Hari tu masa aku baru start kereta nak hantar anak-anak ke sekolah,lalulah lori sampah.Si Hakim sangat teruja sebab dia memang obses dengan segala jenis lori nih.Lalu,dia pun berdialog dengan aku,
Hakim : Ibu,bila besar nanti,Hakim nak bawak lori...
Aku: Ok,Hakim nak bawak lori apa?
Hakim : Lori sampah....
Terus terpeleot tgn aku yg tgh pegang stereng.Seb baik kat kawasan perumahan,keta gerak 20kmj jer,kut tak,mau terbabas.Bukan apa,terus bergelimpangan aku ketawa...
Hakim oh Hakim...
Tapi aku ketawa kejap jer sbb dia dah tarik muncung.Opss...dan aku hanya ketawa,tapi aku tak bangkang hasrat dia.Sebabnya....
Hakim : Hakim nak bawak lori sampah sebab nanti senang Hakim buang sampah untuk ibu.Ibu takyah buang sampah lagi,biar Hakim kutip.
Oh,murninya niat kau nak...
Aku tak kisah pun setakat nih anak aku nak jadi apa.Sebab,dia kecik lagi.Memanglah bagus tanamkan kat kepala otak dia awal2 suruh jadi doktor ke,peguam ker,engineer ker,tapi aku rasa aku tak perlu gelabah pun dengan cita-cita dia sendiri.In future juga,aku maybe tak kisah dia nak kerja apa,asalkan halal.Jgn mintak nak jadi penyamun ker apa ker sudah.
In fact,aku tak pernah lihat pekerjaan membawa lori sampah itu sebagai hina atau low class.Takder org bwk lori,sapa nak angkut sampah?
Cuma,sepertimana ibu-ibu yg lain,dah tentu tentu lah aku harapkan anak-anak aku kelak berjaya dalam hidup.Dapat kerja yg bagus,gaji tinggi dan menjamin masa depan.Itu saja.
Dan menjadi tugas aku untuk bimbing mereka ke arah itu.
Esoknya,dia berdialog lagi,
Hakim : Ibu,Hakim tanak makan byk2,nanti gumuk (gemuk) tak muek ( muat) Hakim nak naik lori truck nanti.
Pulak dahhhhhh....lantak ko lah....
Harap-harap bila besar nanti,ko bukak bisnes jual lori...kayo tu...ehehehehehe.
Nasib lah nak,mak ko memang mata duitan.Ekekekekeke
No comments:
Post a Comment