenjalan,sebabnya,dia lah semangat sgt nak kuar round round.Aku nak round hamendanya,sejak kecik lagi aku tgk laut.Lahir pun kat rumah mengadap laut...ko hado? Hehehehe.Tapi,seumur idup tak pernah pun jejak Pulau Redang atau Pulau Perhentian.Cess,buat malu kat Fasha Sandha ajer lah...hihihihihi...
Meh layan gambar...sikit jer pun..tak sempat juling dah abeh dah stok gambar aku nih...


Fokus pada awan...dah gelap
 Sepanjang aku kat sini,boleh kata hampir setiap hari hujan.Tak petang malam,tak malam pagi...gitu lah seadanya.Alhamdulillah...sejuk bila tido..

Gamba awan lagi
Encemnya laki aku...eh,awesomenya awan
Dah gelap giler



Masa ni,aku dah ajak laki dan anak-anak aku gerak ke gerai makan berhampiran.Selain dari berlindung dari hujan,dapatlah pekena sotong celup tepung lagi.Lepas gambar yg ni,takdenya aku gatal nak gi snap gambar lagi dah.Kamera dah lah cap ayam,jap gi sambar petir jadi kamera cap ayam panggang pulak,tak ke haru.


Org lain sibuk main pasir,si kecik tak sabar2 tarik ayah ngah menuju ke laut
Ni cerita hari ketiga.Lakiku dah balik Shah Alam...sob sob sob,tapi percutian harus diteruskan.Sebagai mangsa,adik aku,wife dia dan anak-anaknya diheret ke pantai.Hehehehe...

Anak anakku dan anak2 sedaraku yg kiut miut belake
Cam dating lak Rafhanah dan Ayah Ngahnya
Eh,dah bertambah plak yg duk kat gigi air nih?
Semua dah tergolek dalam air
Si kecik ni jadi org first masuk laut
Suka sangat si kecik dapat mandi laut untuk kali pertama.Sampaikan bila time nak balik,dia boleh jerit tunjuk kat laut ," Nak Andi...nak andi..!!!"
Sian dia..tak puas berendam.Lepas tu takleh mandi laut lagi pasal tiap-tiap petang ujan.Sian sangat...
Sekian laporan percutian saya ke Terengganu Darul Iman...hahahaha,kat Marang jer sebenarnya....sowwwyyy

TOLONG AMBIK PERHATIAN JPJ ...

JPJ...meh tangkap dorg ni...bawak keta lebih muatan...Dah lah takde lesen,di angkutnya pulak penumpang ramai-ramai....no plat pun takde,tali pinggang keledar pun takde.Takde yer,bukan tak pakai.Banyak betul lah kesalahan undeng undengnyer(slang Ahmad Nisfu).


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Hahahahaha...anak sape lah nih...

MINUM

Cuaca sangat panas dua tiga hari ni.Nak hujan kut,membahang satu macam jer.Jadi,untuk mengelakkan aku anak beranak "ter"dehydrate,aku dah sediakan dua botol air yg sentiasa di top up supaya penuh.



Satu untuk aku,satu untuk anak-anak..comey kan?

Bibir aku dah makin teruk menggelupas,sampai berdarah darah dah,so semalam aku tibai 4 botol air masak.Harap-harap next week ada lah hasilnya.
Untuk anak-anak,aku letakkan botol air tuh kat kabinet TV,senang nanti bila depa duk main kat hall ke,tgk TV ker,agak-agak haus,bolehlah diorg minum.Hakim plak asyik bodek nak minum air sejuk.Sesekali aku bagilah,tapi most of the time aku bagi air masak sebab dia ni asyik batuk.
Harap-harap petang ni hujan....

NAPER AKU TAKLEH JADI CIKGU

Tengah hari tadi,Amani mintak aku ajarkan dia buat homework.Ah sudah...aku kata dalam hati.Bukan sebab tak tahu nak ajar,tapi...errr...nih nak citer pasal apa aku takleh jadi cikgu.
Baru ajar dua tiga baris..darah pahlawan aku dah start mendidih.Tambah plak dengan suhu panas skang ni,dah menggelegak jadinya.Sampai rasa nak meletup-letup badan aku menahan nafsu amarah.Darah pahlawan ni,kut disalurkan ke jalan yg benar,dapat gak mati syahid,ini tidak.Sabar..sabar...Amani tu baru jer 6 tahun pun,tadika jer plak tuh,naper nak emo emo sangat kan? Sampai terketap-ketap lah gigi aku menahan kesabaran dari menjerit,sikit jam lagi harus black out,aku plak yg pitam kang.
Tapi,itulah kelemahan aku...sangat tidak penyabar untuk mengajar budak budak.Agaknya kalau aku jadi cikgu,ntah baper ramai budak aku lontar kuar tingkap jap lagi,heehehehe.Tak pasal-pasal anak org masuk hospital,aku plak masuk court,kene saman.Muahhahaha.
Aku pernah ajar adik bongsu aku subjek Matematik..bab bundar membundar.Sampai skang,bab tu memang dia takkan lupa sampai bila bila.Punyalah garang tahap neraka.
Walaupun cara aku berjaya buat adik aku expert bab tu,tapi...baik toksah mengajar langsung.Trauma plak kang.Itu ajerlah satu bab aku ajar,pastu haram sampai sudah dia tak mintak tolong aku lagi.Kesian ko kan dik....
Aku kenalah jugak kawal sikap tak sabar aku nih.Takat nih,Alhamdulillah lagi lah,anak-anak aku takder lah sampai tahap berbirat badan,cuma suara high pitch ala-ala Ning tu masih belum boleh kikis lagi.Aku tgh gigih berusaha ni.Lagipun,anak-anak tgh membesar ni,sumer yg kita buat dia akan copy nanti.
Ada kawan aku suggest,since aku duk umah jer,baik jadi cikgu tuisyen.Ishh,tak bley tak bley...udahlah aku tak tahu teknik mengajar,sawan plak budak tu nanti...hehehehehe.
Apa-apapun,aku memang tabik dengan cikgu cikgi nih.Bagi aku,diorg ni sgt penyabar.Mengeluh sikit sikit adatlah..bukan robot,ye dak.Tabik cikgu!!!

Tuesday, 12 June 2012

ARTIS?? APA ITU ARTIS??

Masih lagi duk berjaga tetengah malam buta nih.Biasa ler,time cuti sekolah jer,jadual tido pun lari tune lar.Biasanya hari-hari biasa kami anak beranak tido awal.Time cuti sekolah,aku bagi lah kelonggaran kat anak-anak tido lambat.Almaklumlah,aku pun penah sekolah gak dulu...sangat memahami.Bila anak tido lambat,takkan aku nak ngekeng tido,haruslah berjaga sekali sbb anak-anak aku belum mummayiz ( ntahhapebendeakuejadaaa) lagi.So,bila dah start hari sekolah balik..aku plak yg xleh tukar habit.Anak-anak aku semua dh selamat tergolek..huhuhuhu..
Panjang giler mukadimah..ntah sapa peduli pun...huhuhuhu...
Bila dah mata terjegil gini,tetiba perut wat hal pulaksss...adusss.Dah siap "urusan",tetiba lapar plak.Goreng telur makan ngan roti + sos cili + mayones...hehehehe.Dah buang,top up pulak..hehehehe.Huh,ciri-ciri org yg annoying kat FB ( sumber: tak ingat ),hal masuk tandas pun nak citer.
So,sementara nak tido,aku layan lah blog Beautifulnara...( keji..org xleh tido solat tahajud ker,mengaji ker,aku layan blog hiburan),terbaca lah berita pertelingkahan 3 artis (artis kerr???) baru dan komen dari Presiden baru SENIMAN,Jed Jaidi..
Cerita mcm tu buat aku tergelak sampai nak tercirit lagi sekali...hoi..rentikan sikap annoying mu citer pasal toilet lagikkkk...tapi betul pun...lepas tu aku lepak kat situ lagi.
Kengkadang aku rasa nak suggest kat wartawan supaya jgn bubuh panggilan "artis" kepada "selebet"riti seperti mereka.Sebab,mereka bukan orang SENI sebenarnya.Mereka paham ke tidak ntah maksud "ARTIS" tu.Pangkalnya adalah "ART".Untuk taraf org mcm aku yg tak tahu sangat pasal art ni,pada pemahaman aku ialah org yg mempunyai nilai seni,menghargai seni,menghayati seni dan menjadikan seni itu sebagai sesuatu yg indah.Orang seni setahu aku mempunyai jiwa yg halus dan tak suka bertengkar sebab itu boleh menganggu konsentrasi seninya.Boleh membunuh sifat kreatif dan ketelitiannya.Wah,sangat sasterawan negara aku hari ni..ni lah bahananya minum Horlicks tetengah malam...hahahahaha,iklan jap ( Doktor suggest suh minum Horlicks sbb byk vitamin katanya,jadi vitamin tu telah bertindak menjadikan aku seorg sasterawan mlm ni)
Jadi diorg ni semata mata pelakon yg hafal skrip , sebutkan balik bait bait skrip tu yg pada aku kalau tiang lampu pandai bercakap,ia akan dapat award "Most Promising Actress / Best Actress".Dan popular kerana citer-citer kontroversi semata.
Dahlah, banyak-banyak kang mengutuk...dosa makin tambah.Dah lah dosa sedia ada pun dah banyak,lagi mahu tambah.Jadi aku tutup tab Beautifulnara,bukak video Ustaz Azhar...oh,keinsafan melanda.
Tapi aku percaya,kematangan akan datang juga pada mereka dan aku sekali,seiring dengan keinsafan.Harap-harap datangnya sebelum kami menutup mata,Amin.
Dah...dah...gi tido...dah lewat nih!!

