Tuesday, 10 January 2012

Bahasa jiwa bangsa

Aku memang rajin godek2 google untuk cari bahan bacaan.Apa2 isu hangat terkini (yg menarik hati aku ajerlah) mmg aku baca.Yerlah,bila dh duk umah,dunia bukan berlegar dlm umah ajer,mestilah mahu global..amende ajelah aku merepek ni.
Berita panas minggu ni mestilah pasal Anwar.Banyak blog2,berita online duk ulas pasal kes dia.Aku taknak ulas citer pasal dia.Dah berlambak kat dlm internet ni.
Aku sajalah baca baca blog ni dan ada sesetengahnya buat aku sakit jantung..
Ada yg tulis elok elok bahasanya,tapi yg tukang komen,MasyaAllah,ayatnya tak lekang dari carutan dan maki hamun.
Ada gak yg tulis dari awal sampai akhir,mencarut jer.Yang tukang komen? Pikirlah sendiri.
Sedih sedih..
Dan kebanyakkan dari mereka adalah Melayu..
Walau ko berbeza fahaman politik sekalipun,perlukah kau maki dia,carutkan dia,sumpah dia ke neraka? Ini tidak tertakluk pada Anwar jer,tapi juga politician lain termasuklah PM kita dan bininya.
Biasanya yg mengutuk mcm tak ingat mati ni tak kenal pun secara peribadi ngan org2 yg dikutuknya tu.Ada satu org ni,dia kutuk Nik Aziz dgn kata Nik Aziz ni sesat,ahli neraka,bukan ulamak tp p****mak.Apa sumer ni?Kau tak hormat dia sebab berbeza fahaman politik takpe,tp hormatlah dia sebagai orang tua.Sedih tau,imagine org kutuk ayah n atuk ko.
Mcm jugak org kutuk Najib dan Rosmah.Kalau kritik2 tu biasalah,tapi jgnlah membabitkan fizikalnya.Apalagi nak menyamakan beliau ngan binatang.Hormatlah sikit beliau sebagai makhluk ciptaan Tuhan.Dah kalau fizikalnya camtu,ada dia mintak ko dukung dia ker?takder kan,tau jer dia jalan sendiri.
Aku dan laki aku berbeza fahaman politik.Aku birthday party,dia slumber party.Tapi most of the time aku avoid berbincang pasal politik ngan dia sbb kemungkinan aku end up jd penderhaka sgt tinggi.Tak baik pukul laki woooo.hahaha.(apsal gelak,takde punchline pon)
Sebabnya,dia percaya apa yg dia percaya dan kita tak dpt nak ubah apa yg dia percaya.Same goes with me.Pandangan boleh dikongsi tapi aku kene respect apa yg dia rasa dan percaya.Selagi tak melibatkan akidah,dia boleh sokong apa saja.Bila saja dia bukak bab politik,aku terus buat buat check pampers anak.Eh eh,rafhanah beraklah..abang gi basuh.Haa,pastu dia diamlah.Haha,keji tak taktik aku?
Kau boleh berdebat,bersyarah,berkempen,tapi bahasa tu jgnlah kesat sgt.Aku pun ada emo emo bila bab politik ni tapi jgnlah menghina seseorg poltician tu memanggilnya nama yg tak elok.Lagipun,kita hanya kenal mereka melalui media,bukannya peribadi,jadi naper nak hina diorg mcmtu sekali.Betul ker dia buat salah tu salah ni.Kita tak tahu diorg betul ke salah.Hanya Allah yg tahu.
Amboi,dah merepek ke permasalahan politik plak.Aku ingat PRU13 ni aku kene masuk bertanding.Tapi..er takyahlah.Tak sangguplah dengar diorg kutuk aku dan samakan aku ngan Ratu Cantik.Eiiii,mintak simpang.Hahahaha(apsal gelak,takde punchline pon?)

No comments:

Post a Comment