Sunday, 26 January 2014

JALAN JALAN HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Weekend ni aku laki-less..kena gi outstation plak dia.Walaupun satu hari jer,still bosan gak sbb time weekend.Mana bleh laki takde time cuti..haih.

Tapi...takpelah.Dah dia pergi mencari rejeki..redha ajerlah.Memula dia cakap nak gerak Sabtu.Sepatutnya pagi Sabtu tu ada meeting PIBG kat sekolah Amani.Tapi mati mati aku ingat dia nak gi pagi so aku isi borang cakap tak pegi.Kut tak sapa nak jaga anak.Rupanya dia gerak petang..huk aloh.

Takpelah kalau dah gitu.So pagi tu laki aku bwk keta aku gi repair tayar.Dah mcm roda kereta lembu dah..bwk jer gegor.Kang terpelanting tgh jalan saja jer kang.

Agak agak tghhari,cam malas nak masak jer..kohkohkoh.Ajak dia makan kat luar.Since dia nak gi outstation,maka setuju sajalah dia.Kami gi Kenny Rogers je kat Plaza Alam Sentral.

Huru hara jadinya bila masing masing pakat pakat dera daddy

Jadi petang memerap kat umah ajerlah.Anak anak dh bising naper daddy keje time cuti.Alahai....

Jadi,pagi Ahad...kecoh cam hari sekolah gak.Biasanya time weekend ni bolehlah aku nak rilek jap sbb laki aku boleh tolong tgk anak anak.Tapi..pagi pagi buta aku dah memekak bila dorg main sembur air kat ruang tamu.Terus aku suruh dorg masuk bilik...pikirkan blk apa salah dorg.Dgn Rafhanah sekali aku suh pikir.Hahaha..cian.Nasib baik tak suh si Fatih bombom tu sekali.

10 minit lps tu,Rafhanah keluar.Tunjuk aku satu kertas.Ntah hapa dicontengnya.Aku wat tak tau jer sbb tak paham apa yg beliau cuba sampaikan.Lps tu Hakim plak keluar.Bwk kertas jugak.Rupanya "I'm sorry" note.Amani pun sama.Huk aloh,cair hati aku nih...

Olololo..sweet tul.Nanges mak...tapi,sempat tibai lipstik aku nak buat kiss...alahai.

Bila dah cenggitu,masing masing cuba nk ngambik ati.Aku tgh lap cabinet TV,diorg pun sibuk nak ngelap gak.Tapi nak bagi lap apa ye? Haaa...amik ni.Lap dinding tu.Penuh ngan artwork korg jer kan..abih dinding tu...

Tetiba rajin plak nak ngelap dinding.Lantak korg la..janji happy.

Memandangkan diorg sgt behave ari tu..kena bagi reward sikitlah.So,lepas settle kemas rumah dan solat zohor,bwk dorg pegi Tesco.

Memula makan dulu...jap lagi baru pergi kat tempat bermain tu yer nak..

Makan dulu.Si Fatih skang eksen...nak duduk kat baby chair..walhal blm boleh tegak lagi.Kalo tak dibagi...bising sgt mulut dia nak keluar dr stroller.

Dah siap makan,bawak diorg kat tempat games centre Tesco tu.Main puas puas...

Muka muka ceria...

Seronok sgt bermain kat sini...

Emak redho nunggu kat tepi.Fatih takut rupanya masuk sini.Manjang melekat ngan omak eh

Dah penat main,ajak cari barang mainan kat tingkat atas plak.Apalagi...lagilah teruja diorang.Aku plak nak carik barang dapur sikit.

Tak lama kat atas diorg dah ngantuk.Alahai kesiannya.Tapi,sangat behave..tak buat perangai lak kali ni.Kalo tak...hmmm.So..capai mana sempat aje lah.

Bila dah masuk keta..baru tau naper diorg behave sgt walaupun penat dan ngantuk.Kat dalam keta tetiba Hakim cakap terima kasih..."Hari ni kitorg suka sgt.Tima kasih ibu sbb bwk gi tempat mainan..belikan mainan...hakim janji tak nakal lagi"

Hukhukhuk..terharu gue.Walaupun tak dijamin diorg tak nakal lagi tapi takpelah.Dah nama budak budak,adatlah nakal sikit sikit tuh.Asalkan diorg tau mintak maaf dan berterima kasih,dah cukup buat aku.Esok esok nakal lagi..ibu marah lagi yer...hehehehehe.

Walaupun outing kali ni tak cukup korum tapi still seronok.Kalau daddy ada mesti lagi seronok....

Balik dari Tesco dah kul 6 pm.Aku dah siap siap tapau pizza utk dinner.Tapi,diorg request gak nasik.Huk aloh..sapa plak nak makan pizza?Terpaksalah pizza tu masuk dlm esbok dan aku bersilat kat dapur masak nasik.Ni nak manja ke nak dera ibu?hukhukhuk...

Sekian saja cerita aktiviti kami dihujung minggu ini.La ni nak berdengkur dah.Laki aku sampai jer umah,dgr cerita aku dua tiga patah terus lena.Siann...penat.Esok nak keje plak.Aku pun kene masuk opis cam biasa gak.Huhuhuhuhu...i hate monday coz monday is not sunday.I wish everyday is public holiday....

2 comments: