Saturday, 16 March 2013

HO CHI MINH CITY-MEKONG TOUR

Assalamualaikum...

Sambung cerita lagi dari SINI dan SINI.Amboi,bersiri bagai..hahahaha.Bukan apa,penat nak mengarang..hehehehehe...

Dah cerita pasal perjalanan ke Cu Chi Tunnel,esoknya kami amik pakej pergi Mekong Tour plak.Pakejnya ada banyak,ada yg pergi 1 hari,ada yg bermalam kat sana samada 2 atau 3 hari.Ada jugak pakej yg boleh terlepas sampai Cambodia.Kami ambik yg 1 hari ajerlah.

Masih menggunakan travel agent yg sama tapi tourist guide yg lain.Namun.....
Masih menggunakan pakcik driver yg sama..bas yg sama...huwaaaaa......
Aku dah tidur bangun tidur bangun patbelas kali pun tak sampai sampai lagi.Sampaikan ada tourist Mat Salleh tu siap komplen lagi kat kitorg punya tourist guide tu,Tom namanya.Tom cakap,takleh wat apa,dah mcm gitu style pakcik tu bawak bas,redho ajerlah.

For info,kalau amik pakej ni,sila jgn lewat yer.Diorg sgt punctual sebab diorg bkn nak amik kita sahaja.Banyak hotel lagi diorg kena cover including yg dtg kat opis diorg.Ko lambat,mampus kena jeling ngan tourist lain.

PERJALANAN KE DELTA MEKONG

Tourist guide kali ni lebih fluent English,jadi penerangan dia lebih jelas.In fact,English dia lagi power slang mat salleh bagai,huhuhuhu.Samada dia dah lama jadi pemandu pelancong ataupun pernah menetap kat negara atas angin...nama pun dah tukar jadi Tom.Muka lebih ganas dari semalam,tapi info lagi banyak diberi.Tak penat-penat dia menceceh atas bas....

Dan,percayalah...tak menyesal amik pakej ke Mekong.Memang seronok.

Tom maybe dah biasa bawak pelancong dari Malaysia,memandangkan hanya kami sahaja yg dari Malaysia,dia lebih concern sket terutama bab makan.Lunch memang provided dlm pakej tapi Tom dah cakap,it's non halal.Kami pun memang dah standby bekal.Kali ni tambah lagi,bawak buah beli kat pasar malam,malam sebelumnya tu.

Posing sakan si Ecah (kwn Kak Cik ).Gambar sebelah,Tom tgh membebel...
Sebelumnya,masa gi Cu Chi Tunnel,satu group Mat Salleh dah conquer tempat kat seat belakang.Bising sangat diorg bersembang kat belakang sampaikan ada Mat Salleh skema kat depan naik bervulu ngan diorg.Hek eleh,tah hapa-hapa,biarlah..dah nama melancong.Nak senyap senyap gi lah melawat kubur..hehehehehe.

So,hari tu,kitorg antara yg terawal naik bas,jadi.....mari kita monopoli seat belakang...muahahahahah.

Pemandangan sepanjang perjalanan.Setinggan tu kat area bandar.Bila dah sampai kampung,akan terbentang permandangan sawah padi yg cantik.....seronok sgt nengoknya
 
Persinggahan utk minum dan buang air...Gambar sebelah kanan,disnap betul-betul sblm Hakim jatuh tergolek atas lantai...kesian,cam nak nangis tgk dia gosok2 kepala.Seb baik tak apa-apa...

Toilet kat sini ada disediakan paip dan agak bersih.Tak risau kalau nak terkucil ke sakit perut ke.Rata-rata kedai kopi kat sini ada buaian mcm ni.Seronok masing-masing bersantai atas buaian.Pakej ngan angin kat sawah padi yg sepoi2 bahasa.Mau terlelap dibuatnya...

