Sunday, 12 January 2014

IBU BEKERJAYA VS SURIRUMAH

Assalamualaikum...

Lega..dah terbongkang terlentang dah anak anak aku.Mata emaknya saja yg duk segar bugar lagi.Walhal esok nak bgn awal...anak sekolah.Tapi,payah betul nak lelap.

Takpelah..kang balik dari hantar Hakim kang...bolehlah membuta jap.Heheheheheeh..

Bercakap pasal kerja tak kerja ni..aku teringat gak conversation aku ngan kwn kwn.Pasal diorg jeles aku dpt jadi surirumah so aku dpt luangkan sepenuh masa ngan anak anak.Uruskan rumahtangga sepenuh masa etc.Jeles tu bukan bermaksud dengki yer..kena explain kang tak pasal pasal anggap lain plak statement aku tu.Bukanlah kata diorg ni dengki yg busuk ati tu...yg ni jeles lain.Jeles as in diorg wish nak duk umah jugak.Siapkan anak gi sekolah,prepare bekal etc.

Bila dengar mcm tu,aku serba salah gak nak bagi reaksi.Patutkah aku rasa bangga?Rasa bertuah?

Aku tak rasa begitu....ada gaklah...sikit...

Memanglah impian setiap ibu utk besarkan anak anak sendiri 24 jam tapi bekerja tak menjadikan mereka "less mum"than stay at-home-mother.

Emak tetap emak walau dimana pun mereka.Yang penting bagaimana mereka mendidik anak anak.Ini pendapat aku lah.Tapi kalau ada pendapat berbeza,tak ada masalah.Terpulang pada diri masing masing.

Menjadi fulltime housewife tak bermakna aku adalah ibu yg lebih baik daripada kawan kawan aku yg berkerjaya.Maybe sebab aku pernah bekerja sebelum ni jadi aku lebih memahami.Aku faham mcmmana rasanya bila nak tinggalkan anak kecil dibwh jagaan pengasuh ataupun nursery.Aku fhm perasaan gundah gulana bila anak demam dan pada masa yg sama tak dapat cuti etc.

Aku tak reti nak bahaskan dari sudut agama mcmmana tapi ada sebab wanita perlu bekerja.Lebih lebih lagi kalo bekerja di bidang yg kritikal spt doktor,jururawat,cikgu etc.Tapi tak bermaksud kalo kerja sektor lain itu tak penting.

Aku agak tersentuh hati bilamana ada kes kematian di taska atau kes dera,maka ada yang komen " Jaga sendiri lah anak tu woii..toksah lah hantar nursery".Ada yg lagi keras nadanya menuduh ibu tersebut yg kejam kerana tergamak hantar anak ke nursery.Ini memang betul betul aku baca...urut dada kejap.

 Aku rasa,kalau kita dapat menjadi fulltime housewife ataupun isteri kita tak bekerja,bersyukurlah.Tapi tak perlu pula nak menghukum isteri atau ibu yang bekerja kerana itu terpulang kepada niat dan keadaan masing masing.

Kita tak tahu situasi mereka.Lain org lain laluan kehidupannya.Kdg kdg bukan sbb suami tak mampu,maybe dia nak kena tanggung ibubapa,nak bayar hutang,nak bg lebih keselesaan kpd keluarga,komitmen itu ini...blablablabla.Ingat diorg taknak ke duk umah?


Aku harap niat kawan kawan aku tu dipermudahkan jalan oleh Allah.InsyaAllah...

























No comments:

Post a Comment