Monday, 26 March 2012

TOLONGLAH JGN GEDIK SGT,SAKIT MATA AKU...

Ah,pagi pagi dah nak membebel...
Assalamualaikum....
Nak bebel dari semalam lagi tapi takde masa...( ada sapa kisah?)
Aku nih kalau ada masa lapang,sambil nyusukan si kecikku,aku akan bukak blog hiburan kat tab aku.Baca gossip ah,kalau aku baca ensiklopedia kang aku sama "jalan" ngan si kecik nih.Keja umah dahlah berlambak.
Pastu,aku baca part video Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya...dlm rancangan PROPAganza...
Aku pun baca part komen....
" Oh sweetnya...oh i nak nanges...oh terharunya...blah blah"
Aku geram...
Pastu,dadaku lapang dan lega..
Nasib baik,majoriti yg komen tu sangat cerdik dan bijak....sorry,diorg tak termakan dengan agenda Illuminati dan Freemason...hahahahahaha
Aku tak kritik cara dia nak melamar walaupun ada yg kata " Ikutlah sgt cara Barat," Honestly,aku tak rasa apa-apa.Lantaklah cara apa dia nak melamar pun.Bukan itu yg jadi masalah walaupun babak Awal menangis tersedu-sedu tu sangat menjengkelkan.Baik si Scha lagi,agak rilek dan brutal.Paling tak tahan,si Marsha...sakit mata aku ngan kegedikannya.
Drama King and Drama Queen...
Dan Astro....rancangan ni paling sampah pernah aku tengok!!! Kembalikan duit aku !!!!!! Eh,laki aku yg bayar...ehehehehehehe
Eh,sebenarnya aku tak penah tengok.Aku tengok iklan pun loya.
Kenapa aku kata ada ramai yg komen cerdik.Sebab ada yg komen tu cakap yg couple ni dah announce buat preparation nak kahwin,dah test baju pengantin,tinggal nak umum tarikh ajer.So,apa yg surprise sangat dgn melamar-melamar nih?
Oklah,fokus aku bukan pada couple nih,tapi unfortunately,diorg jadi contoh pada sebuah rancangan yg tak bagi apa-apa manfaat pada masyarakat.Adakah org Astro fikir setakat ni saja mentaliti rakyat Malaysia? Mungkin ada yg tengok hanya sekadar suka-suka tapi itu for grown up.Aku tak nafikan ada yg tgk sekadar nak release tension ajer,tapi lepas tu diorg tahu fikir.Mcm pengkomen2 bijak tu lah.Tgk sekadar tgk.Tapi,jgn lupa gak,ada lagi segelintir anak remaja yg tak tahu fikir.Kalau diorg tahu fikir,diorg tak lari dari rumah pastu claim kena culik.Aku tak kata diorg bodoh tapi kurang matang.Buatlah satu rancangan yg boleh bagi manfaat sket,yg boleh kembangkan minda budak-budak nih.Bukan sekadar satu program dengan pengacara gedik dan so called "wartawan" setengah masak cari bahan.Aku bet,artis pun menyampah ngan program nih.Propa,propa,propa....
Aku last sekali tgk AF masa zaman Mawi ajer.AF2 aku tak tgk.AF1 pun separuh jalan sbb geli tgk peserta gedik yg gatal sgt nak menangis masa penyingkiran mcm abah dia meninggal,walhal mcm xleh jumpa pun lepas program abih.Sengal!! 
Mentor langsung tak tgk,OIAM jer aku layan sbb tak byk drama...yg lain-lain langsung tak amik port.
Aku cuma layan Masterchef ajer.
Aku tak kata org yg suka program ni tak matang,sebab aku tahu kebanyakkan yg tgk pun bukan apa,sekadar nak rilek kepala ajer.Terhibur gak tgk badut kan?
Ah,malas nak cakap apa,bebel bebel pun,program tu tetap berjalan gak.Rating tetap tinggi.Jadi,kalau tak suka jgn tengok ajerlah...( aku pesan pada diri sendiri)
Tido lagi bagus...syokk wooo,hujan

2 comments:

  1. umi! aku sgt setuju. mula2 aku nak la tgk sbb dgr dr cousin2 aku. tp lps tu bola roma aku naik..eeeee..geli mak! tapi serious la, dioeg mcm kekeringan idea. byk lagi kes yg unresolved. cuba buat documentary malaysia ker, CSI MALAYSIA bak kata harith iskandar ker..ini x abis2 artis! mmg kekdg astro tahap gaban borinkkkkk! if cuti2 buatla cerita best2 ker, ini tidak..asyik2 ulangan citer bodo..tak berkembang minda aku dibuatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang naik bulu roma tak menahan betul,hahahaha.Actually,bkn nak kutuk,tp kutuk gak lar...ada sekali RTM ker TV3 ada buat siri forensik,tapi..sedeyyyy.Nak save budget kut,pelakon kayu,penulis skrip pun mcm malas nak wat research.I dun think kita punya forensik team hampeh mcm dlm drama tu..Astro suck...even aku 24jam duk umah,jarang tgk TV.Nak suruh cancelkan Astro nih,not fair kat org lain plak.Eh,aku nyer komen boleh up satu entry...ngaaaaa

      Delete