Sunday, 29 April 2012

Solat dan Ibadah

Sentimen and judgemental.Kalau dah tak suka,apa pun tak boleh. Hmmm,aku sedih sebenarnya. Sesama Islam,kalau mengutuk fasal perlakuan buruk orang lain,boleh di terima.Siapa suka perlakuan buruk,biadap dan tak bertamadun kan?Tapi,kalau sampai soal ibadat orang lain pun kita pertikaikan,hanya kerana orang itu tak sehaluan dengan kita,itu menyedihkan.
Misalnya,artis pergi umrah..kita kata dia riak.Propa bila sendu saja.
Orang sembahyang atas jalan atau ruang terbuka macam kat padang atau stadium..kita kata dia nak tunjuk alim depan org ramai.Walhal mungkin masjid jauh ker,apa ker? Cubalah bersangka baik sementelah kita tak kenal dan tak berada dalam situasi itu. Aku pernah sekali keluar dari Sunway Pyramid ternampak dua org pak arab tgh sembahyang kat tepi bangunan Sunway Lagoon walhal kat dalam mall tu ada jer surau.Tapi,aku tak rasa plak meluat dan rasa diorg nak menunjuk nunjuk.Maybe dia tak tau ada surau ker or dia malas nak masuk dalam ker. Soal ibadat ni,kita serahkan saja kepada Allah Yang Maha Mengetahui.Soal dia riak atau tidak,terpulang pada Allah untuk menerimanya atau menurunkan balasan.Kecuali dia duk meratib mcm org gila kat tgh jalan,wajiblah cari ambulan angkut gi sepital. Selagi ibadatnya di tempat yg bersih,tak kena najis,sempurna wuduk dan bersuci,tutup aurat...yg di "dalam" serahkan saja pada yg Maha Kuasa.Kerana solatnya itu untuk Allah,bukan utk menyembah manusia. Hanya kerana kita tak suka dia tak bermakna ibadatnya tak sempurna.Entah entah kita yang mempertikaikan amal ibadat org ni tak diterima solatnya.Nauzubillah.
Sekeping gambar yang kita tgk,takde pengetahuan mengenainya,jangan dibincangkan,maybe mengundang fitnah.Selalunya,dalam satu gambar ada berjuta definisi dan selalunya kita nampak apa yang kita NAK nampak.Kalau baik kita nak,baiklah jadinya...kalau buruk,buruklah jadinya.
Eh,apasal entry ni jadi entry keugamaan plak ni? Takperlah,renungan diri sendiri gak.Mana tau,aku ni manusia yg mudah lupa....
InsyaAllah...

Saturday, 28 April 2012

Bersih 3 juta kali

Sempena Bersih 3.0 ni,aku pun jadi aktivis gak.Hah,aktivis "bersih"kan kotak mainan anak aku.Actually bukan kotak,tapi ialah baby cot yg aku ubahsuai jadikan tempat mainan.Sumer mainan aku humban dalam tu.Sekali,aku tgk mcm dah melimpah ruah plak.Maknanya,dah lama aku tak kemas tempat mainan tuh. Jadi,lepas si kecik tu tido,operasi bermula kul 12 mlm.Punggah,asingkan,vacuum cot tu..hasilnya,5 plastik besar sampah mainan yg rosak,mainan kecik2 free Happy Meal tu aku buang.Giler ah.Aku rasa mcm baru jer aritu aku buang,ni bertimbun lagi. Skang dah boleh tido.Lega hati tgk tempat tu dah kemas.Tapi kang esok esok beli lagi mainan.Aku ni ckp jer berikrar tanak belikan dorg mainan,tapi bila diorg mintak,alahai..tak sampai ati plak rasanya.Camne aku nak buat ni? Tunggulah,lagi beberapa minggu,ntah baper plastik lagi kene buang.huhuhuhu

Thursday, 26 April 2012

COKLAT ITU "BERHANTU"

Aku memang hantu cekelat.Boleh kata kat rumah mesti ada stok.Kalau tak,lepas makan nasik,mulalah mengagau nak cari benda manis buat desert.Takde colat kalu,gua tibai ratah milo..eekekekekeke.
Aku biasa makan coklat coklat biasa yg banyak jual kat supermarket tu jer.Nak makan coklat mahal yg besar ibu jari kaki aku rega RM10,belum mampu lagi...huhuhuhu.Kang sayang punya sampai,mau aku simpan sampai berulat kang.Yang pasti,coklat apapun...memang sedaaaaap kat tekak aku.
Kalau pergi Langkawi...fuhhh,aku lagi sanggup borong coklat dari beli pinggan mangkuk,kuali belanga bagai.Masa ni ajerlah macam dapat lesen beli coklat ber troli troli tanpa di bebel.Cakap nak buat souvenir, walhal belasah makan sorang...hahahahaha....giler keji.Ya,aku memang keji kalau deal ngan coklat..
La ni,tgh keputusan bekalan ni...cam drug addict plak ni,gigil2 tak dpt coklat.Milo dah 2 gelas aku telan masih tak mampu hilangkan ketagihan.Jadi aku google gambar coklat utk menambahkan kuantiti air liur yg meleleh.Aku google pun gambar coklat yg biasa ajer....tapi...tempting yg amat!!!!


Dalam tu ala ala honey comb,sebelah keras,sebelah lembut...sedappppp

Dari kecik sampai besar beranak pinak,tak jemu jemu ngan Vochelle ni.

