Monday, 16 January 2012

KERANA TWITTER BADAN BINASA

Kerana pulut santan binasa..
Kerana mulut badan binasa..
Eh...tukar tukar...ayat diatas dah tak relevan lagi..
"Kerana twitter,badan binasa," Haaaa...barulah mengikut peredaran zaman.Hahahaha..
Zaman IT ni, cara bergossip pun dah lain...zaman nenek nenek aku dulu,gossip disampaikan dari pintu ke pintu...dari Joyah ke Gayah,dari Gayah ke Timah,dari Timah ke Derus...eh?
Zaman dulu,gossip bergerak agak lambat sket...ada jugaklah yg ketinggalan keretapi...Misalnya ada citer org kahwin lari,member dah anak dua barulah ada yg baru tahu..."Ye ke Jah??? Aku baru jer tahu..."
La ni...dalam masa kurang dua minit,satu Malaysia tahu...mentang2lah Najib perkenalkan konsep 1 Malaysia,sumer ko nak applykan sampaikan gossip pun mesti satu Malaysia tahu...
Amik contoh sket...kes Rita Rudaini.Puncanya satu ajer...twitter.
Maka org pun pong pang pong pang kisah dia.Ramai yg hentam dia kenapa masalah rumahtangga nak citer kat twitter bagai.Bagi aku kan, pendapat aku lah kan, manusia ni ada byk ragam.Ada org suka simpan sendiri,makan dalam.Ada org plak,dia mesti nak luahkan...tak kiralah melalui medium mana pun.Mungkin bagi sesetengah org,tindakan tu kurang cerdik,tapi itu cara dia nak meredakan perasaan dia.Dari zaman-zaman dulu sebelum ada FB and twitter ni pun, manusia memang begitu.Zaman dulu,maybe org meluahkan pada jiran-jiran,sedara mara,mak bapak dan terpulang pada org yg dengar samada nak simpan atau nak sebar.Masing2 ada pendapat sendiri kan.
Okeylah...dalam kes dia ni,tak tahulah sapa salah sapa betul.Hal2 yg melibatkan family ni,hanya mereka saja yg tahu jadi lantaklah.Cuma sbb status dia sebagai selebriti,bende ni jadi besar.Kesian tu kesian jugak tapi tak adil utk kita judge dia.Kita tak tahu apa yg bermain dibenaknya,apa yg telah dilaluinya.Kata org,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.
Tapi yg menarik perhatian aku dlm kes ini ialah pencetus masalah ini.Alkisahnya,seorg peminat bertanyakan satu soalan sensitif kepada Rita dimana cara dia menjawab telah menimbulkan kemarahan adik iparnya.Sesetengah org pula kata,peminat yg sama sebenarnya telah menyampaikan tweet Rita itu kepada Zaquan....Wallahualam.Tapi bila aku baca mende tu,geleng kepala sajalah sementelah si peminat tu sebenarnya hanyalah seorg budak sekolah.Fikiran belum matang lagi, tak tahu selok belok perihal rumahtangga,tak aware dgn kesan perbuatannya itu...teruk gak budak tu kene hentam kat blog dia sampaikan dia privatekan blog.
Pengajaran lah kan...batu api ni bukan baru hari ni wujud.Selama mana manusia ni wujud dia memang dah ada.Maybe dia excited Rita nak bertweet ngan dia,so takde apa nak tanya,dia tanyalah soalan kurang bijak tuh.Kesian...budak lagi.Cukup2lah hentam dia,maybe dia tak sengaja.
Nak meluahkan perasaan dlm FB or Twitter tak salah tapi ada batasan.Ramai kawan2 aku yg menzahirkan perasaan tak puas hati dlm FB tapi tidaklah aku nak menghukum mereka sbg attention seekers ke apa ker,lagipun,selama aku baca,isinya tidak keterlaluan,masih berlapik.Dan itu hak mereka juga,asalkan tidak keterlaluan,biarkanlah.Aku memang jarang luahkan dlm FB sebab selalunya aku mengamuk secara live kat rumah.hehehehe...memang agak kurang beretika tapi tulah, susah sgt nak control.InsyaAllah,aku cuba kawal.Kalau tak dpt amuk pada org yg buat aku marah or takde sapa nak jadi mangsa,aku amuklah pada kucing belakang umah ni.Kesian beliau.....hahaahahahahaha.
Terlajak perahu dapat diundur,terlajak tweet buruk padahnya...mende dah berlaku.Sama-sama lah kita doakan keadaan akan pulih seperti sediakala.
Kes hari ini...seorg siswa ditahan polis kerana status FB nya yg berunsur ugutan kepada pemimpin negara...huh...jgn main-main kau....silap haribulan ader jer yg buat laporan polis....eiii tatooootttt.

2 comments:

  1. Dari hari ke hari post perempuan ni semakin berilmiah.Wowowowo!Hehehehe!

    ReplyDelete
  2. ye dok yer.krisis identiti.ingatkan saintis td.hahahaha

    ReplyDelete