Tuesday, 4 June 2013

ITU ADALAH REZEKI DARI-NYA

 
Nota : Sesuai utk bacaan kaum ibu...hehehe
 
Assalamualaikum...
 
Fuh..begitu lama aku membiarkan sawang sawang kat blog nih...Fuhhh...fuhh..kasi hembus sket sawang-sawang itu...
 
Maklumlah,beranak kecik..nak susu,tukar lampin,nak mandikan...
But...i loooooooooooooove "my job".Tengok muka dia cebik cebik mintak susu...alahai,tak tergambar,tak terucap sebarang kata.
 
Ikutkan,hari ni baru masuk 36 hari aku bersalin.Cepatnya masa berlalu.Baby pun dah makin montel.Alahai...jgnlah cepat sgt masa ni gerak.Tak puas lagi nak gomol-gomol si kecik nih.
 
Hari Khamis lepas bawak dia pergi cucuk.Dah sebulan dah umur dia.Alhamdulillah,Doktor kata dia sihat dan membesar seperti sepatutnya.Berat dah tambah,masa lahir 2.5kg ajer,now dah 3.7kg.
 
Muhammad Al-Fatih
 
 
Okeylah...nak membebel benda lain plak.Pasal rezeki.Sesuatu yg berlaku,kalaulah aku tak amati,aku akan rasa ianya benda biasa.Rutin.Berlaku setiap hari.Tapi,itulah kuasa Allah.
 
Rafhanah sekarang dah hampir cecah 3 tahun.Tapi,dia masih menyusu badan.Tapi,taklah sekerap dulu.Cuma,time dia nak tido,dia mintaklah.Ada jugak dia try nak mintak masa-masa lain,tapi aku cuba alihkan perhatian dia pada benda lain.Dia bukan nak menyusu utk kenyang pun,tapi lebih kepada tabiat.Ketagih..
 
Bukan aku tanak ceraikan susu dia,tapi aku tak sampai hati.Lagi plak,bila dia merayu.." Boyehyah...boyehyah ibuuuuu..." Alahai si pelat ni.Luluh hati ibu.Kalah terus.TKO.
 
Mcm-mcm petua org cadangkan.Bubuh asam jawa lah,sapu daun pahit lah,nescafe....aku try asam jawa,dia lari lah sekejap.Memula tanak bila aku acah-acah,tapi lepas tu,keluar mentol kat kepala dia..tadaaaaa.Dia datang balik,suruh aku basuh nenen...TKO lagi sekali.Aku taknak letak daun pahit tu sebab aku tak sampai hati.Eh,tak bermaksud org yg sapu benda tu takde rasa simpati kat anak dia...no no..bukan itu maksudku.Aku pun tak tau naper,aku sendiri yg culas nak cerai kan susu Rafhanah nih.
 
Masa awal -awal pregnant Al-Fatih ni,susu badan aku berhenti.Aku ingat,dia akan tanak lah sebab susu dah takde.Rupanya tak.Makin kemaruk adalah.Jadinya,dia menyusu just utk comfort ajer,time nak tido,time buat perangai..
 
Bila dah sampai saat-saat nak melahirkan ( susu badan aku biasanya akan start keluar dlm bulan ke-8 pregnant) aku dah risau.Susu dah start keluar,tapi tidaklah byk dan lancar keluarnya.Bila picit ajer,adalah keluar.Apa yg aku risau,kalau Rafhanah minum kolostrum ( susu awal yg warna kuning dan likat).Kolostrum tu kan penting utk newborn sebab susu yg itulah paling byk kandungan zatnya.Boleh plak aku sampai tahap pikir mcm tu..heh.Anak dah 4,ilmu tak banyak lagi..hukhukhuk.
Nanti kesianlah baby....itulah yg aku pikir time tuh.Tapi,still,aku biarkan jugak Rafhanah menyusu.
 
Bila baby dah lahir,dia tanak susu badan awalnya.Hari kedua pun sikit jer dia minum.Dalam hati dah terfikir...ada lagi ke kolostrum? Ataupun,dah dihabiskan dek Rafhanah? Walhal member tu mana lah menyusu dua hari pertama tuh.Hehehehehe.
 
Bila dah balik rumah,Rafhanah masih teruskan rutin biasa.Tapi aku pujuk dia minum time nak tido malam ajer.Aku cakap,aku tengah sakit.Nasib baik dia faham.Laki aku awalnya marah gak aku ikutkan kehendak si kecik,tapi dia mana faham naluri aku.Uhukss...dia tgk aku sensitif,dia tak cakap apa lagi dah...
 
Aku pun tak paham ngan diri aku nih.Takut si Rafhanah terminum kolostrum tu,tapi still biarkan dia menyusu..haishhh.
 
Dua hari lepas discharge dari hospital,ada team HomeCare DEMC datang melawat kat rumah.Sorang nurse tu check susu badan aku.Dia picit picit nipple utk pastikan susu keluar lancar.Pastu dia ckp..
" Oh,still keluar yang kolostrum lagi...Nanti bagi baby minum banyak-banyak.Yg nilah yg paling bagus nih.."
 
Huwaaaaa...apasal lah boleh fikir yg bukan bukan sangat nih.Tu la,kalau dah Allah tetapkan itu rezeki baby,adalah bahagian utk dia.Walaupun badan aku dah start produce susu seawal bulan ke-8 hamil,dan Rafhanah menyusu seperti biasa,tapi,tetap ada bahagian utk baby.
 
Lega aku rasa walaupun kengkadang aku rasa..."bingai gak aku nih".Maybe kebimbangan aku tu disebabkan susu aku keluar awal,dan aku risau yg keluar itu adalah kolostrum.Patutlah sebelum ni bila aku picit,yg keluar susu warna putih ajer.Bila dah bersalin,barulah yg keluar tu warna kuning dan likat.Hak tu lah yg Allah dah tetapkan rezeki utk my newborn baby.
 
Sampai sekarang,Rafhanah masih menyusu.Happylah dia sebab susu dah byk.Kenyang dia.Siap cakap lagi.." Adik ( panggilan utk dia) minum banyak..".
 
Aku cepat rasa lapar skang sebab menyusu utk dua org.Cuma dia taklah menyusu sekerap dulu.
 
Dan...Alhamdulillah..Allah takdirkan susu aku banyak.Menyusu utk dua orang,masih boleh perah.
 
Itulah namanya Rezeki...syukur pada-Mu Ya Allah....

4 comments:

  1. Itu memang rezeki tu...bukan mudah nak susukan anak dua orang sekaligus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,Alhamdulillah susu keluar byk.Risau jugak takut baby x cukup susu,to so far ok.Tgh slow slow nk kasi dia berhenti.Kalo mendadak,sian plak kat dia

      Delete