Walaupun aku dah 32 tahun,aku masih berebut benda alah ni ngan anak-anak

Baca majalah sambil makan ni...perghhh...heaven





Ni elok ni...lepas call mak kat kg...makan terus.Bukan fon pakai buang,tapi pakai makan
 





Gambar AKU tgh makan coklat...ha? Tak caya? Takperlah....



Orang kata makan coklat tak elok,tapi skang banyak kajian membuktikan coklat ni sebenarnya banyak kebaikan dan khasiat jugak.Jadi,bolehlah aku makan coklat tanpa rasa bersalah lagi...yihaaaaaaa....
Coklat juga mampu membuatkan orang jadi riang gembira...tapi...errrr....
Nape aku makin garang? Makin banyak makan,makin garang plak...ehehehehe..maybe ada saintis nak buat kajian.Tapi subjek dan sampel kajian aku sorg ajerlah kut....hahahahahaha
Ahh...petang nanti aku musti beli coklat....musti!!!!

Berita yg buat org stress

Dah dtg dah penyakit malas aku.Ditambah dgn ke-busy-an aku ulang alik dr umah ke Sek 20 sepanjang seminggu nih..huh,penat nak menghapdet blog.Nak hapdet pun,baru jer bukak laptop,ada 3 pasang mata merenung aku mcm rindu sgt sgt.Tak sampai hati,tutup balik lappy,pegi bergomol ngan budak 3 org tuh setelah sehari suntuk tinggalkan dorg kat rumah sepanjang aku settlekan urusan kat Sek 20.Seb baik minggu ni adik ipar aku cuti semester,dptlah mintak tolong dia babysit anak anak aku jap. Bila badan penat,otak pun penat.Bila otak penat,aku perlukan bahan bacaan yg santai untuk stay rileks.Tapi,biasalah,wajib baca paper hari hari kan. Tapi,utk tujuan di atas,jgn sesekali cari newspaper.Newspaper adalah untuk mencari berita terkini hiburan sensasi,bukannya untuk menenangkan pikiran. Dan membaca paper kebelakangan ini buat aku tambah stress.. Dan aku tak tau dah nak baca paper apa.. Cerita pasal kes kes jenayah,kes lari dari rumah,bencana alam ke apa ke,biasalah kan,memanglah wajib keluar paper.Tapi yg paling takleh tahan ialah pasal politik.Aku sambil baca sambil geleng.Bila baca jer stress. Aku takyah nak tulis apa mendenya politicians kita buat sebab semua org yg baca paper tahu ni.Tapi,satu jer conclusionnya,ahli politik kita banyak yg tak matang.Tak semua,tapi banyak. Sighhhh.. Baca ruangan gossip pun stress.Ada gak berita politik kat situ? Tapi walau mcmana pun,aku dah daftar undi..jadi,msg for today.. Mari lah mari,kita mengundi,lalalalalalala.Hah,yg ni tak aci pakai SMS tau.

