Tuesday, 29 May 2012

DERMA...ITU ADALAH PILIHAN BUKAN PAKSAAAN

Ini hari nak membebel la plak...hehehehe...bukan hari ni jer..hari hari pun...
Ok,dlm FB hari ni ada hamba Allah post pasal Kerajaan Kelantan nak bina Lebuhraya Rakyat.Kos RM 1.8 billion dan dijanjikan tiada tol.Lepas tu dia post sekali no akaun untuk sesiapa yang nak menderma.
Okeh...lepas tu macam biasa lah,ramai lah yg post komen sekali.Yang puji,pujilah...yg negatif pun ada.Cuma agak urut dada lah bila baca statement yg macam ni...
" Nak buat projek pun nak rompak duit rakyat..."
" Ni org derma ni,kalau projek tak jalan,mana pergi duit tu nanti? Masuk poket MB?"
"Patutnya kerajaan yg kena bagi kat rakyat,bukan mintak sedekah dari rakyat,macam fakir"
Okeylah,cukuplah tu.Sebelum tu aku nak tegaskan,aku bukan menulis pasal sentimen politik kat sini.Aku tak nak terlibat apa-apa dengan sentimen politik sebab ianya sangat sensitif.Apa yg aku nak cakap kat sini ialah pasal DERMA.
Paham tak maksud DERMA? ikut definisi aku simple ajer...pemberian IKHLAS atau sedekah.
Maksud ROMPAK? Harta kena ambil secara PAKSA...
IKHLAS dan PAKSA?? Sapa yg tahu berbahasa Melayu akan faham ni jadi tak perlulah nak bg definisi lagi.
Bende ni senang ajer...kalau sapa-sapa nak bagi sumbangan,silakan.Yang tak nak bagi boleh duk diam-diam,simpan duit tu buat beli makan ke,jalan jalan ke apa ke.Simple kan?
Bagi aku, tak ada unsur paksaan kat situ.Pembinaan lebuhraya adalah satu kemudahan untuk org awam.Umum pun tahu,kalau kita bagi derma untuk kepentingan awam,InsyaAllah,selagi ada org guna kemudahan itu,kita dapat pahala.Macam kita derma untuk bina masjid,selagi ada org guna masjid tu untuk beribadah,InsyaAllah,dapatlah kita sedikit sahamnya.Saham untuk akhirat.
Kenapa nak derma?Kerajaan Negeri maybe tak cukup dana,jadi mintaklah derma.Kemudian hari,Kerajaan Negeri tak dapat apa-apa keuntungan pun selepas lebuhraya ni siap.Sebab dikhabarkan lebuhraya tu kelak tak akan dikenakan tol.Yang merasa kemudahannya ialah rakyat.Tang mana plak rompaknya?.Ada ke Kerajaan Negeri Kelantan arahkan polis pergi ke setiap rumah kat Kelantan tu,acu pistol collect "derma".Kalau itu berlaku,itulah rompakan.
Tapi...kalau sebaliknya berlaku,misalnya project terbengkalai ker ataupun tetiba diorg dirikan tol ke..apa susah.Jgn halalkan apa yg dah kita sedekahkan itu.Ingat senang nak menjawab depan Allah kat sana.Sebab derma itu ialah satu amanah dan hukum pecah amanah tu amatlah berat.Apatah lagi kalau yg melakukan itu adalah pemimpin.
Lepas tu tolak saja pimpinan Kerajaan Negeri tuh.Jgn bagi mandat lagi sbb dah mungkiri janji.
Derma adalah pilihan.Takde sapa yg paksa.Taknak bagi tak apalah,tapi tak usahlah condemn org yg nak bagi.Kalau kita rasa org tu bodoh sebab saja nak bagi duit atas sesuatu yg sia-sia,itu pilihan dia nak jadi bodoh.Lantak dialah,duit dia.
Itu satu...ingat tak kes Ras Adiba Radzi.Masa dia kemalangan ke apa.Keluar dalam suratkhabar,pastu peminat dia berbondong- bondong bagi sumbangan agar dia dapat buat rawatan kat luar negara.Pastu,berduyun duyun jugak yg kritik kononnya dia menyalahgunakan duit sumbangan tu utk pergi melancong.Pastu kononnya dia ni tak patut ditolong sebab dia ada motor besar,dah kaya dah pun.Ada lagi ekstrem,kata dia berlakon jer lumpuh,walhal sihat walafiat.Astaghfirullah....
Kalau aku yg sakit,aku memang nak rawatan segera dan terbaik...jgn kata aku lah,,semua org pun.Apa masalahnya? Dia bawak family? Org sakit ni,kalau ada family teman dan support dia akan lebih cepat pulih.Abih tu nak suh dia gi sorg2? Dia ada motor besar...urusan nak jual motor berapa lama plak sedangkan dia perlukan rawatan segera.
Bagi aku,takde isu pun,sebab peminat dia nak bagi.Lantak diorg lah...
Macam gak kes Azean Irdawaty dan arwah Bob Kuman.Masa diorg mintak sumbangan,ada ajer mulut cabul pertikaikan...nape nak pergi hospital swasta kalau tak mampu.Pergilah hospital kerajaan.Aku geleng kepala ajerlah baca komen tak matang macam ni.
Sapa tak nak rawatan segera dan selesa?Dalam kes ni,aku tak kata hospital kerajaan tak bagus tapi kita maklum,hospital kerajaan adalah untuk awam dan berapa ramai yg nak dapatkan rawatan kat sana.Berapa org pulak Doktor yg bertugas untuk handle begitu ramai patient dan harus diingat,Doktor adalah manusia,bukannya robot yg boleh berkhidmat ikut suka ko nak demand.
Mak aku pernah kena fibroid yg teruk.Pergi hospital kerajaan kena tunggu giliran berbulan-bulan untuk operation.Kita kena fahamlah,dah patient ramai,diorg kenalah dahulukan kes yg serius dulu kan.Tapi,sebagai org sakit,kau suka ke berbulan nak tanggung derita? Mestilah nak cepat baik kan? Last,bapak aku bawak mak aku ke Hospital Pakar Kuantan,terus masuk,dua tiga hari operate,Alhamdulillah,selamat dan sihat.Tapi,ongkosnya berganda lah kan..tapi apa de hal,asalkan org tersayang cepat sihat.
Macam kes Azean...dia sakit kanser ok.Kita tak kat tempat dia,jgnlah sedap bercakap.Lagipun ada dia paksa? Tak kan? So,kalau rasa simpati,derma.Kalau takde duit nak bagi,duk diam,takde sapa nak sindir kau kedekut ke apa ker.Kalau ada jugak org kata kau kedekut sebab tak pernah menderma,org tu dapat dosa.Simple kan?
Isyy,panjang plak aku membebel kali ni.Tapi itulah,kadang-kadang aku tak faham kenapa bende semudah ni nak jadi isu.Bila kau bersedekah,ini bukan sahaja antara kau dgn org yg menerima sumbangan,tapi dengan Allah.Allah yg akan menilai ibadat kau ini.
Tapi...kalau ada yg meminta derma untuk buat disko dan program maksiat,lepas tu ko dengan senang hati bagi duit,ada dua kemungkinan ajer...samada kau ada kepentingan ataupun tak paham hukum.Tapi itu pilihan...pilihan kau untuk dapat kemurkaan Allah.Pandai-pandailah kau jawab nanti..
Sekian time kasih.

No comments:

Post a Comment