Wednesday, 27 June 2012

HARGA BARANG? KUALITI?

Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa skang ni,aku kena alert dengan byk benda berkaitan perihal rumahtangga.Misalnya,mcmmana nak manage perbelanjaan isi rumah.Yalah,dah sorang jer yg bekerja,aku pun kene lah sama menolong laki aku jugak dgn cara berbelanja dengan berhemah.
Skang aku dah semakin peduli dengan harga2 barang.Dulu takde masa nak amik tahu.Campak dlm troli,bayar.Bulan depan,harga barang naik pun aku tak tahu.
Bila harga barang naik,org mengeluh bukan? Sebab apa? Sebab gaji tak naik pun,tapi harga barang mencanak canak naik.Contohnya,semalam aku beli pampers anak.Biasanya aku beli dengan harga RM36,lepas tu baru baru ni RM40,dan dlm masa tak sampai setahun,terjojol bijik mata aku tgk bil,RM49.What?!!!!
Okey,bila kita mengeluh,org pun bidas,"Dah tau tak mampu,buat apa nak beli yg mahal.Byk lg jenama lain yg murah.Gunakan kuasa sebagai pengguna.Boikot yg mahal.Beli yg kita mampu,pilihan di tangan pengguna"
Yeah right!!Masalahnya ialah kualiti.Susah nak explain.Memanglah,kalo nak yg berkualiti,kita kena byr lebihkan? Tak adillah buat pengeluar kalo dia nak bg brg yg tip top dengan harga rendah.Kita aware pasal tu.Tapi di Malaysia,walau beza harga barang cuma 50 sen,kau cuma ada dua pilihan,berkualiti dan TIDAK berkualiti.Takde pilihan ketiga yakni "KURANG" berkualiti.Ok,aku bg contoh.Biasanya aku beli telur jenama NutriPlus,memang bagus.Telurnya bersaiz besar dan segar.Puas hati.Harga? 10 bijik dalam RM 4.39 -RM 4.99,aku tak ingat tapi dlm range tu lah.Disebabkan si Hakim,hari hari suh aku buat omelette atau scramble egg untuk breakfast,tak sampai 3 hari dah selesai satu pack.So,menyambut seruan kerajaan supaya hidup wassotiyah,aku cari satu jenama yg harga dia kurang sikit yakni,RM3.99.Beza harga ialah 30 sen-RM 1,and guess what? Out of 5 biji yg aku pecahkan pagi tadi,2 is telur tembelang hokkay.Bau jgn citer,sampai trauma aku nak makan telur.Cisss.Secara matematiknya,dlm keseluruhan 10 biji telur dimana kemungkinan 4 biji adalah telur tembelang,kita byr RM3.99 @RM4 utk 6 bijik,yakni bersamaan 66sen sebijik.Compare dgn harga Nutriplus,aku amiklah harga termahal yakni RM4.99@RM5,bersamaan dgn 50 sen sebijik.Jadi? Mana satu pilihan anda?Mahu tak mahu kita akan beralih jugak pada brg yg mahal dari gamble beli brg "murah" tapi not worth for money.
Jgn ckp ni kes terpencil.Ini bukan kali pertama berlaku.Dan aku bukan berlagak sgt nak beli brg berkualiti tapi tanak keluar duit lebih.Sebab bila dikira kirakan balik,brg yg "murah" sebenarnya mahal jugak.Aku bg lagi satu contoh.Misalnya,aku beli telur kat kedai runcit yg jauh lebih murah.RM3 untuk 10 bijik misalnya.Tapi saiz kecik nak mampus.Compare lg ngan jenama faveret aku,bila goreng utk hakim biasanya 2 bijik cukup.Harga? RM1.Telur kecik,kena goreng 4 bijik.Harga?Rm1.20.Jadi? Pilihan di tgn anda.
Dan,cubalah kita fikirkan org yg tak mampu langsung buat pilihan.Beli yg murah tapi kene dibazirkan tetap bersamaan dgn yg mahal,jadi,adakah itu pilihan?
Ini cuma pendapat aku ajer.Terpulang kepada penilaian masing2.Maybe aku belum cukup ilmu consumer lagi,jadi kene byk belajar lagi cara cara mencari barang yg murah tapi berkualiti.
Huh,kes terencat nak makan telur jer pagi tadi,bebel bebel lagi sampai skang.Hehehehe,maafkan daku.

No comments:

Post a Comment