Thursday, 28 November 2013

HAIRCUT YG SGT DISASTER

Assalamualaikum....

Hari tu...aku rimas sgt tgk rambut Rafhanah yg dah panjang sampai tutup mata.Aku nak bawak pergi kedai gunting rambut,manjang daddynya sibuk...

Kadang kadang aku pun lupa nak ingatkan laki aku suh bawak gi kedai.Nak pergi sendiri,tak dapek lah nak membawak askar 4 org...

Jadi,aku dgn mandai mandainya cuba potong sendiri....ni lah hasilnya.....





Pastu kene marah ngan daddynya dan mengundang kritikan dari masyarakat sekeliling....hehehe.

Ada aku kesahnya pun...hohoho.Nasi telah menjadi bubur.

Tu tak kisahlah lagi...org lain komplen aku boleh buat tak tahu jer...tapi bila empunya badan sendiri komplen,tertusuk hati tisu ku...huhuhuhu.

Yang peliknya, dia komplen selepas sebulan rambut dia kena potong.Sebelum tu redho jer...ke sana ke mari riang gumbira ajer.

Alih alih hari tu dia ckp ngan aku...
 "Apalah ibu otong amut akak hanah ni?Tak omey!!!" (sapa rajin bolehlah try translate)

Aku syak ada org hasut dia nih....

Hehehehe....Sorry Akak Hanah...
























Wednesday, 27 November 2013

MINTAK DIJAUHKAN DARI MUSIBAH INI

Assalamualaikum....

Nak merepek apa di malam yg sepi Pak Amat jual topi nih?

Aku nak share pengalaman kawan aku baru baru ni kena ragut.Masa tu dia baru keluar bank tapi tak withdraw duit pun sebab org ramai.Husband dia masa tu tgh cari parking.Elok jer dia nak ke kereta..tetiba ada peragut try nak ragut handbag dia.

Tapi,Alhamdulillah...cubaan tak berjaya.Tindakan reflex dia utk rentap balik bag tu buatkan cubaan ragut tu gagal.Dan,dia pun tak dicederakan...cuma tgn kiri dia sakit lepas tu.Syukur Allah lindungi sahabat aku...

(Apasal ayat aku cam pembaca berita?)

Malaysia masih aman?? Kalau dalam keadaan mcm ni memang aku nak bagi penampar jer sapa yg cakap mcm tu but looking at the bright side ( betul ke ayat aku..tak tau tapi nk gak ckp omputih)..kata kata itu doa,jadi mari kita sama sama berdoa Malaysia kembali aman seperti zaman aku kecik kecik dulu.

Suatu masa dulu,kalau ada kes jenayah..memang hot topic lah.Berminggu minggu org akan bincangkan kes mcm tu especially kes bunuh.Sebab...ianya jarang berlaku.Rare bak kata org skang....unik,pelik,ganjil etc.

Sekarang? Tak sempat nak bincang kes bunuh A,esok dah keluar berita kes bunuh B plak....Skang lagi lah,kes tembak saja...dulu dulu mana ada sangat.

Menakutkan....

Dulu,masa aku kecik kecik,payah nak jumpa org nak pasang grill kat rumah.Ada tu ada lah tapi biasanya org ada ada ajer yg pasang.Satu satunya masa yg emak aku kunci pintu rumah adalah masa nak tidur dengan nak keluar.Kut tak,nganga camtu jer takde sapa kisah.

Skang? Rumah yg dah nak menyembah bumi pun kena pecah masuk...

Scary kan?

Rumah aku pernah ada org masuk tapi Alhamdulillah...takde apa apa berlaku.Aku pernah cerita kat sini.Pengalaman mcm ni memang buat org trauma.
 
Aku pun malas nak komplen apa sumer kenapa kes kes jenayah semakin berleluasa skang ni.Nak huraikan satu satu point mau bulan depan baru siap.
 