Monday, 11 June 2012

Belanjawan

Cuti sekolah dah tamat..
Maka tamat lah jugak percutian haku,hahahaha..
Masuklah "opis" balik,sementelah anak anak dh start sekolah..
Selain jadi tukang kemas,tukang masak,supir,aku jugak adalah "akauntan"..hehehehe.
Since balik dr kampung,aku settlekan keje umah jer,takde masa lagi nak settlekan akaun.Kul 12 tadi,bila dh settlekan si tecik tu tido,aku terus bukak lappy dan start buat bank recon dan akaun perbelanjaan.Bunyik cam gempak,belanja rumahtangga pun nak reconcile bagai.Tapi,kena buat jugak.Memang dari memula kahwin lagi,aku memang rekod perbelanjaan family,jadi aku tau,mana pegi duit kami dan senang jugak untuk kitorg plan apa apa.Udah aku pun mmg budak akaun,hahahaha,beli barang dapur pun aku rekod bagai.
Tapi ada byk gunanya.Laki aku merangkap prime minister tahu keluar duit jer.Pastu,bila duit dia kering,dia tuduh aku seleweng dana,kecik ati tau.hahahaha,gurau jer bang,jgn mare haaa.So,aku akan rekodkan semua bil bil yg dibayar dan belanja lain.Pastu,tunjuk kat PM sebagai bukti aku ni menteri kewangan yg jujur,hihihi.
Tapi,Alhamdulillah,dengan cara ni,pepandailah kami nak rancang financial kami especially lepas aku berenti keja.So,kitorg kena bg priority bende2 yg penting dulu,dapat cari jln utk cut cost,rancang budget bila shopping dan paling penting,savings.
Nantilah aku bebel pasal belanjawan.Dah kul 2 pagi dah.Mahu kroih kroih.Kang esok terlajak plak,suka lah anak anak aku dpt ponteng sekolah.
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Monday, 4 June 2012