Thursday, 19 April 2012

COMPLAINT

Aku ni,nama jer garang...tapi kalau ngan org kat luar agak lemah sket.
Tak paham?
Tak paham takpe,bukan buku teks Sains pun nak kena paham segala.hehehehe...
Maksud aku,kalau aku berurusan dengan khidmat pelanggan,atau org jual barang,ataupun bila jumpa Doktor..ataupun berurusan dengan lawyer,dealer,kaunter MBSA dan sebagainya.Dah banyak contoh aku bagi,tak paham gak tak tahu lah aku.Aku jenis org yg tak banyak komplen dan banyak percaya bulat bulat apa yg depa ni sumer cakap.Aku akan menggelabah mcmkan diorg nak makan aku,walhal diorg serve baik punyaaa!! Tak tahulah nape...mental disorder? Oh mannnnn....
Aku tak kata dorg ni sumer penipu,tapi disebabkan pengalaman bekerja di bidang perkhidmatan pelanggan sebelum ni buat aku hati-hati kalau nak komplen.Aku tahu betapa sakitnya hati kalau org komplen sebab kadang-kadang kita dah buat sehabis baik,tapi benda tak jadi jugak due to technical error,kejap kecik kejap besor hati aku menanggung pilu bila dicerca...ohhhh...dramatik sket...baru best.Hahaha,mana ada org cerca..saje jer aku reka.
Selalunya,kalau aku tak puas hati,aku cerita kat laki aku.Tang bila camni,barulah laki aku jadi garang daripada aku.." Dah tu,nape tak komplen ajer tadi???" kata dia.Aku? Aku yg garang nih??? Senyap sambil-sambil belek kuku anak lah,check pampers dia lah...
Tak tahu lah naper...susah sgt nak bukak mulut nak suarakan ketidakpuasan hati aku.Malu tak bertempat...pastu membebel dlm blog...huh!!
Panjang kan aku punya intro...intro saje dah baper perenggan melambangkan keunggulan bakat aku sebagai pembebel tegar.Kali ni aku dah membebel pasal klinik.
Tiga hari lepas,aku bawak si kecik aku untuk amik imunisasi ( utk baby umur 18 bulan).Last sekali dia kena cucuk masa umur setahun.So,lama dah tak jejak kat klinik yg aku selalu bawak dia gi cucuk tu.Kalau dia demam ke apa ke selalunya kitorg bawak ke Klinik Anis,klinik faveret laki aku sebab situ Doktornya dan ubatnya memang serasi ngan anak-anak aku.Iklan jap...hehehehe
Selalunya ada sorg Doktor pompuan,tapi bila aku masuk bilik Doktor,aku tgk ada sorg doktor lelaki dan  dia bukan orang Malaysia.Tapi bolehlah cakap Melayu sket-sket.Pastu aku cakap yg aku bawak si kecik ni utk cucuk,dia mcm cakap ngan diri sendiri..." Cucuk apa ya?" sambil belek kad imunisasi tuh.Aku dah cuak sket....
Pastu dia tanya ada tak anak aku demam ke,batuk ke,selsema ker? Aku jawab tak ajerlah.Pastu dia suruh baringkan si kecik atas bed.Aku ingat dia nak cucuk..sekali dia check tekak anak aku.Aku ni tak kisah sgtlah,dah dia Doktor.Aku assume dia tahu apa yg dia buat.Mestilah dia ada reason naper dia tanya mcm tu dan check anak aku dulu before bagi suntikan kan?
Pastu, dengan confident,loud and clear dia cakap " Oh,dia ada tonsilitis.Bengkak...faham tak...bengkak" katanya sambil tunjuk tekak dia macamkan aku ni pendatang Bangladesh.Muka aku terus jadi blur...aku terus pandang pembantu klinik tu.Dia tgk sekilas pastu tunduk,pastu keluar.Agaknya bila aku buat muka camtu,terus Doktor tu cakap " Tak boleh cucuk,kena ambil antibiotik.After one week,datang balik.Make sure bengkak tu hilang dulu,kalau tak kalau dia demam tak boleh beza itu sebab tonsil ke atau sebab cucuk,"
Aku tak kata apa-apa,ucap thanks pastu keluar dengan terpinga-pinga.Time to panic now!!
Laki aku plak bawak dua org lagi tu main kat luar klinik.So,aku terkial-kial sorg tak tahu nak ckp apa.Bila amik ubat,aku lagi panik bila pembantu klinik tu bagi dua ubat,satu antibiotik,satu lagi ubat alahan.Alahan jadah plak ni? Apsal nak kena bagi ubat alahan plak? Hati aku dah tak sedap tapi sepatah perkataan pun tak kuar dari mulut aku.Amik kad,amik mykid,amik ubat...berambus.
Dalam keta baru aku citer kat laki aku.Pastu mulalah dia bebel kat aku,nape tak panggil dia lah,napa aku suka sgt gi klinik ni lah.Dia memang dari dulu tak berkenan ngan klinik ni tapi aku pegi jugak sebab rekod anak aku cucuk dah kat situ.Aku check pregnant pun kat situ.Masa tu,dengan doktor pompuan tu okey jer.
Then,masa tu aku decide.Besok aku pegi klinik lain.Malam tu,ubat tu langsung aku tak bagi.Aku tanak jadi apa-apa kat baby aku.Dia okey jer,nampak sihat,makan pun takde masalah.Kalau tonsil bengkak,koman-koman,tak demam pun,mesti makan tak lalu.Dahlah dibagi ubat alahan sekali,lagilah aku cuak.
Esoknya lepas hantar kakak dan abang dia pegi sekolah,aku terus gi spital.Jumpa pakar kanak-kanak terus.Aku tak selindung cerita semua kat doktor tu dan mintak dia check balik tonsil anak aku.Dia tanya aku simptom2 bengkak tonsil misalnya takleh makan,demam,batuk or selsema,ada sejarah tonsilitis sebelum ni ke tak,or tidur berdengkur.Setelah aku explain,dia terus check paru-paru dan tekak.Aku lega sangat bila dia kata tekak anak aku ok dan tak ada tanda tanda bengkak ke radang ker.So,dia cakap tak perlu bagi antibiotik tu.Lepas tu terus proceed cucuk imunisasi dan mcm biasa lah dia kata possibility utk demam tu akan ada dan just standby ubat demam jer.Itupun kalau demam,kalau tak takyah bagi.
Pagi esoknya anak aku demam tapi mild ajerlah.Dia still aktif dan aku pantau jugak kut-kut dia ilang selera makan ker,tak bermaya ker.Alhamdulillah,badan jer panas sket tapi aktif dan makan macam biasa.Next morning,dah kebah demam dia.Syukur..
Aku pun tak berani nak salahkan doktor klinik tu sbb bagi aku,doktor tahu kerja dia.Tapi kalau kita waswas,baik dapatkan second opinion dari doktor lain,sebaik baiknya pakar.
Apapun,aku bersyukur kerana instict aku rasa ada yg tak kena jer.Lagi lagi plak dengan ubat.Ish,takleh bayangkan lah aku.
Aku memang tak tau nak komplen dan itu yg buat laki aku bengang tuh.Yer lah,ngan org lain tak berani komplen,cuba dia yg buat silap...berjela-jela aku komplen.Hatta bila letrik takde kat umah pun aku salahkan dia sebab dia keje TNB...wahahahahahahahhaaaa.....

PUTUS TUNANG? TOLONG PIKIR BANYAK KALI...