Lagipun,menjaga keselamatan dan mengelak jenayah adalah sebahagian tanggungjawab kita juga.Kita kena sama-sama alert dan lebih berhati hati.Terutama kaum wanita.
 
Doa minta perlindungan dari Allah juga penting.Bukanlah kata sapa sapa yg ditimpa musibah itu tak berdoa,kadang kadang itu adalah ujian utk kita,tapi kalau boleh,mintak dijauhkan lah,yer dop? Amalkan baca Ayat Qursi sebagai pendinding masa nak keluar rumah or sebelum tidur.Kita ikhtiar dan tawakkal.
 
InsyaAllah,moga kita semua berada dalam lindungan Allah Yang Maha Berkuasa...
 
Amin...

Tuesday, 26 November 2013

RESEPI BEGEDIL YANG CONFUSED

Assalamualaikum....

Hari ni aku start memasak setelah bercuti selama dua minggu.Seminggu tutup dapur disebabkan demam dan lagi seminggu sebab balik kampung.Kesah lah plaknya org nak tau sebab apa aku tak masak kan?Whateverrrrrr....

Hari ni aku masak bihun sup jer.Laki aku nak diet katanya,taknak nasi.Aku taknak diet so aku rasa cam nak makan begedil daging.

So,lepas amik Hakim kat sekolah..terus ke Giant.Lunch terus kat sana.Kat Giant..si Al Fatih buat perangai plak.Tak maunya dia duk dlm stroller.So,terpaksalah aku dukung dia sambil tolak troli dan Amani tolong tolak stroller.Nak patah pinggang aku dibuatnya.Kalau tahu dia nak buat perangai,baik bawak carrier jer tadi.

Kisah buat perangai tadi bersambung sampai ke rumah.Tak mahu tidur...check pampers rupanya poopoo...hehehe.Dah siap basuh wangi baru tido.

Baru nak bukak bunga silat kat dapur...dah bangun balik.Sudahnya pukul 5 lebih baru nak start masak.

Dah siap sup apa sumer,teruslah buat begedil.Kalut punya pasal sbb Bambam aku kejap tido kejap bangun,maka cacamarba lah begedil gue.Rebus kentang tak sempat empuk pun.Masa nak campur ngan daging cincang...alamak aih,keras plak kentang ni.Laki aku dh nak balik ni.Plak tu dh nak senja.Anak anak blm mandi lagi nih.

Ah...gua blender ajelah.Kreatif tak bertempat.Lunyai kentang itu...lembik camne nak kepalkan?Nak goreng cemane?Huk aloh....

Aduih...semangkuk tu bahan bahan begedil.Takkan nak buang? Kena pikir contigency plan nih...syg wooo.Tetiba nampak tepung gandum...Ting,mentol menyala atas kepala!

Aku campurkan bahan bahan tuh ngan gandum...tadaaa...dh boleh bentukkan bulat bulat.Gasaklah apa jadi,yg penting tak membazir.

Kalut punya pasal nak kejar Maghrib,lada sulah pun tak bubuh.Seb baik ingat gak buh garam..huh.

Akhirnya...siap jugakkk...

Begedil tak jadi...hukhukhuk

Yer...walaupun begedil aku disaster jadinya dgn bahan tak cukup dan ada penambahan bahan lain yg tak pernah ada dlm mana mana resepi begedil,tak apalah janji aku tak buang camtu jer.Makan ajelah,rezeki tuh.Habih plak tuh...

Rasanya??? Tak rasa sangat begedil.Dan of course lah rasanya cam cekodok!!



















Monday, 25 November 2013

HAPPY BIRTHDAY RAFHANAH

Assalamualaikum....

Dah nak sampai penghujung Nov 2013...tapi baru nak up entry birthday Rafhanah yg jatuh pada bulan October.

Takpelah,janji ada memori dicatit kat sini.Selalunya pun,aku tak pernah lagi buat party besar besaran utk birthday anak anak aku.Aku malas,ni cakap terus terang.Sbb anak anak aku rapat rapat dan kecik lagi so bila nak organize party ni mcm lecehnya.

Apa aje daaa aku merepek.Back to the story...

Kami celebrate birthday dia kat taman tasik Shah Alam.Yg ni taman tasik dekat SUK tuh.Kat situ tak ramai org sbb jalan masuknya mcm nak masuk hutan.Laki aku suka gi situ sbb nk mancing.Bukan nak mancing ikan nak buat lauk pun,ikan kecik jer pon yg ada tapi dia nak asah skill memancing jer.Sepanjang aku kahwin ngan dia,tiapkali dia gi mancing tak pernah dapat ikan pun...hohohoho.Kesian.

Hari Ahad tu,pagi pagi buta aku dh bangun masak nasik lemak.Kene gi awal,ntt kalo dh panas terik tak best.Sehari sblm tu,aku dh amik kek yg aku tempah kat kawan aku.Kek Red Velvet...sedap dia buat.

So...xder apa citer sgt..moh layan gambar.Party ni takde tema pun,cuma yg meriahnya bila makcik makcik Rafhanah(adik adik ipar aku) join sekali dan bagi hadiah bertema Princess kat dia.Anak aku ni perasan dia keturunan Cinderella.Layankan ajer...









Lepas potong kek dan makan nasi lemak,semua duk pakat mancing.Siap cari buluh dan cacing.Aku terlepek atas tikar ngan Al Fatih sambil ber selfie gitu.Dalam ramai ramai yg mancing tu,adik ipar aku sorang jer yg dapat ikan.Tu pun ikan puyu besar tapak tangan dua ekor.Yang lain sampai mati lemas cacingnya tak dapat dapat gak ikan...hohohoho.

Sebelum balik,lepaskan balik ikan tu.Bungkus bungkus barang,balik dan terus Zzzzzzzzzzzzzzz.....penat mancing lah katakan.

Apapun...seronok tgk anak anak aku happy especially si birthday girl.To Rafhanah,happy 3rd birthday sayang.Kami semua sayang Akak Hanah....muah muah muah....











CERITA PASAL DEMAM DI MUSIM TENGKUJUH

Assalamualaikum...

Aku baru jer baik dari demam.Demam since hari Isnin minggu lepas.Mulanya..demam mengada.Panas kejap pastu kebah.Takyah makan panadol pun.Hari Selasa,naik level sket.Kena makan sebijik panadol.Tetiba hari Rabu,suhu naik mendadak,tambah dos...2 bijik.Hari khamis...xleh jadi ni..tak kebah jugak.Pergi klinik.Elok ngadap muka doktor,terus baik.Nampak sgt takut jumpa doktor.

Bila kene demam...insaf diri dah tua.Yelah,umur dh bertambah,pertahanan badan pun dah semakin kurang.Dulu aku payah nak demam,skang ni,boleh plak jangkit demam dari anak.Takpe,aku bersyukur Allah beri kesihatan yg baik untuk aku selama ni.Bila dh lama sgt sihat,jadi lagha.Bila Allah tarik sikit nikmat kesihatan,Alhamdulillah.Balik semula pada Sang Pencipta.Apekehel dua tiga hari melarat jiwang ntah.

Sebelum tu Fatih demam.Demam yg pertama dlm usia 6 bulannya.Syukurlah tak berpanjangan.Batuk,selsema takda pun masa demam.Bila dh baik demam barulah nampak hingus berjejeran.Silalah imagine...terutama masa mkn cendol.

Layan gambar budak demam ni...manja yg amat.Ololololo...

Nak tidur pun atas dukung ajer.Letak atas tilam ngamuk...isk isk

Budak kalau demam mmg Doktor nasihatkan pakai baju yg mcm pukat...ha tu kau,pukat kata ko.Ala,yg berjaring jaring tuh.Tapi Fatih cuma ada selai jer baju camtu.

Maka gigihlah aku menggeledah baju lama Rafhanah yg masih aku simpan just in case nak beranak baby girl lagi.Haha,berangan lagi tuh.Nasib baik jumpa.

Tadaaaa....

Tak pasal pasal Fatih jadi Fatihah hari tu.....



Alhamdulillah,dia demam dua hari jer.Pastu disusuli oleh Rafhanah.Tapi Rafhanah demam sehari jer.Dan disudahi ngan emaknya yg vogue da vass gitu.Heh....

Sekian cerita demam kami....









Sunday, 24 November 2013

ANDAINYA TERSALAH BUAT PILIHAN

Assalamualaikum...

Lama tak membebel.So,hari ni aku amik keputusan nak membebel...ecewah.Amik keputusan yer...

Cerita pasal buat keputusan ni,aku nak bebel sketlah.Benda kalau depan mata atau aku sendiri yg buat,adalah lebih baik aku bebelkan.Nak harapkan mak aku bebelkan,dia duk jauh ( apa kau merepek ni???)

Aku bagi senario lah utk memudahkan cerita.Misalnya,kau amik keputusan untuk kahwin.Calon suami/isteri kau adalah bermasalah.Utk lebih spesifik,andaikan dia seorang yg pemalas.Tapi,demi cinta lautan api sanggupku renang.Mak bapak kau punyalah berkicau mcm murai menghalang.Bukan apa,esok esok kau balik pada mereka jugak.Pastu bwk pakej masalah sekali.
 
Kau pun berhujah mcm mcm.Kata kau,kita tak tahu apa jadi kemudian hari.Kau,kau dan korg semua bukan nujum.Mana tahu yg malas boleh jadi rajin.Kemudian kau akhiri hujah kau dgn ugutan taknak kahwin selama-lamanya kalau dihalang jugak.
 
Fine....makbapak kau pun izinkan.Kahwin lah korang.Happily ever after....
 
Errr...tak.Rupanya selepas setahun,apa yg kau harapkan tak menjadi.Kalau dapat laki yg malas kerja,kau menanggung biawak hidup.Kerja malas.Dah dapat kerja memilih pula.Gaji keciklah,apalah.Tapi,melangut kat rumah makan tanggung.Suruh meniaga goreng pisang,takde class katanya.Kalau dapat bini pemalas plak,rumah dah mcm Villa Nabila.Kain baju pakai longgok,periuk belanga bergelimpangan,tanak masak plak tuh.
 
Maka,kau menyesal.Tapi,kekesalan itu tak plak kau lemparkan pada diri sendiri.Tapi,pada org sekeliling.Pada makbapak kau yg menghalang pada asalnya.Kata kau,kenapa dulu mak ayah tak cuba sungguh sungguh sedarkan saya bahawa saya telah membuat pilihan yang salah?
 
Faham tak senario tadi.Itu hanyalah senario sahaja ya.Takde kena mengena dgn sejarah hidup aku plak.Tapi aku pernah berhadapan dgn manusia sebegini.Dan juga pernah begini.Mungkin masih begini...errr,entahlah.Sebagai manusia biasa,sukar aku nak mengaku kelemahan sendiri.Bagitahu pada khalayak.Entahlah...
 
Bila kita membuat sesuatu pilihan,maka sila bertanggungjawab dgn apa yg telah pilih.Mengapa bila kau buat pilihan yg salah,tetap juga kau menyalahkan org terapat kerana tidak menyedarkan kau tentang bahana yg bakal kau tanggung di masa depan?
 
Kita semua bukan nujum yg boleh meramal apa terjadi pada masa depan.Berbalik pada senario di atas,andai kata makbapak kau berjaya menghalang perkahwinan kau,lepas tu ditakdirkan kau membujang sampai ke tua.Nescaya org tua itu jugak yg akan dipersalahkan.
 
