Wednesday, 14 March 2012

AL FATIHAH

Sejak Sabtu lepas,aku memang tak bukak laptop,tab dan baca paper sbb harus ke Perak.Pastu hari Ahad,balik kejap ke Shah Alam,siap siap nak balik Terengganu.Hari Isnin singgah rumah adik kat Kemaman,hari Selasa barulah sampai ke rumah parents aku.
Pastu barulah aku bukak blog,terbaca satu komen kat entry adik Dirang tu.Katanya,Adik Dirang yg comel tu dah disahkan meninggal dunia dan cara kematiannya sangatlah menyayat hati.Ternganga aku jap,terus bukak berita online.Rupanya dah kecoh.
Pastu adik aku pun ada cerita jugak pasal kes nih.
Ya Allah,sebaknya dada,Tuhan saja yg tahu....kenapa gini akhirnya.
Apapun yg telah aku katakan,aku tetap bersimpati dengan keluarga ini.Hancur hati tgk emaknya menangis dan pitam tatkala terima khabar sedih tu.Mana-mana mak dalam dunia ni mesti akan terasa dengan kes ini.Apa dosa si comel ini hingga diperlakukan sedemikian rupa? 
Innalillahiwainnailaihirojiun....Syurga lah tempatmu nak...
Semoga keluarga ini diberi kekuatan dalam menerima musibah ini,dan semoga kejadian ini tidak lagi berulang.Sama-sama kita ambil iktibar.Sama-sama juga berdoa sipelaku menerima balasan setimpal.

Alfatihah...Allahyarham Adik Nur Nadirah @ Dirang
 Semoga tenang kau di sana sayang...Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment