Tuesday, 12 June 2012

ARTIS?? APA ITU ARTIS??

Masih lagi duk berjaga tetengah malam buta nih.Biasa ler,time cuti sekolah jer,jadual tido pun lari tune lar.Biasanya hari-hari biasa kami anak beranak tido awal.Time cuti sekolah,aku bagi lah kelonggaran kat anak-anak tido lambat.Almaklumlah,aku pun penah sekolah gak dulu...sangat memahami.Bila anak tido lambat,takkan aku nak ngekeng tido,haruslah berjaga sekali sbb anak-anak aku belum mummayiz ( ntahhapebendeakuejadaaa) lagi.So,bila dah start hari sekolah balik..aku plak yg xleh tukar habit.Anak-anak aku semua dh selamat tergolek..huhuhuhu..
Panjang giler mukadimah..ntah sapa peduli pun...huhuhuhu...
Bila dah mata terjegil gini,tetiba perut wat hal pulaksss...adusss.Dah siap "urusan",tetiba lapar plak.Goreng telur makan ngan roti + sos cili + mayones...hehehehe.Dah buang,top up pulak..hehehehe.Huh,ciri-ciri org yg annoying kat FB ( sumber: tak ingat ),hal masuk tandas pun nak citer.
So,sementara nak tido,aku layan lah blog Beautifulnara...( keji..org xleh tido solat tahajud ker,mengaji ker,aku layan blog hiburan),terbaca lah berita pertelingkahan 3 artis (artis kerr???) baru dan komen dari Presiden baru SENIMAN,Jed Jaidi..
Cerita mcm tu buat aku tergelak sampai nak tercirit lagi sekali...hoi..rentikan sikap annoying mu citer pasal toilet lagikkkk...tapi betul pun...lepas tu aku lepak kat situ lagi.
Kengkadang aku rasa nak suggest kat wartawan supaya jgn bubuh panggilan "artis" kepada "selebet"riti seperti mereka.Sebab,mereka bukan orang SENI sebenarnya.Mereka paham ke tidak ntah maksud "ARTIS" tu.Pangkalnya adalah "ART".Untuk taraf org mcm aku yg tak tahu sangat pasal art ni,pada pemahaman aku ialah org yg mempunyai nilai seni,menghargai seni,menghayati seni dan menjadikan seni itu sebagai sesuatu yg indah.Orang seni setahu aku mempunyai jiwa yg halus dan tak suka bertengkar sebab itu boleh menganggu konsentrasi seninya.Boleh membunuh sifat kreatif dan ketelitiannya.Wah,sangat sasterawan negara aku hari ni..ni lah bahananya minum Horlicks tetengah malam...hahahahaha,iklan jap ( Doktor suggest suh minum Horlicks sbb byk vitamin katanya,jadi vitamin tu telah bertindak menjadikan aku seorg sasterawan mlm ni)
Jadi diorg ni semata mata pelakon yg hafal skrip , sebutkan balik bait bait skrip tu yg pada aku kalau tiang lampu pandai bercakap,ia akan dapat award "Most Promising Actress / Best Actress".Dan popular kerana citer-citer kontroversi semata.
Dahlah, banyak-banyak kang mengutuk...dosa makin tambah.Dah lah dosa sedia ada pun dah banyak,lagi mahu tambah.Jadi aku tutup tab Beautifulnara,bukak video Ustaz Azhar...oh,keinsafan melanda.
Tapi aku percaya,kematangan akan datang juga pada mereka dan aku sekali,seiring dengan keinsafan.Harap-harap datangnya sebelum kami menutup mata,Amin.
Dah...dah...gi tido...dah lewat nih!!

1 comment: