Thursday, 5 June 2014

DIALOG ANAK ANAK

Assalamualaikum...

Petang tadi,aku bawak bebudak ni keluar.Nak jumpa member lama jap.Si Amani sibuk cari jaketnya.Dia memang mcm tu,dia tak selesa kalau pakai gaun takde lengan.Dia mesti nak cari jaketnya.

Bila tgk kakaknya pakai jaket,Rafhanah pun sibuk suruh aku pakaikan dia baju sejuknya ( dia takde jaket).

Takkanlah tengahhari buta nak pakai sweater,aku cakaplah tak payah.Bermula lah sesi soal jawab.

Rafhanah: Apa tak oleh plak? Akak along tu oleh jer...

Amani: Yelah,baju akak along ni takde lengan.Nanti malulah nampak ketiak..

Rafhanah pun angkat tangan....tinggi tinggi...

Rafhanah: Adik pun ada ketiakkkk.....

Ibu pun pitam....

Sekian....




No comments:

Post a Comment