Kami laki bini kalau ada masa senggang,suka layan internet kat tab.Cam diva kan baring silang kaki atas tilam atau sofa sambil mata terjegil jegil nengok skrin.
Satu hari,aku buat aktiviti cam biasa lah.Masa tuh dah nak tido.Laki aku plak siap siap nak keluar pi site.Pastu dia tegur,
"ayang ni suka sgt baca gossip artis,"katanya
"samalah ngan abang.Suka sgt tgk website keta,enjin la.Ayg tak bising pon,"
Jgn dicontohi perangai aku seperti di atas..melawan...melawan...haishhh...
"Abg tgk keta,enjin tu sumer,abg takde kutuk-kutuk...tapi ayang baca gossip2 tu sumer,nanti ayg mengutuk.Sia-sia jer dapat dosa,"
Kebushhh...dam dam..kebabo!!!!
Haamikkkk kau!!!!
Tapi,pelik gak aku...selalunya,kalau aku baca gossip-gossip tu sumer,takdernya aku meroyan bercerita kat dia,ataupun post komen kat blog hiburan tuh,ataupun post kat FB,ataupun ajak anak-anak aku yg umur 6 tahun ke bawah itu mengumpat artis-artis tersebut.Jadi,mana dia tahu nih??
Tapi tak bermakna aku tak mengutuk...cuma bukan kat depan dia...
Selalunya aku ajak Sarapinah Sarkova tu untuk mengumpat...
Ataupun mengutuk dalam hati (psikik ke dia ni boleh baca fikiran aku)
Ataupun post kat dalam blog...haipppp...dia baca kah blog aku nih...
Sudahhhhhh....
Esok-esok,kenalah aku cari website yg tunjuk gambar handbag,mekap dan barang kemas ajer...
Barulah tak meroyan mengutuk kan???
Tapi kan...yang koyak rabak nanti poket dia.Tapi takpe,asalkan tak berdosa...ahakssss
Walaupun aku garang...aku isteri mithali tau!!!
Mithali la sangatttttttt.... |
Mak sentap!!!! Huh!!
Aku mcm ko gak umi. Aku suke baca pasal artis. Tak memningkan kepala aku. Aku seriau baca metro psl ngeri sana sini. Boleh jd paranoid and takut nak kluar rumah..seriously, aku baca psl lifestyles, opinion, and of course artis mak jemah...hahahahha..kita geng
ReplyDeleteBetul betul.tapi laki aku ni asiklah ingat aku ni suka benor jaga tepi kain artis.walhal aku malas nak baca bende lain yg serabutkan otak.itu cuma aku baca kat paper n internet jer,bkn beli majalah pun.kang karang aku belek katalog kain baju handbag,baru tau.hahahahah
ReplyDelete