Monday, 25 June 2012

FILEM "SEKALI LAGI"

Semalam ke dua malam lepas ntah,aku tertekan channel 134,ada citer melayu tajuk dia "Sekali Lagi".Asalnya aku nak lepak kejap jer,tapi lepas tu meleret leret plak nak tgk citer ni.
Honestly,dah jarang filem melayu terkini yg dpt hiburkan hati aku.Kebanyakan citer aku tgk sekali jer pastu maleh nak tgk dah.Bukan nak kata xde kualiti,cuma tak berkenan kat hati aku ajer.Tapi aku memang suka tgk filem melayu,dulu dulu rajin gak aku langgan Astro First,tapi lepas tu laki aku tak bagi.Bazir katanya,dia tak suka tgk.Sebagai isteri solehah,ku tidak membantah.Aku tgk kat youtube ajer,ahaksssss.Tapi sbb byk sgt filem melayu skang yg bagi aku sgt mengarut dan ntah hape hape,makanya aku maleh nak tgk lagi.
Filem "Sekali Lagi" ni,pelakonnya ialah Saheizy Sam,Lisa Surihani,Mia Sara,Kartina Aziz dan Bront Palarae.Eh,betul ke aku eja nama dia?Lantaklah,udah nama ko payah sgt nak eja,terbelit lidah budu ku ini nak nyebutnya.
Serius,filem ni sgt menyentuh jiwa,sob sep sob sep aku tarik hingus yg nak meleleh sambil menahan sebak di dada.Sesekali aku buat buat panggil si tecik supaya tak ketara sgt aku nangis.Cesss.
Walaupun ada babak yg bagi aku agak inappropriate misalnya babak si Sam dan Lisa bercinta masa sekolah peluk peluk kat taman,tapi keseluruhan cerita agak menarik lah.Tapi aku tak paham betul,bila tang ada pompuan gedik yg nak halang cinta si Lisa dan Bront plak,naper wataknya mesti sorg pompuan datang dari kampung,pakai kebaya all the time,mekap tebal dan over n sanggul tinggi
disertai dengan perangai gedik yg sgt tak masuk akal.Tapi takpelah,dah nama filem kan?
Kisahnya,Lisa adalah seorg janda anak satu.Nama budak tu Amy,comel dan cerdik.Satu hari si Amy jumpa ngan Arman (Sam)seorg lelaki dewasa yg sangka dia sakit "automatik".Comel sgt babak tu,hihihi.Lalu diorg pun berkawan baik.Dalam masa yg sama,Si Lisa ni di kenen kenen dan di ushar oleh Bront yg begitu macho sekali.Akak sukaaaa,ahakss.Satu hari,lisa ni pelik napa dak Amy ni selalu ajer hilang diri mcm tu jer pegi main sorg sorg.Ha,babak ni agak tak logik.Budak kecik jalan tgh bandar sorg2,lintas jln sibuk pegi padang permainan.Lalu si Lisa ni ikutlah anak dia.Sekali,bila dia jumpa Arman (yg panggil dia Auntie),terus dia pengsan masuk hospital swasta dan tak bagi anak dia jumpa Arman lagi.Arman yg frust meroyan cam org putus cinta terus gak mengekor Amy.Mana dia tau org marah sbb dia ada penyakit kan.Pastu mulalah babak flashback.Rupanya,Arman tu lah bekas laki si lisa.Dorg kawen lari masa sekolah sbb cinta dihalang.Arman ni anak org kaya.Pastu tanpa sebab Lisa kena cerai pada hari bapak dia meninggal.Lisa ingat si Arman ni yg jahat tak tahan dugaan hidup susah.Dalam masa yg sama,dia dpt tahu yg dia mengandung.Hindustan sungguhlah jalan citer.Ah,pendek citer ajerlah,Arman tu rupanya sakit tumor kat otak tu pasal dia lari tinggalkan Lisa.Sebab,dia dpt tahu,lepas pembedahan maybe dia tak normal lagi dan itulah yg terjadi.Dia jadi mcm budak2 dan tak ingat apa apa lg lepas kene bedah.Endingnya,gi lah beli VCD ke hapa.Malas nak citer.Hahahaahahha
Tapi,aku ni kalau citer sedih,best mcmmana pun jalan citernya,aku takkan tgk lagi pasal aku tak suka nangis dan aku ni suka sgt dibuai perasaan.Kang jap gi mulalah termimpi mimpi.Byk keje lagi nak buat.Org yg berlakon tu tak pape,aku lak yg merana berendam air mata.Citer kelakar takpe,siap beli VCD lagi.
Tapi yg paling best petang tu ialah,heheheehe,org yg tak bagi aku langgan Astro First citer melayu tuh,alih alih terpaku tengok citer tu sampai habih.Siap ada satu part tu aku terlepas sbb gi cebok berak anak,dia siap citer balik lagi kat aku.Hahahahhahaha
Nasib baik macho tak nangis kan bang?Kalau tak seminggu ni mmg ayang gelakkan abang,hihihihihi.Cute sangat!!

No comments:

Post a Comment