Senang bukan? Meletakkan kesalahan di bahu org lain atas pilihan yg di buat sendiri.Begitu juga kalau kita buat keputusan kerana di dorong oleh nasihat org tertentu.Lepas tu,hasilnya tak seperti yg kita harapkan,adakah kita akan cenderung menyalahkan org yg bagi nasihat tadi ataupun diri sendiri?
 
Org yg bagi nasihat itu juga bukan nujum.Dia juga tak tahu apa yg bakal berlaku pada masa depan.Biasanya dia akan bagi pandangan berdasarkan pengalaman.Tapi,pengalaman itu tak semestinya reflect pada semua situasi.
 
Jadi,aku mesti latih diri sendiri untuk redha andainya aku salah buat keputusan.Tapi,mohon juga yg sekeliling aku juga tidak menghentam andai aku salah buat pertimbangan.Sebab aku bukan nujum.Kadang kadang aku buat trial and error jugak.Bagi aku masa utk perbetulkan keadaan tanpa perlu aku salahkan org lain.Begitu juga dgn kau.Andai kau salah buat pilihan,sila salahkan diri sendiri dan cuba betulkan keadaan.Bukan tuding jari merata...
 
Tak pasal pasal makan penampar nanti :)
 
Wassalam

Tuesday, 5 November 2013

KES DERA DI TASKA

Assalamualaikum...

Baru baru ni gempar lagi dgn kes penderaan di taman asuhan kanak kanak.Mcm neverending story.Lepas satu,satu.Dulu,pengusaha taska yg tak bertanggungjwb tu bolehlah nak deny sbb takde bukti.Skang,nah kau...bukti video lagi.

Syabas kpd bapa kanak kanak yg pasang camera video tu.

Lepas tu barulah terjawab persoalan dibenak ibubapa yg pernah menghantar anak di situ kenapa sikecil mereka tak mahu ke taska.Contohnya pengalaman ibu ini.
Credit :blog orlyloveshop.blogspot.com

Kalau ikut cerita ni,owner taska ada anak kecil juga.Jadi,napalah tergamak buat anak org lain mcm tu?Apa perasaannya kalau anak dia dibuat org begitu?

Aku taknak lah tuduh panjang lebar.Biarlah siasatan dilakukan dgn adil dan telus.

Sebab itulah,kalau hendak memilih kerjaya ataupun bisnes..biarlah ada passion dan minat.Lebih lagi kalau melibatkan nyawa manusia nih.

Dulu,sblm aku berhenti kerja..ada sorg member ni.Dia baru dpt duit durian runtuh.So,dia plan nak buat bisnes tapi dia taknak run business tu sendiri sbb dia taknak berhenti kerja.

Dia tahu intention aku utk berhenti,so dia offer nak invest duit dia suruh aku bukak bisnes taska (wah...mementanglah asyik aku jer ambik maternity leave terus offer bukak taska..hehehe).

Tapi..aku tolak offer tu.Bukan apa,kalau aku nak buat bisnes..eloklah aku pakai duit sendiri.Aku maybe boleh cuba berlaku amanah dgn duit dia tapi kalau aku tak mampu dan gagal..camne?

Dan...sebab plg utama,aku blm mampu nak memikul tanggungjawab dan amanah utk menjaga anak org.Bukan tak suka,tapi aku takut tak mampu.Bukan senang beb.Berjaya besarkan anak sendiri tak bermakna mampu nak menjaga anak org.Aku takut...takut jadi apa apa kat anak org,seumur hidup nanti aku tanggung bebanan.

Biar org yg yakin,ada minat dan passion saja yg buat.

Aku mmg jarang angkat tangan kat anak sendiri,tapi,bab jadi tarzan mmg dh terkenal seantero dunia.Aku bknnya penyabar sgt.Ngan anak sendiri pun kengkadang hilang sabar...eiiii...

Masa mula mula stay at home,ada jugak member aku yg baru bersalin bg hint nak mintak aku jaga baby.Tapi,awal awal aku tolak ngan baik.

