Assalamualaikum...
Setelah beremosional semalam,hari ni nak up entry santai santai sket.
Catatan perjalanan ke Bandar Ho Chi Minh,Vietnam.Perginya awal Januari lepas,hari ni baru nak up entry.Jadi,sebelum aku terlupa segala detail kat sana,baik aku buat catatan dulu.Almaklumlah,sekarang,cepat bebenor aku lupa.
Kisah perjalanan ni asalnya tidak dirancang.Awal February tahun sebelumnya,adik ipar aku sajalah survey harga tiket kat Air Asia..sekali tertengok ada offer ke Ho Chi Minh City.. RM14 ( tak termasuk segala mcm taxes dan lain2 charges yer.Tapi,kos sebenarnya lebih kurang RM100 ++,lupa plak exact harga.Kira okey lagi lah) pergi balik.So,dia saja jer lah bikin kecoh ajak sorg lagi adik dia pergi bercuti ke sana.Laki aku dengar,apa lagi,dia pun nak pergi.Aku?? Isteri solehah kan,kena lah ikut..kahkahkah..walhal menggeletik nak pergi.
Selepas setahun,lagi 3 minggu nak pergi, barulah terhegeh2 settlekan passport dan hotel segala.Segala macam urusan survey tempat mana nak pergi,aku serahkan pada adik ipar aku.Aku settlekan booking hotel.Gotong royong gituewwww.Kami pergi tak pakai travel agent,jadi kenalah buat kerja lebih.Lagipun,lagi jimatlah rasanya.
Masa kami pergi,Amani baru jer start sekolah.Tapi nasib baik masa tu orientation week.Segan gak nak cakap ngan cikgu nak memontengkan Amani,tapi cikgu tu kata okay jer,belum start belajar lagi.Asalkan bagi surat inform kat sekolah ajer.Okey...lega satu bab.
Here we go....
Rombongan kami terdiri daripada aku satu family,dua org adik ipar dan sorg kawan adik ipar aku.Asalnya ada sorg lagi nak pergi tapi cancel last minit sebab sakit.Sian dia...
Ni kat LCCT |
Dah sampai kat airport Ho Chi Minh City...masa ni tgh tunggu daddy dan Amani settlekan urusan imigresen |
Dah sampai,biasalah..kena cari teksi untuk ke hotel.Adik ipar aku ( panggil Kak Teh lah senang,sebab yg pergi dua org,lagi satu ku namakan Kak Chik) dah cakap dah,kalau boleh,cari teksi "jenama "VINASUN ( jenama ngko) sebab itu antara teksi yg boleh dipercayai kat bandar ni.Lain dari tu,biasalah...diorg tipu meter dan kenakan hidden charges.
Tapi....laki aku ketegaq takmo dengar cakap org.Dia belasah jer tahan taxi ntah hapa nama ntah.Sampai kat hotel..hamik ko,barulah driver tu bagitau yg setiap satu bag dikenakan caj USD 1.Padan muko,tak pasal2 kena bayar extra.Beg dah berapa plak tuh.Tu belum lagi agaknya dia tipu meter dan tukar route.Kami perasan sebab apa tau,masa nak pergi ke airport nak blk Malaysia,kami amik VINASUN,sekejap jer sampainya.Masa nak datang,kemain lama rasanya perjalanan.
Takpelah...pengajaran.
Untuk entry ni,aku review pasal hotel ajerlah dulu...
Kami menginap kat HOANG GIA HUY HOTEL.Tempah melalui Agoda.Rate masa tu kira okeylah kut.Aku tempah Luxury Room -dua queen size bed- untuk aku sekeluarga..anak tigalah katakan..hehehehehe dan dua lagi standard room.Utk Luxury,kami bayar dlm RM197++ semalaman dan Standard Room dlm RM89++ semalam.
Tapi,biasalah...jgn depend 100% kat dlm website tu sebab hakikatnya bila sampai,ada jer benda yg tak sama seperti di offer dlm website.Takdelah teruk sgt,just kecik2 punya hal tu,aku anggap biasalah kan ( tapi bengang jugekkk).
Misalnya,bilik aku tempah..nama Luxury..yg Luxury cuma keluasannya ajer.Sofa pun takde walhal kat dlm website ada jer.Kata ada bath tub,tapi takde.Tapi dia punya shower sgt best,heheheheh.Standard room ada pulak bath tub.Ntah hapa-hapa.Tapi tak kisahlah,bukan dtg nak melepak dlm bilik ajer...kan nak jenjalan.
Kalau nak iron,kena bayar lain yer.Tu dikira extra service.Tak mcm hotel kat Malaysia,bulih mintak hantar ke bilik/disediakan kat bilik/iron room etc.Seb baik bawak baju dan tudung takyah gosok.
Hotel ni terletak kat District 1,berhampiran Ben Thanh Market.Untungnya kat area ni ialah utk yg kaki shopping pasal dekat dengan Ben Thanh Market,pasar malam dan senang nak cari restoran makanan halal.Lagipun hotel ni terletak kat belakang pasar malam,jadi tak lah bising sgt.Ada gak hotel yg betul2 mengadap pasar malam,memang kesian.Bingit...
Ni Kak Teh...posing kat lobby |
Kaunter pendaftaran dan pintu masuk |
Kat lobby ni lah terletaknya cafe,business centre dan kaunter.All in one... |
Ni lah bilik yg luxury sangat tuh... |
Bilik okey,bersih dan luas.Tapi takde sofa.Nak makan,ada meja kecik.Pastu,nama jer ada tea/coffee making facility,tapi satu hapa pun tak disediakan.Yg ada kettle ngan teko dan cawan.Nak minum teh/coffee,beli sendiri yer.
Tu lah wardrobe nya..sebelah pintu toilet. |
Bilik ayaq... |
Selama 4 hari 3 malam kat sini,second day jer diorg kemas bilik.Hari-hari berikutnya...sampai check out tak dikemasnya.Nasib baik tak duk kat bilik sangat.Nak komplen pun,communication problem.Masa check in,boleh plak kunci takde.Rosak katanya.Esok baru boleh collect.Untuk sementara,kami kena request kat kaunter tiapkali nak masuk...receptionist akan iring kitorg ke bilik.
Staff hotel,masa check in ada sorg girl yg jaga.Kira okeylah,agak friendly.Bila yg lelaki jaga..hmm,agak kurang mesra.Tapi still attend kita punya request.
Tapi yg best,kedai makanan halal ( bukan restoran..kedai jual baju sebenarnya tapi dia letak meja 2-3 buah,pastu makanan dimasak kat tempat lain,kira mcm stall lah) betul2 depan hotel.Termasuklah kedai serbaneka cam 7E tu.Senang.First day ( check in kul 9 mlm waktu tempatan) laki aku tapau nasi ngan lauk ayam masak lemak.Sedap sangat....ataupun..ker sebab lapar? Hehehehehhe...
Cerita akan bersambung kemudian.....
nnt boleh lah akak ke sini.. hanoi best just food lah.. limited..
ReplyDeleteKat area hotel jer yg byk halal food,sedap2..saya plak rasa nk gi Hanoi..hehehehe
DeleteBestnya jalan2....
ReplyDeleteDah tak byk dah boleh gi jalan Mia..anak dh start sekolah ni,kena tunggu cuti sekolah.Tu pun malas nak gi time tu,ramai org kan..
Delete