Aku ni kan,suka sangat ulas apa yg aku baca dlm suratkhabar.Tulah,tanak plak jadi pengulas berita dulu.Dah jadi Joyah ni barulah sibuk sgt nak jadi pengulas.Saja gatal mulut..eh tangan nak menaip gelagat gelagat manusia yang bermacam ragam.Ada pelik,ada kelakar...
Mcm biasa yer tuan puan,intronya bermula begini.Haritu aku baca headline kat Metro,"Tuntutan Putus Tunang Termahal Di Malaysia," hehehehe..headlinenya aku reka sendiri sbb sumpah tak ingat apa headline sebenar,tapi lebih kurang macam tu lah.
Haikkk??? Aku ingatkan,cerai jer boleh tuntut menuntut nih...tunang pon boleh?? Kalau aku tau dulu,dah lama dah buat kerja -kerja mcm ni,lepas bertunang ajer buat perangai sampai tunang fedup,pastu bila dia putuskan tunang,aku saman!!! Hohohoho...makcik kayo...Tapi...ada ker yg nak bertunang ngan aku?? Ngaaaa...ko ingat ko hot sangat cam Zahida Rafik...opss!!
Alkisahnya,memula pihak pompuan saman si lelaki RM 400K dengan alasan lelaki ni yg mintak putus tunang,pastu,pihak lelaki plak buat tuntutan balas RM900K.Mak ai,kalau menang lah kan,dah boleh buat beli rumah sebijik.Yang pompuan tu bolehlah dapat rumah teres dua tingkat area Shah Alam ni,yang lelaki plak boleh kut dapat Semi-D...eh,apa aku melalut pasal hartanah plak nih? 
Aku ni idakler arif pasal hukum hakam ni,tapi dalam agama ada ker mende-mende ni sumer? Tapi,kalau takde,takkan bukan main bergaya lagi diorg punya peguam Syarie tu siap ngan confident lagi cakap," Kalau tuntutan ini berjaya,ini merupakan tuntutan termahal dalam kes putus tunang dalam sejarah di Malaysia..." 
Dah tu,agak-agak boleh lah yer masuk " Malaysia Book Of Record" ek? Buku rekod tu setahu aku memang suka rekodkan yg terpanjang,termahal,terpendek,tertinggi,terendah dan bermacam jenis "ter" lagilah.Apalagi,dah menang sok,daftar cepat kat sana tau.Kau ingat senang nak masuk rekod?Ekekekeke..
Tapi..takperlah.Ada lah tu sebab kenapa diorg failkan saman macam ni.Maybe berlaku sesuatu yg membabitkan maruah kut.Aku yg tak tahu apa ni,tolong diam boleh..bising jer ko nak bebel kan? Kalau zaman dulu,org putus tunang,kita kata takde jodoh.Zaman skang,see u in court...
Ni buat aku rimas perut ngan trend-trend terkini yg pelik-pelik.Lagi dua tiga tahun tak pelik lah kut sebab lumrah kat Malaysia ni,kalau dah start satu trend,jap lagi berjangkit jangkitlah tuh.
Nanti,kalau anak aku dah gatal merenyam nak kahwin,aku tak bagi tunang-tunang dah...bahaya.Baru tunang jer,kalau putus boleh bangkrap tujuh keturunan.Nikah jer terus,senang.Dan,aku doakan jodoh berpanjangan ke akhir hayat.Amin.
Aku harap pasangan tadi boleh berdamai secara baik. Takmo lah gaduh gaduh cenggini na? 
Sekian terima kasih....
 

