Belek belek suratkhabar di pagi hari..buat ulasan best gak ni.Sumber...Harian Metro...muahahahaha...jahanam..
TAHFIZ KELAPA SAWIT
Kisahnya bebudak tahfiz ni,selain dari buat MLM eh,jualan amal jual CD,kismis dan kalendar, juga dikerah mengerjakan ladang kelapa sawit sehingga ownernya jadi jutawan.Beli banglo,kete mewah dan pejabat sendiri.
Ulasan : Geleng kepala..ni lah kalau bijak sgt menipu.Pergunakan agama untuk nak kaya.Kau bukak pusat tahfiz,pastu kau jadikan bebudak tu pekerja ladang plak.Ni kes nak jimatkan kos bayar pekerja la ni.Tapi aku rasa kes mcm ni dah lama dah org ramai highlight.Naper sampai skang pun xder sapa nak hirau.Kalau kat R&R tu bersepah.Pastu tiap kali datang,ayat dia " Makcik (makcik???grrr) belilah kismis ni.Saya nak tolong mak saya.Mak saya sakit paru-paru berair," percaya atau tak..itulah satu-satunya penyakit.Lima nam org yg berlainan datang,sebut satu penyakit.Kat situ dah nampak yg skrip memang disediakan.Aku memang kesian tapi hati berbelah bahagi.Kang aku beli,yg kaya sindiket ni,tak tolong,mana tau budak tu kena belasah ke,denda ke.Tapi,walaupun agak lewat,at last,ada gak KDN buat tindakan...kesian bebudak tu.Niat suci nak jadi tahfiz,tapi mcm ni org dewasa manipulate dorg.Projek PERMATA taknak tolong ker jadikan impian budak2 ni jadi nyata.Jadi tahfiz pun bukan calang-calang org yg boleh buat.Aku rasa baik aku suggest benda nih...
JUAL BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA
UUM akan panggil 113 pelajar yg menjual baucar buku kepada sepasang suami isteri yg telah pun ditahan polis.Pihak universiti akan ambil keterangan dari pelajar2 ini sejurus pulang bercuti 18 Februari ini.
Ulasan: Hahaha..ciritlah korg sepanjang cuti ni.Sapa suruh korg pandai sgt.Kreatif dlm mencari duit tapi dah menuju ke jalan yg salah.Dah org bagi suruh beli buku tu, beli ajerlah.Ke korg ni belajar tak pakai buku? Kalau taknak beli buku untuk diri sendiri sekalipun,belilah utk adik2 ker,anak menakan ker,beli stationary ker,apa ker...
Kata Naib Canselor UUM,pihaknya kesal dengan tindakan pelajar terbabit kerana baucar itu diperoleh daripada wang pembayar cukai...Woiii...sebahagian tu duit aku tahu tak? Eh..bila plak aku bayar cukai? Errrr...hehehehehehe...wey..aku bayar lah weh...tapi dululah.
Tapi,think positif.Maybe ada yg jual tu sbb nak beli tiket balik kampung ker..apa ke kan? Kesian gak.Takpe dik kalau mcm tu.Tapi kalau ada yg jual sbb nak beli top up...siap!!
BALASAN DOSA: WANITA CAMPAK BAYI DARI TINGKAT DUA DIHUKUM PENJARA 12 TAHUN.
Seorang wanita yg mengaku bersalah mencampakkan bayi yg baru dilahirkan sehingga mengakibatkan kematian dua tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM5,000.Bekas pelatih tukang masak itu dilihat menyatakan rasa tidak puas hati sambil menagis sebaik hakim menjatuhkan hukuman.
Ulasan: Semoga kau bertaubat dik.Nasib baik hakim jatuhkan hukuman penjara jer,kalau dia gantung camne? Jadi,belajar dari kesilapan,pintu taubat tu sentiasa terbuka.Kesian baby tu dik....kita pun jgnlah nak jatuh hukum sekali walaupun mmg kita marah ngan kes-kes mcm ni.Yg lain-lain hope amik iktibar.
Tapi,yg aku tak puas hati..takkan lah pompuan tu ajer yg kena? Yg lelakinya mana? Ntah2 dah membuntingkan org lain plak.Sepatutnya kena hukum sekali.Geram tul aku.Buat sama-sama,yg tanggung sorg2.Huh...jantan jenis apa nih.No wonderlah skang ramai bapak2 org yg liat sgt nak bayar nafkah anak.Spesies sama lah ni.Buat anak jer reti.
RUANGAN SMS : Apa mahu jadi dengan rakyat Malaysia? Dapat bantuan BR1M,suka hati,tetapi bila tidak dapat,banyak pulak rungutan - HASHIM48.
Ulasan: Aku ketawa terkekek kekek...hahahahahahihihihihohoho..bang..aku malas nak ulas.Cuba ko twist sket ayat ko jd mcm ni " Apa mahu jadi dengan rakyat Malaysia? Dapat bantuan BR1M,banyak pulak rungutan,tapi bila tidak dapat,suka hati,"
Kalau ayat ko mcm tu,barulah ko layak nak heran ngan rakyat Malaysia ni hokkay...duit beb...sapa tak suka hati bila dapat.Tak dapat mestilah merungut....
Hohohohoho...saya faham maksud abg tu...saja nak bergurau senda.Adeh...pecah perut den.
Ulasan la sangat kan...hahahaha...boring sebenarnya so aku merepek ajerlah.Bukan ulasan tapi sumernya point mengutuk.Hmmm...abaikanlah...
No comments:
Post a Comment