Assalamualaikum...
Aku ingat hari ni nak update citer pasal trip ke kidzania anjuran pelitawanis ( kelab kat tempat keje laki aku tapi laki aku bkn ahlinya la,pelitawanis utk pompuan jer..hihihi).Kemain seronok anak anak aku ke sana tambah plak jumpa kwn2 baru sampaikan naik pening aku mencari si Hakim.Kejap kejap hilang ikut kwn.Nasib baik mak kawan dia ada duk monitor.Aku plak dah mcm gps dah,merata rata aku pergi cari dia.Yang tu later lah aku citer..
Tup tup balik,terbaca berita pasal budak OKU yg dijumpai dlm keadaan yg sungguh menyayat hati.Tergerak ati plak nak klik video tu.MasyaAllah,tak ada kata yg boleh aku gambarkan betapa sayu dan hibanya keadaan dia...
Dalam pada anak2 kami bersuka ria,dia hidup sebegitu rupa.Adohai anak...syukurlah Allah tunjukkan jalan kepadanya utk lepas dari seksaan ini.Terima kasih kepada pegawai bertugas yg menjumpainya tu...walaupun secara tak sengaja tapi bagi aku tetap hero.
Aku pun takde bende nak komen pasal emaknya.Terserah kepada pihak berkuasa utk menyiasat.Aku pada mulanya nak bersangka baik...tapi bila kenang kembali video tu..entahlah.
Bekas pengasuh anak itu pun ada melawatnya di hospital dan sebagai org yg pernah menjaganya,tentulah dia terkejut.
KLIK SINI
Aku harap pihak berkuasa siasat sekali bapa budak tu.Maybe emaknya tertekan dgn perangai bekas suami dan yg jadi mangsa si anak malang itu.Entahlah,hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.
Hari ini..dengan perkembangan terbaru yg dia dh beransur pulih.Harapnya nasib anak malang ini terbela.Sama sama kita doakan...Amin.
Nak cakap lebih lebih pun kang...ujian tu belum menimpa kita.Harapnya kita boleh jadikan iktibar supaya kita jadi lebih prihatin.Dan semoga dijauhkan tragedi ini dari berulang lagi...
Update: Bapa anak malang ini disahkan sudah meninggal dunia pada tahun 2012.
Klik sini
tu la kan.
ReplyDeleteistigfar je masa tgk hri tu
smga dipermudahkan hendaknya
Ikutkan kalo bdk yg ada CP ni kalo dibiarkan mcm tu jer boleh kene sawan...tapi Allah Maha Kuasa melindungi dia...walau dijumpai dlm keadaan mcm tu,masih hidup lagi.Allah menjaga anak syurga ini supaya kita semua buka mata..
DeleteDoa utk adik Firdaus..Amin
betul tu.ujian buat kita semua bukan setakat ujian buat ibu nya sahaja.
ReplyDeleteselamat berpuasa.acaner sahur hari ni? berjalan lancar. hihi
Selamat berpuasa QR...hehehhee...so far masih lancar sahurnya...hihi
Delete