Sunday, 15 April 2012

KONTROVERSI PTPTN

Aku byk blogwalking ke blog2 yg cerita pasal demo mansuhkan PTPTN @ nama glamernya skang PTPTipu.
Memang hangat isu nih...lebih hangat daripada biasa..hehehehe
Serius aku tak paham sebenarnya apa yg deme ni sumer perjuangkan.Ni bukan sarcasm tapi memang maklumat tu mcm samar samar kat aku.
Diorang ni demand pendidikan percuma?
Ataupun mintak mansuhkan PTPTN? Seriously kau nak?
Tahun lepas tak silap aku ada ura ura PTPTN nak dihentikan pada tahun 2013.Tapi cadangan ditolak.Tapi kalau dah sampai berdemo bagai,tak mustahil betul2 dimansuhkan.Nah,hambik kau,nak sgt kan.Wish granted beybeh..
Ataupun demo mintak dihalalkan hutang PTPTN tu utk yg mana yg dah amik tuh?
Takleh nak ulas lebih lebih sebab takut aku yg tersalah faham.Benda benda mcm ni ada pro n con ye adik adik.Jgn berdemo melulu tanpa faham matlamat perjuangan.Yang aku tgk rata rata yg turun demo ni adalah mahasiswa yg blm pun habih belajar.Belum pun kerja dan belum pun bayar cukai,bil segala.Nak mintak kos pengajian universiti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan? Oklah,meh kita pikir dari 2 sudut.Positif side,lepas abih belajar takdelah tanggung hutang ribu ribu.Belum keje hutang dah ada,kan teruk?Patutlah kat Malaysia ramai org muda dah muflis.Belum apa-apa dah diajar buat hutang.Negatif side,duit kerajaan tu duit sapa?Bukan duit pembayar cukai?Yang bayar cukai sapa? Kita yg bekerja dan tak dapat bantuan BR1M.Now korg blm keje,top up pun pakai duit PTPTN,bolehlah demo.Esok2 jgn berdemo tanak bayar cukai plak.Buat kene gelak ajer.
Aku pun peminjam PTPTN dan aku juga pernah panggil PTPTN tu tipu sebab selalu masuk duit lambat.Dah ujung sem barulah nak masuk akaun,mana tak hangin.Aku jugak bising sebab sblm ni caj dia tinggi,tapi ada ke altenatif lain? Kalau best student takpelah bulih demand biasiswa Petronas,ni CGPA nan hado,redha ajerlah.
Aku start bayar pun tak ikut jadual mulanya.Gaji kecik lagi jadi aku bayar RM50 jer sebulan.Bila check baki,tak kurang2,makin byk ada.Aku pun call lah PTPTN dan diorg explain dan advise byr ikut jadual yakni RM190 sebulan.Aku tak mampu lagi,byr jer RM100 dulu pastu lama lama dptlah gak byr RM 200.Memang rugi sebab aku kene tanggung caj tapi at least nama tak blacklist.
Susah mcmmana pun,kena fahamlah tanggungjawab yg dah kita setuju.Dah sain atas kertas.Ko gi saman PTPTN,takkan menang dah sebab sah sah ada sain ko kat situ.
Aku ambik pengajaran dari situ,aku takmau anak2 aku nanti tanggung hutang mcm aku ,jadi,umur diorg sebulan ajer,aku dah start menabung.Duit org bagi hadiah atau duit raya,aku tak sentuh,cepat2 masuk akaun walaupun RM5.
Tapi in future,kalau kerajaan dah mampu bagi pendidikan percuma,Alhamdulillah.Tapi tak salah beringat kan?Mana tahu,nak hantar anak oversea ker,kan? Cita cita mau tinggi.
Macam aku kata,nak laksana bukan main bedal jer.Diorg kena timbang baik buruknya dulu.Kadang2 bukan atas dasar mampu ke tak tapi ini juga membabitkan soal jatidiri rakyat.Kalau sumer nak dibagi percuma,adakah kita akan appreciate? Cakap terus terang,benda free mmg payah org nak hargai.Alangkan berhutang,bergolok bergadai pun ada yg main-main belajar...inikan plak benda free.
Tapi bukan aku nak menidakkan idea free education nih.Bagus dan murni sebenarnya tapi mestilah bersandar pada realiti.Maksud aku,maybe kita boleh pertimbangkan cadangan sesetengah org yg aku baca kat alam maya ni,antaranya:-
1) PTPTN tu takyahlah nak meniaga sangat dengan student nih.Kalau boleh,caj tu biarlah dihapuskan.Kalau nak ada pun jgnlah terlalu membebankan.Ini tidak,hutang RM20K,kena bayar balik RM25K,contohnya.
2) Pendidikan percuma untuk rakyat yang betul-betul miskin walaupun result tak berapa gempak.Bukan apa,kita kene fikirkan jugak,maybe budak tu cerdik,tapi disebabkan kurang prasarana utk belajar,maka result pun taklah memuaskan.
3) Rendahkan yuran /kos pengajian pada satu tahap ianya mampu ditanggung oleh rakyat marhaen.
4) Yuran dihapuskan tapi lain-lain kos nak hidup pandai-pandailah kut.Takkanlah sampai beli baju,fon,makan minum pun nak free.
5) PTPTN takyah tetapkan berapa jumlah pinjaman.Biar student apply berapa yg dia mahu.Maksudnya,maybe ada student tak perlu byk2 duit,ntt "ter"guna kat benda lain yg takde pekdah.Tapi aku teringat kat sorg kawan aku.Dia tak pakai pun duit PTPTN,dia guna wat bayar yuran ajer.Utk kos lain,pakai elaun FAMA(makbapak).Baki pinjaman tu dia laburkan dalam ASB.Smart eh? Aku salute...
Itu ajerlah yg aku sempat baca pun.Satu lagi,kalau kita nak sangat percuma,belajarlah bersungguh sungguh sampai dapat 1st class degree,kan boleh convert apa PTPTN tuh jadi biasiswa? Macam aku,dah malas belajar kan,terimalah natijahnya,bayarlah kau hutang tu sampai tua.
Hutang tetap hutang...soal hukum jgn nak diputarbelit plak sebab sumer sudah termaktub dalam perjanjian.Dah berjanji nak bayar pastu ngelat plak,apa hukumnya anak-anak? Jawablah sendiri.Aku bukannya ustazah.Ramai lagi yg arif.
Eh..dah terpanjang plak ulasan aku.Tapi yerlah,ni pendapat aku jer.Maybe aku pun salah faham ke apa ker..sebabnya aku dah malas nak baca manifesto ahli politik dekat2 nak pilihanraya.Kengkadang mengarut pun ada.Tak kiralah mana-mana parti pun,janji manis kemain.Dah menang?? Huh...jgn kata batang idung,bayang batang idung pun tak nampak.
Jadi,mari teruskan kehidupan mcm biasa.Tak usah demo-demo.Dapat jer hak mengundi,gunakan.Pangkah ajer...bukan susah pon...

Saturday, 14 April 2012

TU BUKAN HARTA KORANG,PASAL APA PEGI AMBIK?

Aku baca suratkhabar hari ni,kisah seorang peniaga baju yg eksiden bersama ngan anak dan isterinya.Dia terbunuh kat tempat kejadian dan baby dia yang baru umur setahun disahkan meninggal kat hospital.Wife dia aje yang terselamat.
Sedih kan? Yang paling menyayat hati,wife dia sendiri yang tarik mayat peniaga tu ke tepi jalan sementara baby diorang di bawa org ramai ke hospital.
Tapi,yang paling sedih sekali....
Sikap pengguna jalan raya yang lain yang berhenti bukan untuk membantu,tapi mencuri kain baju yang bertaburan atas jalan.Astaghfirullah....
Tak dinafikan,rakyat Malaysia kita prihatin kalau ada orang yang kemalangan.Orang-orang ini memang betul-betul hero dan ikhlas...Tahniah.
Tapi golongan yang satu lagi ni,aku tak faham betullah...
Menurut cerita dalam suratkhabar tu lagi,dipetik dari saudara mangsa,orang ramai yang mencuri tu seolah olah tak menghormati jenazah yang terbaring kat tepi jalan.Bukan nak pergi tenangkan wife mangsa yang turut cedera dan kehilangan dua orang tersayang sekaligus.
Adusss....naperlah jadi macam nih?
Nak kata taknak percaya ngan laporan tuh, kes ni bukan sekali dua berlaku.Dah banyak kali.
Beberapa hari lepas, lori minyak masak terbalik,berpusu-pusu org datang tadah minyak tu bawak balik.Pastu,eloklah goreng ikan,ayam,pisang..pastu masuk perut.Tak rasa bersalahkah?
Berapa tahun sudah, pacuan empat roda bawak syiling terbalik...pun kena kebas jugak.Sampaikan polis trafik yang ada kat tempat kejadian pun takleh nak buat apa.Redho ajerlah...
Yang memalukan aku,kalau yg mengutip tu memang penjenayah...mungkin boleh diterima akal,tapi kalau dah pompuan bertudung dan dah berpangkat makcik-makcik...apa kes?
Maybe diorg rasa tu rezeki tergolek...diturunkan khas dari langit untuk mereka so tanpa rasa bersalah pegi amik.Tidakkah mereka fikir yang mungkin itu adalah ujian dari Tuhan untuk tengok sejauhmana keimanan kita dalam menahan nafsu dari mengebas hak orang...walaupun benda tu sah sah tergolek depan mata.
Malas nak membebel panjang-panjang..tapi fikirlah.Hari ini kena kat orang,besok-besok kalau kena kat diri sendiri,jangan pulak salahkan Tuhan tarik rezeki kita.Fikirkan perasaan mangsa kemalangan yang tak berdaya nak buat apa untuk mempertahankan harta benda dia.Sudahlah ditimpa musibah kemalangan,harta pula dicuri.
Tak takut dosa? Yerlah,mungkin taklah kut sebab tak nampak score dosa pahala kan? Tapi,kalau dah nampak mayat mangsa tergelimpang tak jauh dari situ,tak ada hati perut kah? Tak rasa simpati kah? 
Aku doa diorg sedar dan bertaubat.Walau apa pun,cubalah bersikap jujur dan amanah...lebih-lebih lagi pada org yang ditimpa musibah.Tapi,tak tau lah aku,kut-kut ada sorang dua cuma tolong kutipkan pastu bagi kat polis ker apa ker...hopefully macam tu.Tapi kalau sebaliknya...
Nauzubillah....
 

Friday, 13 April 2012

GOSSIP ARTIS

Kami laki bini kalau ada masa senggang,suka layan internet kat tab.Cam diva kan baring silang kaki atas tilam atau sofa sambil mata terjegil jegil nengok skrin.
Satu hari,aku buat aktiviti cam biasa lah.Masa tuh dah nak tido.Laki aku plak siap siap nak keluar pi site.Pastu dia tegur,
"ayang ni suka sgt baca gossip artis,"katanya
"samalah ngan abang.Suka sgt tgk website keta,enjin la.Ayg tak bising pon,"
Jgn dicontohi perangai aku seperti di atas..melawan...melawan...haishhh...
"Abg tgk keta,enjin tu sumer,abg takde kutuk-kutuk...tapi ayang baca gossip2 tu sumer,nanti ayg mengutuk.Sia-sia jer dapat dosa,"
Kebushhh...dam dam..kebabo!!!!
Haamikkkk kau!!!!
Tapi,pelik gak aku...selalunya,kalau aku baca gossip-gossip tu sumer,takdernya aku meroyan bercerita kat dia,ataupun post komen kat blog hiburan tuh,ataupun post kat FB,ataupun ajak anak-anak aku yg umur 6 tahun ke bawah itu mengumpat artis-artis tersebut.Jadi,mana dia tahu nih??
Tapi tak bermakna aku tak mengutuk...cuma bukan kat depan dia...
Selalunya aku ajak Sarapinah Sarkova tu untuk mengumpat...
Ataupun mengutuk dalam hati (psikik ke dia ni boleh baca fikiran aku)
Ataupun post kat dalam blog...haipppp...dia baca kah blog aku nih...
Sudahhhhhh....
Esok-esok,kenalah aku cari website yg tunjuk gambar handbag,mekap dan barang kemas ajer...
Barulah tak meroyan mengutuk kan???
Tapi kan...yang koyak rabak nanti poket dia.Tapi takpe,asalkan tak berdosa...ahakssss
Walaupun aku garang...aku isteri mithali tau!!!


Mithali la sangatttttttt....

Mak sentap!!!! Huh!!

