Thursday 19 January 2012

RESEPI AYAM PANGGANG

Amaran: Entry ini mempunyai unsur unsur keji,riak dan perasan...diharap bersabar membacanya...

Bertemu lagi dalam rancangan masak memasak ye puan puan.Tajuk resepi saya kali ini ialah...

AYAM PANGGANG ADER AKU KESAH?
Bahan-bahannya

Ayam beberapa ketul (nak seekor pun xper...lantak ko lah,ader aku kesah?)
Peringatan penting - Ayam mesti diBOGELkan utk memberi gambaran yg jelas kepada mata anda.Sekiranya ia memakai kulit,ia tak akan mampu menyampaikan mesej resepi ini kepada puan puan yer...

Sos lada hitam
Sos BBQ
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Madu
Garam
Kentang

Cara-caranya
1) Gaul semua bahan sos + madu+ Garam.Portion adalah ikut suka yer puan puann
2) Bila bahan sos dah sebati, gaulkan ayam dan perap sekurang-kurangnya sejam.(Nak satu hari satu malam pun takper.Jika anda mengalami masalah sembelit,disarankan perap selama 3 minggu sebab by the time anda makan,tak sampai seminit confirm cirit birit.)
3) Panaskan oven pada suhu 180 c selama 10 minit.Bila dah panas,masukkan ayam tadi dan panggang selama 40 minit.
4) Jangan lupa masukkan kentang yer....


Bila dah masak...ni lah hasilnya:-

Sorry,gambar x senonoh sebab aku dh cekik 2 ketul ayam dah tadi

Sepertimana tajuk resepi ini,demikian jugalah konsep hiasannya yer puan puan.Menggunakan konsep " Sukati Aku Ler" akan mengurangkan perasaan bersalah tukang masak apabila masakannya dipandang serong oleh suami ataupun mertua...
Aku dah pun makan masakan aku ni...rasanya agak mabelles la mengikut piawaian tekak aku.Dan sehingga entry ini ditulis,aku belum mengalami cirit birit lagi,jadi rasanya resepi ini sangat berjaya lah...
Selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment