Monday, 7 May 2012
Mari bersenam
Orang kalau dah sakit,barulah nak datang kesedaran pentingnya menjaga kesihatan.hehehehehe,aku lah tuh.
Aku ni bukanlah jenis manusia yg pentingkan penjagaan kesihatan.Makan belasah sesuka hati,makan sayur kurang,minum air kosong pun jarang,bersenam jauh panggang dari api.
Dan syukurlah aku jarang jatuh sakit.Demam pun last sekali lebih dua tahun lepas,sebelum aku mengandungkan Rafhanah.Alhamdulillah.Tapi dulu,aku exercise gak secara tidak sengaja.Masa aku pregnant Amani,aku kena menapak naik tangga umah flat 5 tingkat tiap tiap hari.Masa pregnantkan si hakim,aku jalan kaki ulang alik ke opis.Lepas jer pregnantkan Rafhanah,aku dah ada keta.Time tu pulak jiran aku dah tak larat nak mengasuh anak anak aku,jadi kena hantar ke nursery.Memandangkan nak hantar dorg ke nursery,aku bawaklah keta.Bukan jauh pun dari rumah,tapi aku rasa penat nak jalan kaki.
Lepas tu,exercise kecil kecilan ajerlah iaitu time aku buat kerja rumah.Tu lah alasan aku selalu bagi kat laki aku.Kuar peluh gak apa.Melawan,melawan,huh.
Bila dah demam,barulah datang keinsafan.So,td petang,dengan semangat yg membara,aku kayuh basikal kejap keliling taman sampai berpeluh peluh.Balik rumah rasa lega dan badan rasa segar.Alhamdulillah,demam pun dah beransur pulih.Semalam kena bantai dua bijik pil baru kebah,hari ni,sebijik pun dah cukup.Harapnya malam ni baik terus.
Tapi tak tau lah selama mana keinsafan aku nih.Bukan leh harap sgt aku nih.Baru tadi belasah mee maggi,ekekekeke.Insaf lah sangaaaaaat!
Labels:
Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko makan ubat? biar betul.. setahu aku ko payah nak telan ubat..
ReplyDeleteBiasaler,aku kunyah ubat tu pakai air milo campur nestum.kene bebel ngan laki aku.hahahaha
ReplyDelete