Tapi awas...anjing banyak berkeliaran.....
Termasuklah penjual jalanan...jual spek lah,cenderahati lah.Kalau tanak beli,jgn duk gatal mulut tanya harga.Dia akan paksa sampai ko beli.Kalau tanak just say thanks dua tiga kali,barulah dia beredar.

Sampai kat jeti,Tom uruskan tiket.Tak lama pun,terus naik bot.Botnya cantiklah...ia akan bawak kita menyusuri Sungai Mekong utk bawak kita pergi ke pulau pulau berhampiran.

Adik yg sgt ceria dpt naik bot

Ni lah bot yg kitorg naik menyusuri Sungai Mekong
Persinggahan pertama...ntah hapa lah nama pulau ni.Aku lupa plak nak catit,dahlah dlm bahasa Vietnam,lagilah problem aku nak ingat.

Kat pulau ni,tempat org buat gula-gula berasaskan kelapa.Selain tu,dia jugak bawak kita minum madu.Bukan tempat cari "madu" yer...aku suh lebah sengat kang..hehehehhee.


Tonik / Bir ular..ada berani nak minum? Bulih try kat sini...

Ni lah tempat buat gula gula tuh.Dapatlah rasa mcm2 perisa.Sedap....

 
Lepas tu gi minum madu...ada jugak sesi bergambar ngan ular sawa albino,tapi aku tak tepek gambar kat sini.
Dah habih minum madu dan beli sedikit jajan...kami bertolak ke destinasi seterusnya untuk makan tengah hari.Tapi,kami taklah makan kat restoran tuh,makan bekal jer...huhuhuhuuhu...

Tapi...pemandangan sangaaaaaaat memukau mata.Indah yg amat tempat nih......


Ni lah restorannya.Cantik tempatnya
 

Jeti berhadapan dgn restoran.Bot parking sini..
 
 
Sementara org lain makan,kami sibuk bergambar

Ni pemandangan kat sekeliling restoran nih.Dgn rumput yg menghijau,rasa nak bergolek golek jer kat atasnya.Landskap yg cantik,bersih..rasa cam takmo balik.Nampak dari atas bot,pulau ni semak samun.Bila dah sampai...fuh.Pandai lah diorg jaga tempat ni.

Paling tak menahan,mesti nak melawat tandas...hahahahaha.Asyik citer psl jamban vietnam jerlah aku nih.Kat sini,toilet pun 5 star...kehkehkehekeh....


Bergambar kat jeti

Kat sini jugak aku berkenalan ngan sorg minah salleh,org Swiss.Concern benau dia bila Tom mention kami pelancong Muslim tak dapat makan kat restoran ni sebab dihidangkan pork dan non halal beef.Baik budi bahasanya.Dia duk tanya aku,abih tu makan apa? Aku cakaplah dah bawak bekal dari hotel.Dia sgt kesian ngan kami bila tau kami makan karipap,popia dan buah jer.

Isk isk isk...terharu tul aku....


Dah kenyang semuanya,kami di bawa ke pulau lain plak untuk melawat satu perkampungan.Kami akan naik sampan dari jeti menuju ke kawasan kampung tuh.

 

Muka aku yg cuak naik sampan ni...terbalik mampus oii...aku tak reti berenang.Kak Teh takpelah,dia terer terapung...hahahahahaha


Yg kelakar kat sini...sampan nih kecik jer.Memandangkan family kami jer yg bawak anak kecik,pelancong lain bg laluan kat kami naik sampan dulu.Dah elok dah semua naik,laki aku jejak jer kaki dia kat dalam ni,terus bergoyang sampan.Semua dah jerit2 cakap tak boleh tak boleh....Keluar keluar!!!!pendayung tu senyum simpul ajer.Cuak semua org...hahahahahaha.

Laki aku dan rafhanah naik sampan kedua dgn dua lagi anak dara Cina.Tapi pendayungnya ialah sorg budak remaja lelaki yg kecik.Kesian dia........