KEMPEN KEBERSIHAN

Sepanjang duk sini,boleh kata hari-hari lepak kat pantai...almaklumlah,dah lama tak tgk laut.hehehehehe.Ada masa layan anak-anak main pasir..ada masa tetiba aku kat dalam laut...eh.Tetiba plak...
Tapi,satu jer yg spoil aku punya mood..
Tetengah cari port baik nak bentang tikar,tetiba aku nampak sesuatu...
Pampers budak...pampers yg dah pakai lah..elok jer terbentang kat tgh tgh alam.Hangin lah jugak..
Aku pun tak paham lah jenis-jenis org yg macam nih.Dia ingat apa? Kat pantai awam mcm ni,ko expect ada Pekerja Majlis datang kutip pampers anak ko masa tu jugak? Ko expect diorg berdiri mcm pelayan kedai mamak ready nak amik order? Buang jer pampers,zassss,terus ada org datang kutip sambil ucap time kasih...mcm tu? Kalau aku lah jadi pekerja tuh,aku tikam dah ngan kayu pencucuk sampah tu...takde sivik sangat.Dalam laut plak aku nampak plastik terapung.Tau tak plastik tu lah punca penyu banyak mati sebab ia sangka plastik tu obor-obor?
Aku teringat keluhan seorg cleaner kat R&R mana ntah,aku tak ingat.Masa tu aku tgh salin pampers anak.Dia masuk dan mengeluh tgk ada org letak pampers budak kat bawah sinki padahal sebelah tu ada jer tong sampah.Katanya," Akak ni bukan nak merungut apa dik,memang lah ni kerja akak pun.Tapi,perangai org ni,tak ada rasa tanggungjawab langsung,"
Aku cuma senyum tak kata apa.Apa yg dia cakap tu betul.Memang betul dia di bayar untuk bersihkan tempat tu,tapi kalau sampai tahap tong sampah pun dah tak kenal,memang melampau.
Kalau aku perhatikan,kalau nak compare dengan 10 tahun dulu,kualiti tandas awam kat Malaysia ni dah semakin baik.Kalau dulu,berhenti kat perhentian,aku sanggup tahan kencing,kena batu karang pun redha dari nak kencing pastu muntah darah mcm kene santau.Tapi,aku tak rasa ianya disebabkan mentaliti kita sebagai pengguna yg dah berubah,tapi sebab pihak pengurusan yg dah mampu upah pekerja bersihkan tandas 24jam tak berenti.Siyes cakap,kalau pekerja -pekerja ni tak ada,tahap tandas awam tetap macam tu jugak.Nak tgk contoh mudah,cari satu toilet yg well mantained mcm tandas R&R dan pergi tandas awam yg cuma ada sorg makcik tukang kutip duit cum cleaner,bandingkan.Tetaplah sama...
Aku bukanlah pembersih tahap mega dewa dewi sampai habuk sebijik pun allergic,tapi dah sampai masa kita ubah mentaliti yg mengatakan tempat awam tu bukan tanggungjawab kita.Tak usah tunggu pekerja-pekerja pembersihan nak buat segala-galanya untuk kita.Aku kengkadang menyampah bila ada org keluar ayat " Abih tu apa guna cleaner,bukannya tak bayar gaji.Itu mmg kerja diorg"
Ni bukan masalah dia dibayar gaji atau tak,tapi ni soal mentaliti dan sivik kita.Aku pernah sekali pergi berkelah kat air terjun...kat mana ntah,tapi kat Selangor lah.Nak cari port sikit punya seksa sebab sumer tempat penuh ngan sampah sarap.Nak makan pun loya.Last,dpt lah satu area atas batu.Elok abih mandi manda,tetiba hujan.Dengan lecak,mmg tak selesa langsung.Kitorg pun pergilah nak salin baju..memang terkejut aku bila tgk keadaan tempat salin baju tuh.Dengan lantai berlumut,siap ada sarang tebuan kat atas bumbung lagi,tisu bersepah.Aku rasa cam nak balik ngan baju basah tu jer.
Itu first and last aku pergi berkelah kat tempat air terjun tuh.Tak hairan lah kat tempat tu ada penyakit kencing tikus tersebar...jgn lah buat statement pelik,naper byk sgt kes penyakit kencing tikus kat kawasan air terjun.Pegi sendiri baru tahu.Masing-masing aku tgk tanpa rasa bersalah,lepas berkelah,main tinggal jer sampah dan sisa makanan basah serupa hutan lipur tu atuk dia yg punya.
Hari tu,masa kat highway,tgh baik punya pecut,tetiba...splattt,ntah mana dtg chewing gum melekat kat cermin depan keta.Hangin jer laki aku.Mana dtg plaknya chewing gum ni? Tak tahu lah kut kut burung zaman skang sambil terbang kunyah chewing gum ataupun dah bermutasi berak kuar chewing gum.
Jadi mari mulakan kempen menjaga kebersihan tempat awam... hehehehe.
Tipsnya mudah:-
1) Sebelum gi berkelah,make sure bawak plastik.Nak bagus lagi bawak plastik sampah sekali.Sisa makanan,buang dlm plastik berasingan.Pastu,kalau tak jumpa tong sampah,bungkus elok elok dlm suratkhabar,pastu masuk lagi dalam plastik supaya tak berbau.Pastu carilah tong sampah berhampiran
2) Kat R&R kalau kau kata tak jumpa tong sampah,sila jumpa Doktor mata.Kalau agak-agak tong sampah dah penuh,inform jer kat pekerja dia.Kalau malas,cari tong sampah lain,which is aku rasa bersepah banyaknyer.
3) Cubalah anggap tempat awam tu mcm rumah sendiri.Kau nak tido terguling terlentang mesti lah nak bersih kan? 
4) Dah tahu anak tu berpampers,tak reti-reti nak bawak plastik spare in case takde tong sampah kat area ko pegi tuh.
5) Kalau kat dlm keta,kumpulkan sampah dlm satu plastik khas.Ikut logiknya,takdelah kau nak kedarah nasi beriyani kat dlm keta kan,mestilah makanan kering cam jajan,kopok dan kacang jer kan.Dah penuh plastik,ikat ketat-ketat pastu jumpa tong sampah,buang.Simple.Bukan ikut sedap rasa buang ikut tingkap..
Banyak dah aku bebel..Langkah-langkah kat atas tu bukan saja-saja aku taruk.Memang tu yg aku buat pun.Sematkan dlm hati,kalau kita tak suka,org lain pun tak suka kalau kotor.Jgn nak harapkan ada org nak tolong buatkan semua untuk kita.Kita pun patut menyumbang sekali dalam usaha nak jadikan Malaysia ni bersih.Mungkin pada kita rasa biasa lah tandas kotor,pantai kotor,kawasan air terjun kotor,tapi pada pelancong asing? Kerajaan kemain kempen nak pelancong asing masuk,tapi kita tanak amik bahagian langsung.Sumer nak harapkan kerajaan buatkan,sediakan untuk kita.
Segalanya bermula dari kita..bukan susah sgt nak buat.Mungkin kita rasa kalau takat kita jer yg buat takde effect,takpe.Sekurang-kurangnya bila kita buat,anak kita akan copy perbuatan kita.Maybe jugak org-org sekeliling akan contohi kita.Effect maybe tak nampak sehari dua,maybe bertahun.
Apa-apapun..hanya kita yg kena berubah...

