Thursday, 5 April 2012

BAHANA MENGADU DOMBA

Kawan lama aku call semalam..bergayut mengalahkan pasangan bercinta,sampai kul 1 pagi...gilakkk ahh..hehe.
Kesian dia...
Actually dia call sebab nak mengadu,yerlah mungkin dia dah tak tahan sangat dah menanggung perasaan.Sebab biasanya dia jarang nak mengamuk tak tentu pasal.Kalau aku...hmmmm...malas nak cakap.Tgk header blog pun orang dah tau dah...haahhahahah.
Ini pasal kerenah orang-orang kat ofis lah nih.Biasalah kan,kalau takde kerenah tu tandanya ko keje ngan robot.Campak kat mana-mana pun,mesti ada pressure yg datang dari teman sekerja,baik bos mahupun org bawahan.Tinggal lagi,mcmmana kita nak tangani masalah2 tu sumer.
Dalam banyak banyak kerenah misalnya pemalas,kuat melawan,tension tak tentu pasal,skema melampau,gila kuasa...ada satu perangai yg aku rasa masuk kategori paling bahaya...iaitu,mengadu domba atau dalam istilah biasanya "tukang cucuk".
Tak perlu kut aku nak jelaskan panjang lebar apa maksud tukang cucuk nih,yg penting org macam ni sepatutnya harus disingkirkan dari organisasi sebab dia tak mainkan apa peranan pun selain memporak porandakan hidup org lain.
Macam kawan aku ni tadi..sebenarnya satu opis pun memang ada masalah ngan boss dia.Lady boss...manjang PMS.Salah sikit melenting...salah banyak apatah lagi.Lepas tu jenis tak prihatin,gila kuasa dan suka memperli dari menyelesaikan masalah.Jadi,bila dah tau perangai dia macam tu,diorg sumer memang elakkan dari cari pasal ngan dia.Selalunya,diorg akan buat jer kerja tanpa hiraukan bebelan dia yg boleh buat org jadi cacat pendengaran.
Kawan aku ni so called assistant lah kepada boss dia nih.Jadi,bila boss takde,selalunya dia lah akan ganti.Aku gantikan nama dia jadi N ajer lah.Penatlah aku tiap kali nak taip "kawan aku".
N ni setahu aku ialah org yg mengelak dari konfrontasi.Selalunya dia akan diam buat hal dia jer.Jadi satu hari,dia rasa pelik,napa takde angin takde ribut,boss dia marah-marah kat dia.Puas dipikirkan apa salah dia.Menung punya menung,rupanya ada org perasan situasinya tu.Jadi,si M,kawan sekerja dia yg prihatin ni tak sampai hati tgk N ni asyik kena marah sampai murung jadinya lalu dibuka lah satu rahsia.
Rupanya,masa N cuti,sorang lagi budak opis nih, R namanya...sudah "cucuk" itu boss.Dengan boss dia mengadu yg N ni tak reti buat keje lah,bila time ganti boss tak cekap lah,tak buat itu,tak buat ini. Lepas tu pulak,disebabkan perangai boss yg tak semenggah tu,sumer budak opis dia ni selalulah mengutuk boss sesama sendiri atau ngan kata lain,ngumpatlah.Masalahnya,org lain ngumpat,habis setakat itu sahaja.R ni pulak,dah lah dia pun sama ajer mengutuk,pastu dia pegi nyampaikan pulak apa yg org lain cakap tu kat boss dia ni.
Aduss...dengar citer dia,aku plak yg sakit hati.Apa punya perangai lah org macam ni?
Fine,memang salah kau mengumpat,tapi lagi keji kalau ko dah mengumpat ngan member2 pastu ko tikam member ko sendiri dengan menyampaikan umpatan tu pada org yg diumpat.
Speechless,nak nasihat pun tak reti dah rasanya.Aku cuma mampu cakap,elakkan dari bercerita apa-apa baik pasal peribadi mahupun ketidakpuasan hati pada si R.Kalau nak cakap pun,strictly pasal keja ajer.
N ada cakap,si R ni pun bukannya betul sgt buat kerja pun.Bila buat silap,dia akan tuding jari pada org lain.Tapi,sikit pun tak terlintas di fikiran N nak bagitau benda2 silap yg R buat pada boss diorg.Kalau boleh,dia nak settlekan sendiri.Jadi,bila jadi mcm ni,dia kecewa.Kecewa sampai tahap dia nak keluar dari tempat tu.Tak nak kerja lagi kat situ.
Aku takleh nak cakap banyak ataupun nak bagi advise.Situasi aku sekarang sangat berbeza dengan dia.Aku hanya mampu cakap suruh dia banyak2 sabar ajer.Doa pada Allah banyak-banyak agar kebenaran tu terserlah jugak.
Orang-orang yg berperangai macam ni,apa agaknya yg diorg dapat? Kepuasan diri? Suka agaknya melaga-lagakan org? Suka tengok si A gaduh ngan B...lepas tu approach A ngumpat si B,pastu approach B,ngumpat pasal A plak.Pastu tepuk tangan tgk kedua-duanya tak berbaik sampai sudah.
 Aku harap N sabar dan tabah.Orang-orang mcm ni memang ada kat mana-mana.Jadi lepas nih kata N,lantak lah boss dia nak buat perangai apa pun,dia dah malas nak amik pot.Dia akan buat keje dia ajer,yg dia tahu siap keje dia akan blah balik umah.Tapi,jgn harap dia akan buat lebih dari yg sepatutnya sebab takkan ada org yg appreciate.Dia cuma tahu,keje dia siap,dapat gaji bulan-bulan.Yang extra..dia tak nak tolong lagi..biarlah boss dia settle sendiri.
Kan dah rugi...aku tahu N ni jenis tak berkira kalau org mintak tolong.Bila jadi mcm ni,dua-dua pihak pun rugi.Boss dia takleh dapat kerjasama yg sepatutnya,N plak akan berkurang produktiviti dia.Kan rugi???
Jadi,yang ada perangai macam ni,aku harap dia cepat berubah.Dia mungkin tak sedar damage yg dia buat pada kawan-kawan kat tempat yang dia cari makan jugak.Mungkin jugak dia tak sedar,kesan tindakan dia akan jejaskan periuk nasi orang.Aku doakan ajer,semoga dia insaf...
Meh doa sama - sama...

1 comment: