Friday, 27 June 2014

UJIAN ATAU MUSIBAH-SAMBUNGAN

Assalamualaikum...

Sambung kembali cerita smlm.Kene karang cepat sebab bila lebih dari 2 hari...cerita akan tergantung begitu sahaja.Hihi...

Maka dlm masa seminggu,aku makan ubat dan meneruskan dgn madu,habbatus sauda dan sebagainya.

Leher dh langsung tak rasa sakit pun.Tapi lump tu masih timbul.Tiapkali ngadap cermin aku rasa tertekan.Tapi...sepanjang masa gak aku duk tekan picit benda alah tu.

Pastu,mlm hari yg aku gi jumpa doc tu,aku cerita kat laki aku.Pastu aku dh mcm meledak.Terus nangis teresak esak.Dia cam pelik tgk aku beria ia nangis.Aku tanya dia what if kalau lump tu ialah cancer? ( Nauzubillah).Dia rilek jer jwb.. "Istighfar,Allah yg bagi sakit,Allah jugak yg akan sembuhkan.Ingat Allah yang...jgn fikir bkn2"

Masa tu aku dh terbayang mcm mcm.Teringat anak anak yg masih kecil.Teringat pengalaman mak mentua sendiri.Mcm mcm aku fikir.Aku pun tak tau naper aku jadi emo mcm tu sekali.Ialah...ketul tu besar kut,menonjol lagi.Mana ko tak ngeri...

Dua tiga hari lepas tu,tiapkali aku picit,aku rasa mcm saiznya makin kecik.Alhamdulillah...tapi aku tak puas hati selagi tak dengar apa cakap doktor.

Dua minggu itu adalah minggu yg paling panjang dalam hidup aku.Tiapkali celik mata,aku rasa seram sejuk.Dengan mcm2 andaian bermain kat kepala.

Hari isnin berikutnya...ngadap doktor.Dia picit picit leher aku.Lama....mcm mencari cari sesuatu.Sebelum tu dia siap siap ambik measuring tape.Tapi lepas dia picit picit..dia tanya aku balik..."Kat sini kan?" Aku ia kan ajer.

"Okey....ketul tu dah takde.Alhamdulillah.Kalau tak saya maybe rujuk awak ke hospital..."katanya.

Time tu aku rasa mcm nak sujud syukur kat lantai klinik tu jugak.Nak peluk doktor kang dia kata aku buang tebiat plak.Tapi...leganya mcm baru melepaskan beban yg berat dari bahu aku.

Syukur YaAllah kerana KAU kembalikan nikmat kegembiraan,kelegaan dan kesihatan setelah diuji ketakutan serta kesakitan selama dua minggu.Tak terungkap rasa syukur itu.

Balik dari klinik,tak henti henti tersenyum.YA ALLAH...ampunkanlah dosa dosa aku....syukur ke hadratMU YA ALLAH.

Jadi begitulah.Mungkin aku dah banyak lalai selama ni.Jadi,bila diuji begini,aku jadi lebih dekat padaNYA.Eh...maksud aku bukannya tetiba jadi alim...tak.Maksudnya,kuranglah sikit lalai tu.Kang org cakap poyo plak kang.

Itu sajalah aku nak cerita...memang rasa perit hidup dlm ketakutan ni.Paranoid sgt sementelah aku pernah hidup dgn org yg ada sakit tu jadi aku memang cepat tersangka bkn bkn.

Harapnya aku dan keluarga diberi kesihatan yg baik dan dijauhkan dari penyakit merbahaya itu...

AMIN.....


4 comments:

  1. bykkan minum jus carrot utk elak kanser..sbb tu kita tgk takda sekor arnab pun yg kena kanser..apa pun semoga kak cepat baik ye.bykkan berdoa..doa yg paling mustajab masa nak berbukak posa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Bolehlah amalkan.Alhamdulillah dh ok tapi pengalaman tu mmg menakutkan.Entahlah...over react ke apa..tapi sapa tak takut kan?
      Time kasih...

      Delete