Thursday, 8 March 2012

AKU DAN LAGU HINDI

Sejak aku dah beranak pinak,aku dah makin jarang mendengar lagu.Maksud aku,kalau dulu,masa zaman muda mudi,memang tak lekang dari walkman...( auww,klasik sgt bunyinya pakai walkman).
Dari walkman sampailah ke Ipod la,henpon la,MP3 player lah....sampai pekak lah telinga aku nih.
Aku ingat lagi,aku beli walkman masa matrik kut.Pastu suka gi mana-mana sorg2.Yerlah,kalau jalan ngan org lain,kesian org tu kena bebel sorg2,aku dah pekak badak dah ngan earfon tu.Pastu dlm bilik,gedabak besar radio aku pinjam dari maksu aku.Study ciput,aktiviti aku hari-hari rakam lagu dari radio.Sepupu aku pernah cakap,lanun cetak rompak tuh,aku lah kepalanya.Boleh kata every week beli tape kosong,pastu rakam lagu.Berpuluh-puluh kaset aku simpan sampai skang,cuma dah tak mainkan lagi dah.Bunyinya pon dah mcm suara mak lampir dah.Tapi simpan buat kenangan.
Skang apa susah,nak dengar lagu feveret,search jer dlm internet,download masuk MP3 player...sekian time kasih.Memekak lah ko sampai pagi.
Cakap pasal muzik kegemaran...haahahaaaa....
Aku punya taste berbeza sket ngan org lain yg sebaya.Masa org lain duk layan lagu Mat Salleh,aku x amik pot pun.Dari sejak sekolah,aku layan lagu Hindi ajer.Sampai lah sekarang...hehehehehe.Tu kaset berpuluh-puluh tu,sumer lagu Hindi lah yg aku rakam.
Kawan-kawan aku dah paham dah kegilaan aku ngan lagu Hindi.Aku jarang layan movie,tapi aku suka dengar lagu ajer.Dah tu plak,aku tak suka lagu Hindi moden dan urban,yg ada unsur-unsur kebaratan ala-ala muzik omputeh.Tak suka.Lagu hindi pilihan aku mesti yg ada irama gendang-gendut tali kecapi tuh.Tak hindi enuff lah kalau irama tak goyang-goyang pinggul kan? 
Pernah masa aku kat Desasiswa Cahaya,masa tu 1st year.Aku pasang kaset Mohabbatein kuat-kuat.Masa tu kat blok aku ada gotong royong.Then,aku nak kuar,so aku tutup lah radio aku.Masa kat depan pintu,jiran-jiran yg tgh melepak kat depan bilik (depan bilik aku ialah ruang tengok TV) sound la " Apsal tutup,kitorg tgh syok layan lagu Hindi,". So,aku masuk balik,pasang kaset,pastu kunci pintu,keluar.
Aku balik ajer,diorg datang bercerita kat aku.Sepeninggalan aku,rupanya Penggawa asrama dtg buat spotcheck.Sekali bergegar hostel ngan aku punya lagu Hindi tapi diorg takleh tutup sebab aku dh kunci pintu.Terus penggawa tegur " Hamboi,kemain org bilik ni pasang lagu Hindi".
Satu blok kenal aku disebabkan insiden tuh...haahahahaha.Memori sungguh.Ah,korg yg request..nasib ler.
Selain dari lagu Hindi,aku suka lagu Arab,Latin dan dangdut.Hahahaha...teruk betul taste aku.Bergelek tak gak pandai.Kejung jer pinggang sampai skang.Kan aku dah cakap,taste aku agak pelik sket.Mana ada rakan sebaya aku layan lagu Arab,Latin ngan dangdut,diorg sumer layan lagu omputeh.
Selain tu,aku jugak suka lagu-lagu tradisional mcm zapin,joget,ghazal.Ntah roh nenek kebayan mana lah yg dah masuk dlm badan aku nih,lagu cenggitu lah yg aku gemor bebenor.Lagu Aishah,Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris,sumer layan.
Jgn tanya aku pasal lagu mat salleh,haram tak tahu.Kalau aku ada minat satu dua lagu omputeh,maknanya lagu tu memang sedap nak mampus sampai aku takleh menolak godaannya.
Hahahaha...memori daun pisang sungguhlah...sampai lah ke masa skang nih.Aku masih lagi fanatik lagu Hindi.Mak aku pun pernah membebel pasal kegilaan aku ngan lagu Hindi nih.Katanya,patut aku ni lahir kat India ajer.Huhuhuhu...
Kat dalam keta,biasanya aku pasang earfon ajer pasal laki aku allergic ngan lagu Hindi.Bila aku pasang kuat-kuat,jap gi dia membebel nak muntah kelabu.Jadi aku biarkan dia cakap sorg-sorg,aku layan Hindi tu sampai terlelap.Siannnnn dia....
Aku ingat,since aku ni malas bersenam,aku nak cari video lagu-lagu Hindi lah.Bergelek ngan anak-anak kat depan laptop ke TV ker sebagai ganti senaman.Huh,mana tahu kut boleh lentuk cam Kareena Kapoor,sumpah laki aku tak cari lain...kuikuikui....

No comments:

Post a Comment