Sunday, 8 April 2012

SEMALAM DI PASAR MALAM REMBAU

Semalam aku balik kampung my mother in law..
Kek Rombau..hehehe
Malamnya kitorg gi merayap kat pasar malam Rembau..
Carik2 makanan sket.Nasi dh ada kat umah tapi nak jugak cari makanan pasar malam.Dah jadi habit dah tiapkali blk Rembau,mesti nak gi pasar malam.
Tetengah merayap,aku terpandang dua org budak pompuan,tgh senyum simpul simpul.Sambil tertoleh toleh.Pastu gelak gelak manja.Manis sgt budaknya.Yang sorg tu,lagiiii la cantik,pakai baju kurung lak tu.Comel!
Aku kan kepochi..nak jugak toleh sama,nak tgk apa yg budak pompuan tuh tgk..
Ooooo..kat satu sudut,ada dua org budak lelaki,pun tgh tersengih sengih jugak..
Seb baik ensem,sepadan la ngan budak pompuan tadi.
Tetiba aku rasa marah,geram dan menyampah.
Haish budak2 skang ni,kecik kecik dah pandai nak mengorat!!!
Pasal apa masa aku remaja dulu,takde org pun nak ngorat aku kat pasar malam?
HA?HA?NAPE?NAPE?WARGHHHHH..
HAHAHAHAHAAHHAHAHAHA...entry cam haram!!!kahkahkah

Thursday, 5 April 2012

BAHANA MENGADU DOMBA

Kawan lama aku call semalam..bergayut mengalahkan pasangan bercinta,sampai kul 1 pagi...gilakkk ahh..hehe.
Kesian dia...
Actually dia call sebab nak mengadu,yerlah mungkin dia dah tak tahan sangat dah menanggung perasaan.Sebab biasanya dia jarang nak mengamuk tak tentu pasal.Kalau aku...hmmmm...malas nak cakap.Tgk header blog pun orang dah tau dah...haahhahahah.
Ini pasal kerenah orang-orang kat ofis lah nih.Biasalah kan,kalau takde kerenah tu tandanya ko keje ngan robot.Campak kat mana-mana pun,mesti ada pressure yg datang dari teman sekerja,baik bos mahupun org bawahan.Tinggal lagi,mcmmana kita nak tangani masalah2 tu sumer.
Dalam banyak banyak kerenah misalnya pemalas,kuat melawan,tension tak tentu pasal,skema melampau,gila kuasa...ada satu perangai yg aku rasa masuk kategori paling bahaya...iaitu,mengadu domba atau dalam istilah biasanya "tukang cucuk".
Tak perlu kut aku nak jelaskan panjang lebar apa maksud tukang cucuk nih,yg penting org macam ni sepatutnya harus disingkirkan dari organisasi sebab dia tak mainkan apa peranan pun selain memporak porandakan hidup org lain.
Macam kawan aku ni tadi..sebenarnya satu opis pun memang ada masalah ngan boss dia.Lady boss...manjang PMS.Salah sikit melenting...salah banyak apatah lagi.Lepas tu jenis tak prihatin,gila kuasa dan suka memperli dari menyelesaikan masalah.Jadi,bila dah tau perangai dia macam tu,diorg sumer memang elakkan dari cari pasal ngan dia.Selalunya,diorg akan buat jer kerja tanpa hiraukan bebelan dia yg boleh buat org jadi cacat pendengaran.
Kawan aku ni so called assistant lah kepada boss dia nih.Jadi,bila boss takde,selalunya dia lah akan ganti.Aku gantikan nama dia jadi N ajer lah.Penatlah aku tiap kali nak taip "kawan aku".
N ni setahu aku ialah org yg mengelak dari konfrontasi.Selalunya dia akan diam buat hal dia jer.Jadi satu hari,dia rasa pelik,napa takde angin takde ribut,boss dia marah-marah kat dia.Puas dipikirkan apa salah dia.Menung punya menung,rupanya ada org perasan situasinya tu.Jadi,si M,kawan sekerja dia yg prihatin ni tak sampai hati tgk N ni asyik kena marah sampai murung jadinya lalu dibuka lah satu rahsia.
Rupanya,masa N cuti,sorang lagi budak opis nih, R namanya...sudah "cucuk" itu boss.Dengan boss dia mengadu yg N ni tak reti buat keje lah,bila time ganti boss tak cekap lah,tak buat itu,tak buat ini. Lepas tu pulak,disebabkan perangai boss yg tak semenggah tu,sumer budak opis dia ni selalulah mengutuk boss sesama sendiri atau ngan kata lain,ngumpatlah.Masalahnya,org lain ngumpat,habis setakat itu sahaja.R ni pulak,dah lah dia pun sama ajer mengutuk,pastu dia pegi nyampaikan pulak apa yg org lain cakap tu kat boss dia ni.
Aduss...dengar citer dia,aku plak yg sakit hati.Apa punya perangai lah org macam ni?
Fine,memang salah kau mengumpat,tapi lagi keji kalau ko dah mengumpat ngan member2 pastu ko tikam member ko sendiri dengan menyampaikan umpatan tu pada org yg diumpat.
Speechless,nak nasihat pun tak reti dah rasanya.Aku cuma mampu cakap,elakkan dari bercerita apa-apa baik pasal peribadi mahupun ketidakpuasan hati pada si R.Kalau nak cakap pun,strictly pasal keja ajer.
N ada cakap,si R ni pun bukannya betul sgt buat kerja pun.Bila buat silap,dia akan tuding jari pada org lain.Tapi,sikit pun tak terlintas di fikiran N nak bagitau benda2 silap yg R buat pada boss diorg.Kalau boleh,dia nak settlekan sendiri.Jadi,bila jadi mcm ni,dia kecewa.Kecewa sampai tahap dia nak keluar dari tempat tu.Tak nak kerja lagi kat situ.
Aku takleh nak cakap banyak ataupun nak bagi advise.Situasi aku sekarang sangat berbeza dengan dia.Aku hanya mampu cakap suruh dia banyak2 sabar ajer.Doa pada Allah banyak-banyak agar kebenaran tu terserlah jugak.
Orang-orang yg berperangai macam ni,apa agaknya yg diorg dapat? Kepuasan diri? Suka agaknya melaga-lagakan org? Suka tengok si A gaduh ngan B...lepas tu approach A ngumpat si B,pastu approach B,ngumpat pasal A plak.Pastu tepuk tangan tgk kedua-duanya tak berbaik sampai sudah.
 Aku harap N sabar dan tabah.Orang-orang mcm ni memang ada kat mana-mana.Jadi lepas nih kata N,lantak lah boss dia nak buat perangai apa pun,dia dah malas nak amik pot.Dia akan buat keje dia ajer,yg dia tahu siap keje dia akan blah balik umah.Tapi,jgn harap dia akan buat lebih dari yg sepatutnya sebab takkan ada org yg appreciate.Dia cuma tahu,keje dia siap,dapat gaji bulan-bulan.Yang extra..dia tak nak tolong lagi..biarlah boss dia settle sendiri.
Kan dah rugi...aku tahu N ni jenis tak berkira kalau org mintak tolong.Bila jadi mcm ni,dua-dua pihak pun rugi.Boss dia takleh dapat kerjasama yg sepatutnya,N plak akan berkurang produktiviti dia.Kan rugi???
Jadi,yang ada perangai macam ni,aku harap dia cepat berubah.Dia mungkin tak sedar damage yg dia buat pada kawan-kawan kat tempat yang dia cari makan jugak.Mungkin jugak dia tak sedar,kesan tindakan dia akan jejaskan periuk nasi orang.Aku doakan ajer,semoga dia insaf...
Meh doa sama - sama...

