Thursday, 26 June 2014

UJIAN ATAU MUSIBAH?

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....cuaca panas lately tapi syukur bila malam aku rasa selesa dan nyaman jer.Cuma bila nak keluar kena hati hati sebab jerebu dah kembali.Maklumlah,aku ni ada anak kecik..nak kena jaga gak tu.

Sekarang bila bukak berita...tak payah tunggu jerebu pun dah boleh sesak nafas.Dengan cerita jenayah yg dah makin pelik dan tak masuk akal.Cerita org bunuh diri semakin berleluasa.Tembak menembak dh jadi cerita biasa.Buang bayi,dera anak,culik dan bunuh...Aku mohon perlindungan dari Allah...jauhkan lah kami dari musibah musibah ini....

Aku takde nak bagi tazkirah apa apa kat sini.Diri pun tak sempurna mana tapi aku nak share sesuatu.Sesuatu yg buat aku lebih menghargai diri dan org sekeliling aku....

Aku ingat lagi time tu 13 May 2014.Masa tu cuti umum.Tak gi mana mana...just duk rehat.Dari pagi tu aku start rasa tak selesa kat bahagian leher.Belum rasa sakit tapi bila nak menoleh belah kiri,aku rasa mcm ada "sesuatu" kat leher especially kat bwh telinga tu.Tapi aku buat tak tahu lagi.

Bila petang,husband aku bwk anak2 pergi berenang.Tinggal aku ngan Fatih jer kat rumah.Boleh plak kami berdua tidur berjemaah sampai petang.Aku bgn nak solat Asar..rasa makin tak selesa bila nak toleh atau gerakkan leher.Aku raba raba lah leher...sampai aku tersentuh lump yg agak menonjol..betul betul kat bahagian otot leher atas sikit dari tulang selangka.

Terus saja aku rasa darah aku kering serta merta!! YaAllah...lump apa ni??

Aku berlari ke depan cermin.Imej kat cermin betul2 buat aku pucat lesi.Jelas tertonjol lump tu.Sentuh lagi...ada lagi satu kat leher bwh rahang.

Terus aku rasa cam nak nangis.Dahlah takde org kat umah ni...aku solat Asar.Lepas tu duk diam diam atas katil sambil pegang dan picit ketul ketul tu.

Musibah atau ujian??

Sepanjang hari aku rasa tak tenang.Nak makan tak selera,nak tido tak lena.Tiap kali teringat,darah berderau dan badan jadi seram sejuk.Bila dh mcm gini...aku asyik bad mood.Dengar bunyi bising takleh...rasa serabut.

Rasa sedih,takut,seram semua bercampur baur.Sejak bila lump tu ada? Kenapa aku baru sedar? Mcm2 persoalan.Tapi semua aku simpan sendiri.Tak bgtau sesapa even laki aku.Pastu berkira kira sendiri nak gi jumpa doktor ke tidak....

Memandangkan aku terlampau takut dan tertekan...aku decide nak biar dulu sampai aku bertenang.Esoknya...leher aku start rasa sakit.Nak toleh pun seksa.Urat leher tu mcm dicengkam dan ditarik.Time sujud lagi lah...rasa mcm bwh rahang tu ditindih benda berat.Sakit yg amat.

Aku buat kerja mcm biasa.Hantar anak gi sekolah.Tapi bila bwk keta...nak menoleh tgk cermin pun rasa sakit.Aku tahankan ajer.Masak,kemas rumah mcm biasa juga.

Time tu lah aku rasa aku lebih beriman dari hari hari biasa ( semoga berpanjangan..:) )..Solat lebih kusyuk...doa lebih panjang,bermunajat memohon pertolongan Allah.Tak henti...berzikir dan merintih.Celik mata jer zikir,ingat Allah.

Sambil sambil aku pegang lump tu...tak kurang jugak saiznya.Masih sama...aku rasa dh tak tentu arah.

Masuk hari ketiga..Alhamdulillah.Sakit tu beransur kurang tapi lump tu masih terbonjol dan bersaiz sama.Hati masih tak tenteram.

Hari Sabtu...sakit tu berkurang byk.Tinggal rasa tak selesa ajer.Tapi ketulan tu masih disitu.Aku masa tu dah agak bertenang tapi masih risau dan sedih.Aku cuba google apa simptom ni tapi semua result menjurus kpd kemungkinan yg menakutkan...if u know what i mean.Nauzubillah...

Hari Ahad...aku nekad.Aku mesti pergi jumpa doktor.Walau apa dia nak kata,at least aku dh berikhtiar.Sekurang2nya kalo nak terjadi penyakit tu,awal2 aku dh dptkan pertolongan.Dalam seminggu tu,aku usahakan makan madu dan pil habbatussauda.Alhamdulillah...

Hari Isnin..lepas hantar Amani aku terus ke klinik.Perasaannya time tu mcm waktu dihantar ke labour room tapi debarannya lagi hebat.Masuk bilik doktor,dia tenang ajer waktu aku bgtau masalah aku.Doktor Husna namanya.Muda dan cantik..( tak tau apa kaitan aku nak cerita mende ni.hihi)

"Kalo ada sakit mungkin infection.Ada demam tak?"

"Tak..."

Time tu muka dia agak berubah sikit tapi takde lah ketara sgt.

Pastu dia suh aku duk tegak...dia picit2 keseluruhan leher termasuklah kat lump dua ketul tu.Time dia tekan...alemak,sakit weh.Sebelum tu okey jer.

"Okey...biasanya kalau bengkak kat leher tu maybe ada infection tapi kita nak tahu dari mana punca infection tu.Breast ada sakit? Boleh saya periksa?"katanya.

Nasib baik doc pompuan jadi aku bg dia check.Tekan sana picit sini...dia cakap takde apa apa masalah kat situ.Dia suh aku duduk kat kerusi balik.

Kali ni dia amik measuring tape.Dia ukur saiz lump tu.

"Okey, i treat this as an infection ya.Saya bg antibiotik but saya nak jumpa awak lagi seminggu.Saya nak tgk samada lump tu makin besar atau sebaliknya.Kalo dia still kat situ..i have to refer you to hospital la utk tahu apa bendanya"lembut tapi tegas suaranya.

Oh no....aku telan air liur time dia tulis tarikh dlm kad appointment.

Alamak...Al Fatih melalak plak..nanti sambung lagi..






2 comments:

  1. InsyAllah, Everything gonna be fine..Selamat menyambut Ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Ramadhan En Abil..Alhamdulillah:)

      Delete