Aku sebenarnya,sebelum dpt anak,aku berangan tanak bagi nama panjang panjang kat anak aku.Sebabnya,bagi aku,nama panjang2,panggilnyer secoet jugak kang.Lagipun,aku malas lah nak tulis nama anak panjang2 dlm borang ke hapa ker.Giler pemalas..
Tapi..dah namanya projek usahasama,aku terlupa bahawasanya bukan aku sorg jer yg ada hak untuk bagi nama anak.Sumpah aku tak sangka yg lelaki pun teruja nak bagi nama anak.hehehehehe.
Masa aku pregnantkan Amani,awal2 lagi laki aku dah beli buku nama nama bayi.Tekun jer aku tgk dia menelaah buku tuh.Memandangkan dia dh begitu excited,aku pun tak kisah sgtlah.Hari hari dia suggest nama kat aku,sumer aku reject..hohohoho.
Last last dia pilih nama Syahirah Amani.Aku pun bangkang lah..buat hape nak bagi nama panjang sgt?Ujung2 ntt panggil Amani jer.Taruk nama Amani sudahlah,aku berkata dengan emosi.
Dia tak kira,dia nak jugak Syahirah tu sebab tu pangkal nama dia.Kiranya cam legasi lah kononnya.Huk alah,untuk org mata duitan cam aku,nama takyah waris pun xper,yg penting harta.Hahahahaha..dasarrrrr
Jenuh bertekak,last last aku setuju ajer...
Bila dapat Hakim plak,sebenarnya kitorg tak decide nak buh nama apa.Aku pun tak tau naper kitorg buntu sgt nak kasi nama kat dia.Adik aku ada lah suggest nama Hakim,mcm best plak.Bila Hakim lahir,dia kena tahan kat wad seminggu sbb jaundis plus demam.Langsung aku tak hiraukan psl nak register nama dia sbb aku risau sgt dgn keadaan dia.Doktor asyik tanya bila aku nak register nama baby aku nih dan apa yg diorg nak panggil masa baby kat wad.Sbb aku x sempat nak pikir,aku suruh jer doktor ngan nurse panggil Muhammad ajer.Yerlah,dari duk sebut "baby of Umi",nama Muhammad kan mulia lagi.Bila sampai masa nak register,aku boleh plak bertekak laki bini nak tulis nama anak kat borang.Masa tu aku ingat lagi,kat dlm keta.Aku yg pegang borang tuh.Laki aku nak buh nama Muhammad ajer,muktamad.Aku plak nak nama kedua.Terbaliklah plak kali nih,hehehehehe.
Puas bertekak,aku decide nak buh ajer nama Hakim.Laki aku pun tak kuasa nak gaduh,jadi dia pon setuju ajerlah.Jadilah yg kedua ni Muhammad Hakim.
Bila yg ketiga plak,laki aku kembali bersungguh sungguh cari nama.Asal baby girl ajer,mesti hormon gegirl dia datang sekali.Bermulalah sekali lagi perang nak bagi nama anak.Kali ni,laki aku agak extreme,dicarinya nama yg panjang dan jarang plak aku dengar.Dia nak buh nama "Rafhanah" yg bermaksud "Yang hidup mewah dan bahagia".Alasannya,kalau anak tu mewah,secara otomatiknya,bapak dia mestilah kaya jugak.Ntah mana teori dia sebat tak tahulah aku.Laki aku ni kelakar gak kengkadang.Aku pun beralah.Lantak dialah.Nama pangkal dia mesti dikekalkan,maka,jadilah Syahirah Rafhanah.Yg aku pelik,nama hakim takde plak pangkal Syahir.Tapi x kisahlah,janji dia tak buh nama pelik cam Shah rukh Khan ker hapa ker.
Jadinya,leburlah impian aku tersebut.Makanya,sumer anak anak aku bernama panjang.Tapi bila difikirkan balik,tak kisahlah,janji ada makna yg baik sudah.
Ramai org tanya,yg kecik ni nak panggil apa sbb nama dia panjang.Rafhanah,mcm tergeliat gak lah nak sebut.Tapi,aku tetap nak org sebut nama penuh dia,i mean,Rafhanah lah.Taknak org panggil singkatan.Nanti tak tercapai matlamat laki aku iaitu "yg hidup mewah dan bahagia".hahahahahaha.
Apa apa pun,kata org,apa ada pada nama.Doa ibu pada kalian,semoga kalian sumer membesar jadi anak yg soleh dan semoga peribadimu cerminan kepada nama kalian.Amin
makasih datang ye
ReplyDelete