Sunday, 15 April 2012

KONTROVERSI PTPTN

Aku byk blogwalking ke blog2 yg cerita pasal demo mansuhkan PTPTN @ nama glamernya skang PTPTipu.
Memang hangat isu nih...lebih hangat daripada biasa..hehehehe
Serius aku tak paham sebenarnya apa yg deme ni sumer perjuangkan.Ni bukan sarcasm tapi memang maklumat tu mcm samar samar kat aku.
Diorang ni demand pendidikan percuma?
Ataupun mintak mansuhkan PTPTN? Seriously kau nak?
Tahun lepas tak silap aku ada ura ura PTPTN nak dihentikan pada tahun 2013.Tapi cadangan ditolak.Tapi kalau dah sampai berdemo bagai,tak mustahil betul2 dimansuhkan.Nah,hambik kau,nak sgt kan.Wish granted beybeh..
Ataupun demo mintak dihalalkan hutang PTPTN tu utk yg mana yg dah amik tuh?
Takleh nak ulas lebih lebih sebab takut aku yg tersalah faham.Benda benda mcm ni ada pro n con ye adik adik.Jgn berdemo melulu tanpa faham matlamat perjuangan.Yang aku tgk rata rata yg turun demo ni adalah mahasiswa yg blm pun habih belajar.Belum pun kerja dan belum pun bayar cukai,bil segala.Nak mintak kos pengajian universiti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan? Oklah,meh kita pikir dari 2 sudut.Positif side,lepas abih belajar takdelah tanggung hutang ribu ribu.Belum keje hutang dah ada,kan teruk?Patutlah kat Malaysia ramai org muda dah muflis.Belum apa-apa dah diajar buat hutang.Negatif side,duit kerajaan tu duit sapa?Bukan duit pembayar cukai?Yang bayar cukai sapa? Kita yg bekerja dan tak dapat bantuan BR1M.Now korg blm keje,top up pun pakai duit PTPTN,bolehlah demo.Esok2 jgn berdemo tanak bayar cukai plak.Buat kene gelak ajer.
Aku pun peminjam PTPTN dan aku juga pernah panggil PTPTN tu tipu sebab selalu masuk duit lambat.Dah ujung sem barulah nak masuk akaun,mana tak hangin.Aku jugak bising sebab sblm ni caj dia tinggi,tapi ada ke altenatif lain? Kalau best student takpelah bulih demand biasiswa Petronas,ni CGPA nan hado,redha ajerlah.
Aku start bayar pun tak ikut jadual mulanya.Gaji kecik lagi jadi aku bayar RM50 jer sebulan.Bila check baki,tak kurang2,makin byk ada.Aku pun call lah PTPTN dan diorg explain dan advise byr ikut jadual yakni RM190 sebulan.Aku tak mampu lagi,byr jer RM100 dulu pastu lama lama dptlah gak byr RM 200.Memang rugi sebab aku kene tanggung caj tapi at least nama tak blacklist.
Susah mcmmana pun,kena fahamlah tanggungjawab yg dah kita setuju.Dah sain atas kertas.Ko gi saman PTPTN,takkan menang dah sebab sah sah ada sain ko kat situ.
Aku ambik pengajaran dari situ,aku takmau anak2 aku nanti tanggung hutang mcm aku ,jadi,umur diorg sebulan ajer,aku dah start menabung.Duit org bagi hadiah atau duit raya,aku tak sentuh,cepat2 masuk akaun walaupun RM5.
Tapi in future,kalau kerajaan dah mampu bagi pendidikan percuma,Alhamdulillah.Tapi tak salah beringat kan?Mana tahu,nak hantar anak oversea ker,kan? Cita cita mau tinggi.
Macam aku kata,nak laksana bukan main bedal jer.Diorg kena timbang baik buruknya dulu.Kadang2 bukan atas dasar mampu ke tak tapi ini juga membabitkan soal jatidiri rakyat.Kalau sumer nak dibagi percuma,adakah kita akan appreciate? Cakap terus terang,benda free mmg payah org nak hargai.Alangkan berhutang,bergolok bergadai pun ada yg main-main belajar...inikan plak benda free.
Tapi bukan aku nak menidakkan idea free education nih.Bagus dan murni sebenarnya tapi mestilah bersandar pada realiti.Maksud aku,maybe kita boleh pertimbangkan cadangan sesetengah org yg aku baca kat alam maya ni,antaranya:-
1) PTPTN tu takyahlah nak meniaga sangat dengan student nih.Kalau boleh,caj tu biarlah dihapuskan.Kalau nak ada pun jgnlah terlalu membebankan.Ini tidak,hutang RM20K,kena bayar balik RM25K,contohnya.
2) Pendidikan percuma untuk rakyat yang betul-betul miskin walaupun result tak berapa gempak.Bukan apa,kita kene fikirkan jugak,maybe budak tu cerdik,tapi disebabkan kurang prasarana utk belajar,maka result pun taklah memuaskan.
3) Rendahkan yuran /kos pengajian pada satu tahap ianya mampu ditanggung oleh rakyat marhaen.
4) Yuran dihapuskan tapi lain-lain kos nak hidup pandai-pandailah kut.Takkanlah sampai beli baju,fon,makan minum pun nak free.
5) PTPTN takyah tetapkan berapa jumlah pinjaman.Biar student apply berapa yg dia mahu.Maksudnya,maybe ada student tak perlu byk2 duit,ntt "ter"guna kat benda lain yg takde pekdah.Tapi aku teringat kat sorg kawan aku.Dia tak pakai pun duit PTPTN,dia guna wat bayar yuran ajer.Utk kos lain,pakai elaun FAMA(makbapak).Baki pinjaman tu dia laburkan dalam ASB.Smart eh? Aku salute...
Itu ajerlah yg aku sempat baca pun.Satu lagi,kalau kita nak sangat percuma,belajarlah bersungguh sungguh sampai dapat 1st class degree,kan boleh convert apa PTPTN tuh jadi biasiswa? Macam aku,dah malas belajar kan,terimalah natijahnya,bayarlah kau hutang tu sampai tua.
Hutang tetap hutang...soal hukum jgn nak diputarbelit plak sebab sumer sudah termaktub dalam perjanjian.Dah berjanji nak bayar pastu ngelat plak,apa hukumnya anak-anak? Jawablah sendiri.Aku bukannya ustazah.Ramai lagi yg arif.
Eh..dah terpanjang plak ulasan aku.Tapi yerlah,ni pendapat aku jer.Maybe aku pun salah faham ke apa ker..sebabnya aku dah malas nak baca manifesto ahli politik dekat2 nak pilihanraya.Kengkadang mengarut pun ada.Tak kiralah mana-mana parti pun,janji manis kemain.Dah menang?? Huh...jgn kata batang idung,bayang batang idung pun tak nampak.
Jadi,mari teruskan kehidupan mcm biasa.Tak usah demo-demo.Dapat jer hak mengundi,gunakan.Pangkah ajer...bukan susah pon...

2 comments:

  1. Dah nama hutang kan, kita kene setel..kekdg akuterpikirvgak, esok bercucu nnt hutang aku dah setel ker belom..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. Hahaha,aku pon terpikir camtu.kalo dh sampai bercucu,aku suruh cucu aku setelkan jer,boley?

    ReplyDelete