Sunday, 3 June 2012

THE REAL ANGRY BIRD

Nih sapa pedajal anak aku nih hah??!!!!




Ni baru real Angry Bird...

Aku suh posing,terus menonggeng

Angle tepi...hehehehe
Ni keja adik aku la nih,dia gi masukkan bola dalam baju anak dara kecik aku nih,kehkehkeh...member plak rilek jer ke hulu ke hilir dgn badan kembung lagu tuh...

Saturday, 2 June 2012

PERCUTIAN KE TERENGGANU

Selamat tiba di Terengganu,Alhamdulillah....
Pukul 4.30 petang,dah sampai kat Kelulut sebenarnya,lagi 5 minit jer pun nak sampai kat umah mak,tetiba laki aku ajak minum dulu...sakit pungkoq katenye...I tak kesah pun..sebab pungkoq aku pun dah bukan takat kebas bersemut lagi dah...dah tahap anai-anai kala jengking segala dah.
Biasala,duk minum tepi pantai...dihidang dengan panorama indah mengadap Pulau Kapas,Subhanallah,aku berbangga lahir di Negeri yg cantik dan jadi tempat tumpuan pelancong..hehehehehe...tak salah kan aku nak bangga dengan negeri kelahiran aku nih.Sebabnya,tiap kali balik Trg,laki aku mesti berlagak ala-ala tourist,hehehehehe.
Meh layan gambar...tak cantik sgt dlm gambar sbb kamera cap ayam kan,tapi kalau live..memang mendamaikan...

Meh kakak along,kita maen cikgu cikgu nak?

Tulis nama atas pasir
Keluar jer dari keta,anak-anak aku terus start Projek Pasir,kemaruk sgt kat umah sendiri mana nak jumpa pasir melainkan balik Rembau atau Trg.

Pemandangan dengan bot nelayan...uih..pronye aku amek gamba..hahahaha
Pulau Kapas



Aku tak tau pesal anak aku suka sgt posing cenggini...   
Ha ha ...tak tahu...
Tiga-tiga posing...

Kat warung ni, tunggu kejap jer,makanan dah sampai.Kebetulan memang tgh kebulur sbb tak berenti makan pun,jadi sental ajerlah cepat-cepat.Anak-anak plak dah kenyang makan bekal nugget aku bawak dari rumah so diorg tak layan sgt nak makan.Tinggal si kecik jer duk ngadap kopok lekor ni,tu pun kejap ajer.Lepas tu,dia join abang n kakak main pasir.

Nak makan kopok lekor


Air Nyor...
Sotong celup tepung..sedap jugak..

Pastu,tengah syok makan-makan sampai lupa anak kejap.Tahu tahu anak dara kecik aku dah elok bertimpuh atas pasir...dia plak jumpa satu mangkuk kecik,boleh plak dia buat sesi minum petang makan pasir.Anak oh anak....


Jemput makan...makan pasir

Tambah daun sket dalam resepi
Ada banyak gambar lagi tapi besok-besoklah aku tepek kat sini.Bukan apa,tension aku Terukband aku punya kelajuan cam siput babi baru lepas pantang.Nak upload gambar pun satu....satu....terhegeh hegeh..haishhh....
Kat Terengganu skang ni memang tgh jammed dan busy sempena musim cuti sekolah ni.Yerlah,dgn org datang melancong,pi kenduri dan mencandat sotong.Chalet,hotel dan homestay sumer penuh.Jadi...
Perjalanan balik ke Marang yg sepatutnya 5 minit...bertukar jadi 15 minit...