Hari sabtu,pepagi lg aku dh menapak pegi klinik gigi.Namun,spt yg dijangka,disebabkan gusi aku bengkak lg,so x dapeklah doktor nak cabut.Makanya,beliau bekalkan aku ngan ubat ubatan.
Hadoi,ni yg aku lomah ni.Aku ni mmg culas ngan pil.Tak tau sejak bila tekak aku ngengada xleh telan pil ni.Masa remaja dulu ok sket.
Aku kalo ngan ubat ni,nak makan sikit punyer seksa.Kalau demam,aku boleh kebah kalo dipaksa mkn pil.Mana taknyer,abih sumer peluh jantan betina kuar time nk mkn ubat.Ada satu masa tu mak aku ngan seriusnyer amik ubat letak depan aku.Pastu diavduk ngadap aku suruh makan.Muntah terbelelek aku dibuatnya.Last mak aku fedup.Lantak ko lah,ade aku kesah?katenyer.
Aku jd kreatif bila nk mkn pil.Memula aku telan ngan air sirap.Pil panadol 2 bijik jer,air sirap sebalang.Tiap kali mkn ubat,kenyang cam mkn nasi.
Ada sekali,pil tu tersangkut kat tekak.Aku rasa cam nk putus nyawa dah masa tu.Tanganku tergapai gapai cuba memanggil ibuku yg pada masa itu sedang masak lauk singgang kegemaranku.Malangnya,beliau tidak sedar kerana pada waktu yg sama,beliau sedang masak sambil menyanyi.Suaraku semakin tenggelam,badanku kaku..aku pasrah!oh..ibuku,ampunkanlah anakanda.
Ok,yg atas tu sampai part nak putus nyawa jer yg betol,yg lain tu saje aku ekzejeret.Mana tau dpt jd novelis,bulih ganti Fauziah Ashaari,penulis ombak rindu tu.Mana tau,kang novelku meletop,dorg mesti sibuk nak filemkan,kan?Tajuk dia,Tragedi Panadol 2 bijik..ok tak?
Pastu,aku ganti ngan air pekat sket cam milo ke.Panadol cinonet tu pon aku patahkan dua bahagian.Pastu 4 bahagian.
Skang ni?
Tadi aku bancuh air coklat tambah nestum.Ubatnya? Aku telan air tu sambil kunyah ubat tu.hahahahaha.Giler penakut.
Anak anak,jgn tiru mcm sayeeeee.ngee
No comments:
Post a Comment