Pendayung ni semua penduduk kampung ni lah.Tak pandai cakap omputih apalagi bahasa melayu tapi sangat peramah dan baik hati.Tak putus putus senyum dan ketawa walaupun sepatah haram dia tak paham apa yg kitorg borak dan tanyakan.Siap tunjuk lagi rumah dia kat tepi sungai.Bila tgk rumah dia,terbit rasa insaf.....memang sgt daif,tapi dia bangga dgn rumahnya.

Bila dah sampai jeti,rasa lega yg amat.Pendayung tu sebut "tips...tips.." Hah,faham-fahamlah yer.Aku ni dah gabra...alemak,baper nak bagi? Selamba tanya.."How much..?" Dia memula senyum jer,tak tau nak letak harga.Lama jugak baru dia jawab....
"VND 100,000....okay" katanya.

Okeylah...aku bagi jer walaupun sebenarnya tu bukan tambang bot yg tetap.Bagi jer ikut budi bicara.Aku ni masih lagi terkial kial ngan VND..poning kepala nak kira.Belasah ajerlah.

Hahahaha,ko mampu bayar ratus ribu naik sampan?? Hahahahahaha......



Sesampainya kat jeti,kami berjalan sepanjang kawasan kampung untuk dibawa ke program makan buah...ada satu bangsal tempat penduduk menghasilkan barangan kraftangan.

Makan buah
Kami dijamu dgn buah buahan tempatan,rambutan.nanas dan ciku.Couple dari Swiss tu join duk sekali ngan kami.Kak Cik ajar dia camna nak kupas rambutan.



Sementara kami makan buah,diorg buat persembahan kat sebelah meja.Ada satu lagu,aku rasa cam familiar...rupanya..lagu Si Jantung Hati,dialih bahasa ke bahasa Vietnam.
Lepas abih persembahan,mcm biasa lah...diorg hulur bakul,hulurlah berapa tip...



Lepas makan buah,jalan-jalan jap kat gerai-gerai jual baju,barang2 kraftangan,beg,etc.Kiranya memang tempat ni jadi tumpuan pelancong lah gamaknya.



Inilah satu satunya barang yg daddy beli kat kampung tadi.Kami memang tak shopping apa pun sebab kat pasar Ben Thanh laaaaagi mcm-mcm ada.Kereta kebal ni unik sebab buatan tgn katanya.Badannya kayu dan rantai roda tu dari rantai basikal.Pakai bateri,bulih gerak.
 
Time untuk balik...aku cuak mulanya bila pikirkan nak naik sampan kecik tu lagi.Gayat oiiii...rupanya,kat tempat makan buah tu lah jetinya.Bot kitorg tunggu kat situ dah siap-siap.Patutlah si Tom tu takde aku nampak naik sampan tetiba dah ada kat tempat makan buah.Aku ingat dia ada ilmu ghaib...ceh...
 
Lepas tu kami bertolak balik tapi singgah kat satu tempat utk turunkan mana-mana pelancong yg ambik pakej 2 atau 3 hari tu.Diorg akan menginap kat homestay kepunyaan family Tom.Business kroni katanya si Tom....hahahahahaha

Rumah org2 kaya..heheheeheh
Ni gambar snap masa on the way balik.Masa datang sibuk membuta ajer.Bangunan kat Vietnam ni unik binaannya.Rata-ratanya jenis lonjong dan memanjang ke belakang.Jarang jumpa yg lebar.Sebab tu rumah mcm kat atas ni dibina sampai 3-4 tingkat.
 
Kami sampai dah lewat petang.Kami singgah dulu kat Restoran VN Halal.Nanti next entry lah...tu part last dah.Aku dah tak larat....daaaaaaa....

2 comments:

  1. waaa bestnya g sungai mekong..sungai tu ada ikan keli besaq hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak mancing keli ari tu.Tak masuk dlm pakej,hehehehe

      Delete