Monday, 30 April 2018

KELAHIRAN BABY BARU AISYAH

Assalamualaikum..

Sepanjang aku tinggalkan blog ni,benda besar yang aku miss untuk catatkan ialah kelahiran A'aisyah Khadijah,puteri kelima kami.

Masa memula pregnantkan dia,datang jugak perasaan cuak.Cuak nak masuk labor room.Seram mak noks.Walaupun dah kali kelima,perasaan tu tetap ada.Sebab kita memang dah tau sakitnya tu macammana.Cuak campur excited sebab tak sabar sabar nak tunggu orang baru kan? 😊😊

Masih dengan doktor yang sama,Dr Fairuz Asyikin,kat hospital sama jugak..DEMC (sekarang dah tukar nama Avisena Specialist Hospital).Doktor yang awesome,tenang dan sangat berpengalaman.Macammana aku cuak time nak bersalin,tengok muka doktor..terus tenteram.Haaa...gituuuu 😂😂.Aku check up dengan dia since anak sulung tahun 2006 sampailah yang kelima 2016. 10 tahun dah.DEMC taknak kasi aku saham ke..apa ke...kahkahkahkah.

Alhamdulillah,sepanjang mengandungkan dia,takde apa apa masalah kesihatan yg serius.

Due date dijangka 31/9/2016.Dalam 26hb, ada check up lagi.Time tu aku dah bawak siap siap beg apa segala sebab selalunya aku akan bersalin awal seminggu sebelum due date.Check up kali ni terus ke labor room.

Masa sampai,nurse kat labor room buat CTG dulu.Lepas tu dia kata aku takde tanda tanda nak bersalin lagi so boleh balik dulu.Then,dia cakap Dr Fairuz cuti.Maybe sampai ke tarikh sepatutnya aku due.So,time tu maybe doctor oncall akan handle.Alaaaa....😣😣.Kalau boleh memang lah nak Doc Fairuz jugak tapi takpelah kan,takkan lah sebab aku doktor takleh bercuti pulak.Mana mana pun tak kisahlah janji selamat jer semuanya.

Maka,lepas buat CTG tu..lega sekejap.Hahhaha.Pergi breakfast dulu ngan laki aku.Pastu dia nak gi keje katanya.Ewah,mementang baby taknak keluar lagi.Its ok,sebab parents aku dah memang ada kat rumah.Kali ni aku berpantang kat rumah sendiri sebab anak2 sekolah.Bersyukur sangat ma dan abah sudi membantu.Tak perlu sampai habis pantang pun takpe...at least sampai betul betul kuat.Sebab abah tolong hantar anak2 gi sekolah.Tak terbalas budi Ma dan Abah ni..sob sob.Semoga Allah lindungi kedua ibubapaku..Amin.

Dalam masa menunggu due date tu,hari hari berdoa dan berangan semoga proses melahirkan mudah dan lancar.Kalau boleh taknak induce.Bukan sebab induce lebih sakit dari spontaneous labor tau...sebab bagi aku,sama jer sakitnya (aku ada pengalaman 3 kali induce,2 kali spontan).Aku taknak induce sebab berdebarnya tu lebih lama...hahahahahah.Yelah,bila induce..ko akan tertunggu tunggu bila nak sakitnya tu.Bila nak "bukak jalannya" tu.Itu ajer 😂.

Pagi 29/9/2016,

Dalam pukul 4am,aku rasa perut mengeras.Mengeras yang agak kuat.Macam memulas tapi tak sakit.Ignore jer..sambung tidur.Dasarrrr....😂

Pukul 5am,rasa mengeras tu makin kuat.Tapi masih boleh tahan lagi.Masuk pukul 6am,dah start contraction.Dah rasa memulas yang kuat.Sampaikan tengah solat subuh pun dah tak boleh berdiri tegak.Lepas solat aku bagitau Ma aku dah start sakit.Aku call laki aku kat masjid suruh dia balik awal sikit.

Hampir pukul 7am,aku dah bergulung gulung atas sofa menahan contraction.Manalah laki aku ni...karang terberanak kat atas sofa ni..satu hal pulak.Ikut ati..mau jer aku drive sendiri jer.Bukan jauh pun...tak sampai 5minit boleh sampai.Tapi sakitnya bila dah datang...YaAmpun..

Pukul 7am,laki aku dah masuk parking kereta..aku ni duk meninjau dia dari dalam rumah.Eh,lama dia duk bertapa dalam kereta tak keluar keluar.Takleh jadi ni.Aku terus keluar dari rumah,tepuk tingkap cermin kereta.Dia bukak pintu...eh,boleh pulak dia layan radio dulu.

"Abang oiii...ayang dah sakit sangat dah ni..."

Dia terpinga pinga sebab tak sangka aku akan sakit secepat ni.Biasa dulu..berjam jam tunggu nak datang sakitnya.

Bergegas dia salin baju,aku capai beg,salam ma dan abah..terus keluar.Laki aku pecut kemain.Sampai depan pintu emergency,nurse bawak wheelchair sorong aku ke labor room.Laki aku gi parking kereta dulu.

Sampai kat labor room,nurse buat preparation apa yang patut sebab aku dah sakit yang amat.Dia check bukaan,katanya dah 8cm.Wah,memang cepat baby yang ni.Sebelum ni,aku menunggu berjam jam tahan sakit untuk sampai ke bukaan 8cm.Maklumlah..dah anak kelima kan.

Aku takde lah bertanya doktor mana yang akan handle sebab aku expect mana mana doktor oncall akan handle since Dr Fairuz cuti.

Tapi,bila nurse cakap..doktor dah sampai dan doktor jenguk...waaaaahhh...girangnya dalam hati.Doktor Fairuz....yesss.Eh..bkn maksudnya doktor lain tak bagus...tapi memang sangat selesa dengan dia.

"Doktor..bukan ke doktor cuti ke?" sempat Mak Jemah mengepoh.Doktor senyum jer.Aku pun tak ingat doktor reply apa sebab dah menggelupur sakit.

Bila semua dah ready,diminta teran,YaAllah..aku rasa sangat tak larat.Memula rasa confident sangat,ingat balik step nak teran macammana apa bagai.Tapi lepas beberapa kali push,masih tak berjaya.Faktor umur agaknya.Jenuh aku tarik handle tepi katil tu.Kejang dah rasanya kaki dan tangan.

"Umi cuba dulu lagi sekali.Kalau tak boleh jugak..doktor tolong yer.."

Cuba lagi sekali...pun tak berjaya.Akhirnya...vaacum jugak.Aku tak kisah pun,janji baby selamat keluar.Sekejap jer...lahirlah A'aisyah Khadijah.Alhamdulillah..walaupun masa push agak lama tapi segala urusan kelahiran lebih cepat dan mudah.Tepat 8am pagi..selamat semuanya.Cuma dua jam sahaja.Syukur Ya Allah,KAU permudahkan segalanya.

Special thanks to Dr Fairuz.Sangat berdedikasi,calm dan berpengalaman.Tak tau nak ucap terima kasih macammana..semoga Allah merahmati hidup Dr Fairuz 😊.

Juga tak lupa buat staff labor room DEMC yg bertugas pada pagi 29/9/2016.Terima kasih banyak banyak.Maaf,lupa nak tanya nama 😥.Very helpful dan cekap.

Takkan lupa momen bila baby dah keluar,doktor letak baby atas perut.Lega toksah cerita lah..keluar gak ko nak...hahaahahaha.Bagi salam,peluk dia...

Dah settle semua,baby dah bersih,aku pun dah bersih,nurse hantar sarapan.Ya Allah,nikmatnya makan setelah selesai bertarung nyawa.Selera jer makan kat labor room...hehehehehe.

Okey...itu saja pengalaman melahirkan A'aisyah Khadijah.Semoga kamu membesar jadi anak yang solehah yer sayang.We love you so much 😘😘
Sedar tak sedar...lima dah anak aku.Hihihihi

Hai sayang..welcome to the world





Sunday, 29 April 2018

KEMBALI KE PANGKUAN BLOG



Ya Allah,dah nak masuk 3 thn aku tinggalkan blog bersawang 🙉

Sejak ada platform FB dan IG,banyak post aktiviti kat sana jer.Jarang pulak dah nak membebel kat sini.

Nantilah,nak post balik segala kenangan terutama time anak anak kecik ni.Mana tau aku dah tua bangka esok,sambil menunggu anak cucu datang menjenguk...bolehlah baca blog untuk mengimbau kenangan lalu....

Tetiba sebak plak aku...hukhukhukhuk