Aku terperanjat giler bila sepupu aku post video budak kat taska yg kene balut cam hantu pocong tuh.Paling sadis sekali budak yg ditampal plaster kat mulut tuh.
Aku tak tau nak kategorikan pengasuh tu sebagai apa...tanpa rasa bersalah,rakam video plak tuh.Dia ni bodoh ke bangang...buatnya budak yg bertampal mulut tu termuntah ker,tak ke masuk balik muntah tu dalam mulut dia dan menyebabkan tercekik.Tu salah satu kemungkinan org duk kata tersedak susu tuh.Giler kejam.
Pastu,esoknya kuar dalam Metro plak,owner taska tu buat report polis bersama-sama ngan mak budak tuh dengan dakwaan kena sabotaj ngan pekerja dia.
Aku ni bukanlah nak buruk sangka yek,tapi aku musykil.
Tak rasa bersalah walau sekelumit pun pengusaha taska tu.Siap hari ni kuar lagi kenyataan susulan kat Metro duk menyalahkan bekas pekerjanya tu.Kononnya tu sumer bukan amalan kat taska dia,dia apa pun tak tau...Aku memang tak heran dgn perangai segelintir rakyat Malaysia nih,segelintir ek...bukan sumer.Perangai suka tuding jari kat org.Aku tuduh dia,dia tuduh aku...
Kalau aku tak salah lah kan,dalam apa-apa organisasi,pekerja adalah dibawah tanggungan majikan ataupun pihak atasan kan? Bagi contohlah kan,sekiranya seorg wartawan tersilap lapor berita ataupun lapor berita yg mencetuskan kontroversi atau apa-apa ajerlah,selalunya yg kena pecat dia punya Editor.Sebabnya senang,editor ialah org yg bertanggungjawab menapis berita yg ditulis wartawan.
Jadi kat sini...kau sebagai bos,apa kau buat? Takkan tak pernah pantau mcmmana pekerja kau jaga budak.Sikit pun tak pernah datang jenguk ker? Buat spotcheck ke? Pekerja kau dua org tu ajer ke? Takkan takde pekerja lain yg report?
Bende ni tak silap aku dah lama,takkan dia tak tahu? Bila dah kecoh satu Malaysia baru lah sibuk nak report polis.Nasib baik takde berlaku apa-apa kat budak2 tuh.
Lepas tu pulak,pihak yg bertanggungjawab datang check Taska tu dan disahkan tak melanggar apa-apa peraturan.So,lepas macam tu ajerlah? Ke nak tunggu ada budak meninggal atau masuk hospital dulu baru nak ambil tindakan?
Isyy,banyak plak aku punya kemusykilan.Tapi,yerlah,sebagai seorg ibu,mendidih darah pahlawan aku bila tgk budak kecik sebaya anak aku dianiaya sebegitu.
Aku tak berada disitu dan tak tahu cerita jadi aku biarkan kemusykilan aku dijawab oleh Tuhan ajer nanti kerana hanya DIA yg mengetahui.Tapi aku berharap biar ada sikit rasa tanggungjawab oleh pengusaha taska dan pekerjanya.Kes-kes bayi meninggal dipusat asuhan sgt merisaukan tapi aku tgk kecoh lah kejap,pastu?
Sedih...sedih sangat....taklehlah tido aku mlm yg aku tgk video tu...kejammmm.
No comments:
Post a Comment