Bukan sebab aku rasa aku dh byk duit sampai tak heran org nak bg job yg boleh buat kat umah.Tapi,firstly...aku bukannya surirumah yg memerap semata kat dlm umah.Byk benda aku kene tolong laki aku.Aku kene jd driver hantar anak sekolah,gi pasar,Tesco,Giant,settle bil,pergi bank,uruskan itu ini.Dan..satu lagi,aku takut nak handle anak org.Jadi apa apa kang,seumur idup nyesal.Tu blm kira lagi kalau dia dh besar,lasak,nakal.Takut aku lost temper kang...saja jer.

Jadi,agak agak ko tu tak penyabar ngan budak...rentikanlah niat nak bukak taska dan sewaktu dgnnya.Aku mmg tak sanggup nak tgk video tu tapi sbb nak tahu,tgk jugak.Nangis aku tgk dia pukul budak yg still pakai pampers.Ko pukul sbb budak tu tak paham arahan ko?Budak tu still pakai pampers kut?????

Lagi satu,ada byk jugak komen yg blame ibu ibu bekerja.Kata mereka...ibu takyahlah galak sgt nak kerja,duk umah jaga anak..senang.Takde kes dera....Ohhh...been there before..jgnlah senang sgt buat kesimpulan.Kdg kdg,cubalah duduk di tempat mereka sesekali.Kebanyakkan ibu ibu ini,jika diberi pilihan,mmg nak sangaaaaaat jaga anak sendiri.Tapi,ada kekangan yg buatkan mereka terpaksa keluar cari rezeki.Aku appreciate org yg nasihat dgn cara baik,tapi jgnlah kutuk.Kita tak paham kesusahan org..usah terus menjatuh hukum.

Dah...banyak sgt bebel nih.Bukan apa,geram jugak.Anak anak ni amanah...lagi plak anak org.Amanah yg dipikul lagi besar.Harap harap ambil iktibar yer....





















Saturday, 2 November 2013

BILA SURIRUMAH MINTAK EMERGENCY LEAVE

Assalamualaikum...

Salam Sabtu dan selamat bercuti.Aku mcm biasa lah..memang kene masuk "opis".Kepada isteri isteri bekerjaya..hari ni kene masuk "opis" lagi satu.Utk aku,ni lah satu satunya opis aku.

Tapi..hari ni kena mintak emergency leave..Al Fatih tetiba demam.Dari petang aku dah perasan badan dia dh dedar dedar.Aku amik suhu...normal jer.Sampai mlm..takde apa apa lagi.

Tapi..itulah.Allah memang kurniakan buat ibu ibu ni instinct terhadap anak anak yg kuat.Bila org lain pegang Al Fatih..semua cakap tak panas pun.Tak apa apa.Tapi hati sorg mak ni lain.Tetap x sedap hati.

Malam tu..aku tidur sambil letakkan dia atas dada.Rafhanah pun tetiba buat tanak paham malam tu..nak juga tidur atas badan aku.Lenyek aku semalam kene hempap ngan dua org budak yg setiap sorg seberat 8kg dan 12 kg...

Pukul 1 pagi,terasa badan dia betul betul panas.Terus ambik suhu.37.9'C...sah demam.Terus bagi ubat,sponging badan dan kepala dia.Rupanya dia selsema.Kesian...

Bila jadi seorg ibu,benda yg dia plg takut ialah bila anak sakit walaupun cuma demam.Aku tak kisah kene bersengkang mata jaga anak sakit asalkan sakitnya tak melarat jadi serius.Itu ajer aku pohon dari Allah.

Pagi tadi dah bwk jumpa Doktor.Doc kata x apa apa...just aku kene monitor.Kalau dh melarat sampai batuk dan demam tak kebah,dia suh aku datang lagi.

Al Fatih...cepat sembuh ye nak.Jgn demam sangat..nanti tak bambam lagi.

So hari ni i declare...today is public holiday!

Untuk akulah...sorry.Dapur tutup!