Wednesday, 4 April 2012

SAHARA TENT..MARI MAKAN MAKANAN ARAB

Weekend hari tu,tekak rasa nak makan Nasi Arab.Sejak-sejak layan lagu Arab dua tiga hari ni,selera makan pun boleh terpengaruh sama.
Rasa mcm mengidam lah,kalau tak dapat kiranya mcm meleleh lah air liur baby.Memandangkan perut aku takde baby pon,air liur aku ajerlah yg meleleh...hehehehehe.
So,aku gugel lah restoran Nasi Arab kat Shah Alam ni...huhuhu,tak byk,balik-balik Zam Zam Cafe,D'Arab cafe dan Sahara Tent.Sumer dah pernah pegi...tapi tak kira.Nak jugakkk
Setelah berdiskusi dan bermusyawarrah laki bini, kami memilih ke Sahara Tent sebab lebih kena ngan tekak kami.

Golap plak eh,nasib baik nampak unta tuh.
Saja pilih tempat kat akuarium,barulah tiga org ni diam sket

Tapi,masih huru hara gak tempat ni dibuatnya

Adik dah mula protes

Dapat air,diam...


Chef Speciality

Makanan kat atas ni,highly recommended.Dia letak tajuk pun mcm kat atas tu.Memang sedap giler.Masakan terung yg rasanya masam dan berempah.Cicah ngan roti tu...mak aiii...berebut-rebut kami makan.Siap mintak tambah roti lagi.

Ni aku punya...chicken khabsa..org lain punya malas nak snap gamba


Alhamdulillah...kenyang...burpppppp
Sahara Tent yg kitorg pegi ni kat Plaza Masalam Seksyen 9,Shah Alam.Ada delivery service lagi.Pasni takyah lah aku nak pegi makan kat sini lagi sebab pening anak-anak aku asyiklah berlari-lari dalam restoran.Bukan apa,buatnya dorg langgar waiter tgh angkat makanan,tak ke haru.Buatnya dorg bwk air panas ke apa...eii,mintak simpang.Kalau rasa nak makan nasi Arab lagi,boleh call delivery dia ajer.Makanan pun sedap.
Huh,terngiang ngiang lagi rasa terung berempah tuh....Sedap betul...Sumpah tak tipu!!

HOBI BARU SAYA

Mak saya kata,hari ni hari malas saya Mak Incik... ( baca nada si Labi)
Malas..malas...malas..tapi gatal gak nak update blog.Ah,sangat memualkan.
Disebabkan itu,aku nak tepek gambar ajer...ni hobi terbaru keluarga kami yg mungkin akan bertahan dua tiga bulan ajer.Biasalah,keluarga Doraemon...

Woh,plastik pun tak bukak lagi


Hakim yg gayat..

kesian adik,beskal recycle ajer

Walaupun camtu,keselamatan diutamakan



menyapu laman pun pakai helmet okayyyy

Ketot lagi ada hati nak bwk beskal besar

Gambar aku dan lakiku naik beskal terpaksa di tapis supaya tidak tersebar sekaligus menjatuhkan kami ke atas jalan...kui kui kui...ampun ampun...saya gurau ajerrrrr....